Of Butterfingers and Transcendence



Kata suami, konsert ulang tahun ke 20 album Transendence kumpulan Butterfinger yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi, kebanyakan yang datang itu dalam lingkungan usia 30-an dan 40-an.

Almaklumlah waktu mereka tengah hot dulu, fans masih remaja atau young adult. So fast forward 20 tahun, you know what I mean.


siap cari kasut Converse yang lama

Anyhow, masa tengah hu ha hu ha di celah ramai tu, bersua dengan sekumpulan peminat dari utara yang masing-masing sudah bersandar pada dinding.

"Kenapa semua tersandar je ni?" Suami bertanya selepas berbasa basi.

"Ha, tu lah. Tadi nak beraksi, lepas lompat dua kali, cramp terus belakang dan betis," mereka membalas.

Adik ipar pun sama juga. Lepas luput euphoria jiwa remaja, dia menghilang ke belakang melepas lelah.

Kasihan. Tapi lucu pun ada juga.
Iyalah, dalam kepala masing-masing masih belasan atau awal 20-an, namun realitinya tidaklah begitu.



Kata suami lagi, persembahan semalam adalah 'just the way i remembered it'.  Suara, energy dan passion yang dirasakan oleh peminat sama seperti yang mereka rasakan dari Butterfingers dahulu.

You know biasanya bila kita cuba tengok balik cerita atau main semula game atau lagu yang kita suka dinyanyikan semula oleh kumpulan asal pada waktu sekarang ini, kadang akan ada rasa macam...kenapa macam lain ek? Kenapa dulu rasa macam lagi best?


Lalu bila suami kata 'just the way i remembered it', ia adalah pencapaian yang sangat mahal. Dalam kata lain, peminat balik dengan rasa puas membawa secebis memori zaman muda yang tidak berubah.

Persembahan yang patutnya berakhir jam 11, berlanjutan sehingga ke tengah malam. In addition kepada lagu-lagu dalam album Transcendence, mereka bawa juga lagu dari album lain sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Even bila towards the end Kadak mengalami kesukaran bernafas dan terpaksa berundur ke belakang pentas, Emmet dan Loque masih meneruskan persembahan walau hanya berdua, demi lunaskan rindu die hard fans mereka.

Beyond expectation, I guess the fans yang membesar, bercinta dan bergaduh diiringi lagu Butterfinger 20 tahun lepas,  tidur dengan senyuman dalam hati malam tadi.

Comments

Popular Posts