Sunday, February 17, 2019

Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar

Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar

Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar| "Saudara saya itu orangnya moden moden, pakai baju ketat-ketat, rambut warna karat."

"Dia jarang sangat lah nak ikut sama aktiviti keluarga. Kenduri ke apa ke, boleh kira dengan jari."

Memang best bila bercakap pasal orang lain. Lagi-lagi bila kita rasa dia salah. Dan kita dalam ramai—adalah lagi betul daripada dia yang diperkata.

Darjeling selalu panas telinga je bila dengar cerita-cerita macam tu. Daripada Darjeling tak kenal pun siapa yang dicerita, dah jadi boleh sebabkan buruk sangka.

Darjeling pun kata
"Mungkin sebab dia tahu kalau dia datang pun, orang mengata. So baiklah dia tak datang."

"Eh, mana ada orang nak ngata apa-apa depan dia."

Darjeling balas.
"Depan-depan memang la tak. Tapi mengata kat belakang, mesti ada kan?

Diam. Tukar topik lain.

'Banyak sungguh dah Allah simpan aib kita.
Banyak sungguh dah Allah pelihara diri kita.
Maka jagalah aib orang lain juga ya.
Bila hati mula nak sangka buruk, mula nak fikir bukan-bukan pasal orang lain;
Istighfar.'
.

Aima Hassan
Mana datang Darjeling pula~

Friday, February 15, 2019

MY FAVOURITE HADITH



Saya mahu sama the one yang

Bila saya fikir dia sayang pada saya, dia memang sayang pada saya
Bila saya harap dia maafkan saya, maka dia akan maafkan saya

Bila dalam ramai saya teringat dia, dia akan ingat pada saya dalam kelompok yang lagi baik

Bila saya dekati dia setapak, dia akan dekati saya bertapak-tapak
Bila saya bertatih ke arah dia, dia akan meluru untuk sambut saya

Bahagia betul bila ada yang sayang kita semacam ini.
Agak-agak siapa tu?

Parents kita?
Pasangan kita?
BFFs?

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:  
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. 
Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. 
Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. 

Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Setiap kali Hadis Qudsi ini melintas depan mata, by the end of the ayat, pipi akan basah. Seriously basah.

Macam mana Dia boleh still sayang kita dalam segala kita yang tak sempurna ni? Masih boleh nak dekat dengan kita beriya walau kita baru nak gerak seinci kepada Dia.

Masih jauh lagi perjalanan nak ke arah Dia. Tapi moga semakin lama semakin dekat. Moga semakin lama semakin rapat dan kenal. Moga makin lama makin sayang.

Alangkan kita bila diingati oleh selebriti pun dah rasa kembang hati
Apa lagi bila diingati Allah Rabbul Izzati?

Friday, February 8, 2019

ZUHUD, KISAH IBN ARABI DAN NELAYAN



Sebelum ni yang saya tahu tentang zuhud adalah bersederhana. 
Ye lah, tak melebih-lebih, tak bermewah sangat.

Korang fikir macam tu juga ke?

Tapi lepas dengar satu sesi sharing ni, saya dapat faham dari satu sisi yang lain pula.

Saidina Ali kata;
'Zuhud itu bukanlah maksudnya kita tak memiliki langsung, tapi kita tidak dimiliki oleh apa-apa pun.'

Sangat make sense, tapi saya masih struggle untuk apply.

Sedangkan benda yang kecil Allah pinjamkan pun rasa nak meraban kalau hilang atau misplaced, apatah lagi yang kita anggap berharga.

Ada satu cerita yang saya suka berkait dengan konsep zuhud ni—tentang Ibn Arabi dan anak muridnya.

Ibn Arabi ni adalah seorang ahli sufi dari Sepanyol. 
Salah seorang anak muridnya bekerja sebagai nelayan.

Nelayan itu sangat sederhana hidupnya. Setiap pagi dia akan keluar ke laut dan pulang dengan hasil tangkapan. Semua ikan yang dia dapat tu, dia akan beri kepada penduduk yang miskin.

Dah tu, apa yang tinggal untuk dia?

Untuk sendiri, nelayan itu hanya ambil seketul kepala ikan saja yang akan dimasak sebagai makanan harian dia.

Sangat selfless kan? 
Saya selalu kagum dengan orang yang ada perangai macam tu.

Lama-lama nelayan tu pun dah mula ada followers dan anak murid dia sendiri.
Tapi jauh di sudut hati, dia rasa ada benda yang tak mencukupi.

One day

Salah seorang anak murid dia (kita namakan X) nak ke Sepanyol. Nelayan itu pun kirimkan pesan kepada X, dah alang-alang ke sana, apa kata X pergi cari Ibn Arabi. Untuk minta nasihat, kerana Nelayan rasa dia tak ada progress spiritually.

“Tolong mintakan nasihat dari beliau untukku, aku merasa buntu."

Sampai di sana, X bertanya pada penduduk setempat di mana rumah Ibn Arabi. Bila orang sana tuding jari pada sebuah rumah yang layak dipanggil istana, X rasa macam 'Apakah?'

Saya sangat faham kenapa X rasa macam tu. Sebab saya rasa benda yang sama 

Macam mana Ibn Arabi boleh ada rumah agam yang mewah sedangkan gurunya si Nelayan sangat bersederhana? 
Kata ahli sufi, tapi dikeliling dengan benda dunia?

Sepanjang jalan menuju ke rumah Ibn Arabi, X lalu ladang, kawasan ternakan yang dimiliki oleh Ibn Arabi sendiri. 
Masuk dalam rumah, dia lihat dinding dalam dilapisi dengan marmar.
Lantai dialas dengan permaidani indah.

Disambut lagi dengan barisan pembantu yang baju mereka daripada kain yang baik-baik.
Ibn Arabi pula pulang diiring dengan bodyguards sado, kuda gagah perkasa. Tubuh Ibn Arabi sendiri dibalut dengan pakaian selayaknya sultan.

X pun sampaikan hajat dan soalan yang dikirim Nelayan.

Nak tahu apa yang Ibn Arabi jawab?

“Katakanlah kepada gurumu penyebab kebuntuan jiwanya adalah karena ia masih terlalu terikat pada dunia.”

Lagi sentap X rasa bila dia terima jawapan tu. Geram pun ada. Macam mana orang yang kelilingnya penuh dengan mewah boleh kata Nelayan yang sederhana tu terikat dengan dunia?

I cannot brain this.

X pulang bawa jawapan dengan hati yang rawan. Berat hatinya nak beritahu Nelayan tentang apa yang Ibn Arabi katakan. 

"Lalu," tanya Nelayan itu. "Apakah ia memberitahu kepadamu suatu nasihat bagiku?"

Selepas dipujuk dan ditanya beberapa kali, X pun mengalah dan dia sampaikan pesanan Ibn Arabi.

Merambu air mata si Nelayan bila mendengar kata-kata X.

"Iya. Dia berkata benar. Ibn Arabi memang betul-betul tidak peduli apa yang dia ada. Padahal aku, setiap kali aku jamah kepala ikan itu, aku selalu harap dapat makan seekor ikan terus."

.
.
.

By this time saya rasa sangat wowww. 

Great people of the past yang dilimpahi harta benda mewah segala, tapi bila sampai masa perlu tinggalkan harta dunia, mereka tinggalkan dengan rela. 

Diri sendiri?

Berapa banyak kali saya konon nak berjimat cermat tapi jauh kat sudut hati meronta nak lebih lagi nikmat dunia. Cedok nasi dan kuah saja, tapi dalam hati teringin nak sambal ikan keli.

Nak tunjuk pada diri sendiri dan manusia yang kita ini sederhana, sedangkan sebenarnya masih terikat dengan dunia.

Tuesday, February 5, 2019

CNY 2019 - Tahun 'Ji Hai'


CNY 2019 - Tahun 'Ji Hai'|
Babi ni adalah haiwan ke-12 dalam kalendar Zodiak Cina.
.

Kenapa dia yang terakhir?
.

Sebab masa Jade Emperor panggil berkumpul, dia datang beroink oink paling last sekali.
.

Ah-ha~
However katanya yang lahir tahun babi ini sifatnya caring, mendengar kata, rela berkorban, lembut hatinya. Tapi, mereka juga boleh jadi susah nak buat keputusan, innocent sangat dan agak OCD.
.

Saya tak arif pun dengan bab astrologi ni.
Tapi saya kira orang-orang dulu dah perhati perangai manusia ni lama bertahun-tahun.
Dan pe'el manusia ni basically sama saja bak kata Agatha Christie.
.

Anyhow
.

CNY 2019 - Tahun 'Ji Hai'

Wishing my Chinese friends a very Happy and Prosperous year ahead~❤️

Friday, February 1, 2019

9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972


Ada satu masa tu, sedang saya meneliti satu persatu tajuk movie di Iflix, mata terhenti pada satu tajuk 9:13 The Returning.  Daripada gambar, dapat saya rumuskan yang ia adalah cerita seram.
Saya tak suka cerita seram.
Namun bila penunjuk tetikus saya berada pada poster cerita itu, ternampak sekali sinopsisnya yang percikkan rasa ingin tahu saya.
9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972
Gambar: cilisos.my

"In 1972, September 13th a grieving tragedy occurred in Parit Buntar, Malaysia. Where a ferry sank, carrying 20 passengers on board. Tragically all lives were lost, among them were 17 young students."
Mungkin kerana ia berlaku sebelum saya lahir, maka saya tidak tahu.
Mungkin kerana ia berlaku jauh dari saya, maka saya tidak pernah dengar.
Apa-apa pun saya terus sahaja mencari kisah itu dalam Google.
Dan saya terdiam sebentar.
Rupa-rupanya ia tragedi yang sangat menyayat hati.
Pada waktu itu, feri menjadi mode of transportation utama merentasi Sungai Kerian untuk menghubungkan Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.
Tapi jangan pula bayangkan rupa ferinya macam feri yang kita ada sekarang ni. Feri yang dimaksudkan pada waktu itu adalah jenis feri yang diikat dengan sistem tuil (pulley) dan ditarik oleh sebuah bot kecil.
9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972
Gambar: cilisos.my

9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972
Gambar: pinterest

Hujan lebat membasahi bumi pada pagi itu. Feri berlepas seperti biasa, membawa penumpang-penumpang termasuk sebuah van yang dipenuhi oleh anak-anak sekolah rendah. Namun arus sungai yang deras telah memutuskan tali keselamatan.
Tanpa ada cara untuk menyambungkan kembali tali yang terputus, feri mula condong ke sebelah dan lama kelamaan terbalik ke dalam sungai bersama-sama penumpangnya.

9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972
Gambar: cilisos.my
27 nyawa terkorban, 25 daripadanya adalah pelajar sekolah.
Sedih, kan?
Saya termenung seketika. 

Kalau dilihat.
Kalau difikir-fikir.
Banyak je kejadian tragis yang berlaku di sekeliling kita.  Kecil, atau besar. Tinggal kita saja nak ambil tahu ataupun tidak. 

Mungkin, perkara-perkara sedih ini jadi sebagai peringatan untuk kita, manusia yang sering lalai. 
Sering terlupa. 
Sering terlepas pandang benda yang kecil tapi penting kerana terpesona dengan benda yang lebih nampak di mata.
Macam kejadian 1972 itu.