Monday, April 30, 2018

Memilih sabun terbaik untuk kulit anda

Ada baaanyak cara untuk hasilkan sabun. Tapi cara yang  terbaik sekali untuk hasilkan soap yg paling berkualiti ialah melalui "cold process"
.

Cold process method akan mengambil masa yg lama. Tapi hasil soap bar yang sampai kat tangan korang memang thorrbaekk
.

Kena lama sangat nak buat cold process soap?
.

Depends actually dengan  ingredients yg kita gunakan, sesetengahnya mengambil masa yg lama utk terbentuk menjadi sabun yg sempurna dan berkualiti tinggi
.

Memilih sabun terbaik untuk kulit anda


Selain dari cara penghasilan soap bar,  ciri-ciri lain yang kena ambil berat untuk pilih  soap bar yg paling berkualiti:
.

🌼 Ingredients di dalam soap bar. Cari yg menggunakan pure, organic oils or fats
.

🌼 Pastikan tumbuhan yang digunakan sebagai ingredients, sebaiknya adalah organik. The important thing—pastikan selamat
.

🌼 Tak ada artificial color atau artificial fragrances. Untuk sesetengah kulit,  artificial color atau fragrances boleh menjadikan kulit jadi radang, gelupas, merah-merah.
.
.

In short, sabun yg terbaik adalah yg handmade, organik dan dihasilkan secara cold process 😉
.


Thursday, April 19, 2018

Karipap frozen basi?

"Karipap frozen sedap yang saya beli hari tu ada lagi kan?"
.

"Tak ada dah. Habis. Saya goreng sehari 3 ketul." Suami.
.

"Hahhh, awak tak tinggalkan untuk saya ke?" Isteri. Penuh emosi.
.

"Tak. Kan awak tak suka karipap." Suami. Selamba.
.

What? Sejak bila?
.

"Lagipun, saya sayang lah nak tinggal karipap tu dalam freezer lama lama. Nanti basi." Suami. Selamba kuasa dua.
.

Whaaaaaaaattttt
.
.

Monday, April 9, 2018

Baby SuperGirl!

Patient itu tubuhnya besar juga. Mengandung, bukan anak pertama. Ada darah tinggi. Kencing manis ada ke tak ek?
Hmmm...tak ingat.
.

Ditolak masuk ke labour room. Masa tu bukaannya dalam 5-6cm kot.
.

Risau masa tu, takut baby nya besar. Takut sangkut tengah jalan.
Walaupun estimatenya tak besar sangat, tapi nama pun estimation kan.
.

Patient itu relaks saja, tak ada mengaduh sakit. Tak ada kata rasa nak berak. Tak ingat masa tu kenapa saya pergi cek bukaan. Mungkin dah 4 jam. Mungkin juga CTG nya tak berapa cantik.
.

Tapi seluk je jari, saya jadi cuak.
.

"OS FULL!"
.

Maka bertempiaran lah siapa yang available waktu itu. Seorang tarik troli. Seorang cari chinese paper nak alas bawah punggung. Seorang bawa keluar barang nak terima baby.
.
.

Generally, ada beberapa jurus gerakan yang baby akan buat masa dia nak turun dan keluar melalui ruang peranakan tu.
.
.

Bila kepala baby dah start turun dan engaged, kiranya, kepalanya dah tak terapung dah. Automatik dia akan menunduk, dagu cecah dada. Kepala akan mula berpusing ke posisi mukanya telungkup ke bawah.
.

Bila dah mula nak keluar kepala, dia akan mula mendongak. And bila dah lepas kepala keluar, dia akan berpusing ikut posisi badan dia yang masih ada kat dalam. Biasanya akan mengadap peha kanan emak. Kadang peha kiri.
.

Sambil tu kita akan selit jari dah kat leher, guide slow slow untuk dia keluar.

.

Ni dalam most of cases lah. Ada juga tak macam tu. Ada baby yang pilih jurus gerakan lain. Jurus kepala posisi terlentang ke. Jurus songsang keluar kaki dulu ke.
.

Cuma
Besarnya kuasa Allah, tak ada siapa perlu ajar baby tu pun macam mana dia nak selit keluar. Kan kan?
.

Balik pada cerita patient tadi
.

Dalam kelam kabut nak prepare-prepare, kepala baby dah tersembul. Saya hanya pakai glove pada sebelah tangan. Asalnya kan nak check bukaan saja.
.

Maka dengan sebelah tangan itu konon nak menahan kepala dia —sekejap deknon akak nak pakai sarung tangan sebelah lagi niiii. Mana nak protect kulit emaknya lagi tak nak bagi koyak teruk.
.

Tapi dah namanya budak kan, mana nak dengar cakap kita pun. Maka dengan penuh bergaya, baby itu meluncur keluar bak superhero terbang landing dengan lembut atas katil.
.

Saya pun tak pasti kepala baby sempat pusing ke arah peha emak ke tak masa dia keluar tu. Laju sangat. Baby pun kecil saja, walaupun masih dalam berat yang normal
.

Lalu emaknya mengintai dari kepala katil. "Dah ek?"
.
.

Aima Hassan

.