Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh
Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh| Letaknya dalam kawasan perumahan, patutlah selama ni tak sedar pun wujudnya Villa Istana ni. Bangunan rumah tersergam indah dengan pondok pengawal di pagar, kawasannya luas sekali. Bahagian dalam rumahnya pula cukup kemas dan ekslusif. Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh Tanpa khemah Waktu sampai ke Villa Istana untuk buffet Ramadan semalam, ingatkan aktiviti berbuka akan berlangsung kat dalam rumah. Rupa-rupanya satu khemah besar dah didirikan atas tanah lapang di bahagian tepi villa tersebut. Tanah dialas dengan rumput karpet tiruan, hendak masuk ke dalam kawasan berbuka disambut pula dengan pintu gerbang bunga. Di satu hujung khemah disediakan pentas. Open space. Nice. Aktiviti wajib setiap kali ke buffet, saya mesti akan tawaf tengok apa juadah yang ada. Konon recce kawasan la, sambil susun dalam kepala apa yang nak dirasa. Di bahagian tengah tersedia nasi (puti...