Posts

Showing posts with the label pru14

Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7

Image
Masa nak mengundi kelmarin, dah pasak niat dalam hati. Saya nak pangkah saja, lepas tu nak balik rumah dan teruskan hidup macam biasa. Malam masuk tidur and tengok result esok paginya. . Harapan. . Sudahnya saya setia dengan telefon di tangan, baca setiap update yang kawan dan family share dalam group. Rasa segala emosi. Segala cuak dengan khabar khabar angin. Segala konspirasi. . Sampai lepas tengah malam juga lah. . Pagi pula terjaga sebelum Subuh, sambung lagi baca updates. Entah kenapa bila tengok video Tun M jam 3 pagi isytihar cuti, rasa macam dunia ini balik kepada asalnya. Rasa make sense semula. . And hari ni walaupun cuti, tak semacam cuti. Kat TV duk stream live astro AWANI dari pagi. Tercongok nak tengok upacara angkat sumpah perdana menteri ketujuh. . Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7 Saya tak pernah tergerak nak tengok pun upacara angkat sumpah selama ni. Mana pergi resolusi awal awal sebelum mengundi tu Cekma oiii. . ...

Siapa Ketua Menteri Melaka Yang Baru?

Image
Saya bukan asalnya dari Melaka tapi pernah belajar di Melaka selama dua tahun setengah, dan selepas berkhidmat di Kuala Lumpur selama 2 tahun, saya sambung perkhidmatan di Melaka juga. Dan selama saya berada di Melaka, sempat berada di bawah dua Ketua Menteri, Tan Sri Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron. Kedua-duanya daripada Barisan Nasional. Siapa Ketua Menteri Melaka Yang Baru? Hasil PRU 14 semalam, rakyat Melaka telah memilih tampuk kepimpinan baru daripada Pakatan Harapan.  PH Melaka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah apabila memenangi 15 daripada 28 kerusi DUN .  Maksudnya, Melaka akan dapat Ketua Menteri baru, yang bukan dari BN. Mungkin kali pertama agaknya ya.  Siapa Ketua Menteri Melaka Yang Baru? Sumber gambar - malaymail Ikut sumber media, setakat hari ini, siapa yang bakal jadi Ketua Menteri Melaka masih dibincangkan oleh parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. Setiap parti dalam Pakatan Harapan akan kemukakan calon...