Posts

Showing posts with the label ramadan

Iftar di Bangi Golf Resort dan Mother's Day

Image
Berpinar mata sekejap bila sampai ke Bangi Golf Resort semalam. Masakan tidak, ramainya umat manusia datang untuk berbuka di tempat yang sama. Rasanya ini kali pertama saya experience berbuka di luar dengan orang seramai macam ni. Masuk ke dalam ruang makan, berpinar lagi mata. Pilihan makanan dia mak aiii, jadi tak tahu nak mula dengan mana dulu. Di sebelah sini ada bahagian appetizer dan desserts yang pelbagai jenis. Kuih muih Kuih muih Churros & Durian gelato  Buah-buahan Di bahagian tengah ada dua susunan lauk pauk Melayu dan pasta. Lauk pauk  Pasta Di belah sana ada dua barisan panjang sedang beratur untuk dapatkan kambing bakar dan satay. Barisan satay dan kambing Fried & Grill Kambing bakar Ada bahagian yang specialize dalam Chinese stirfry. Chinese stirfry Nasi kerabu. Roti bun hangat dengan mentega dari Jerman. Noodle corner. ABC. Popcorn. Churros. Durian gelato. Aiskrim. Mee dan ku...

IBADAH LAILATUL QADR KETIKA DATANG HAID

Image
10 malam terakhir, ramai yang mula nak bersiap sedia untuk memecut. Nak mencari Laila. The Laila. The Lailatul Qadr. Malam yang penuh dengan kebaikan dan keberkatannya sendiri. . How time flies kan? Ramadan ke 21 dan seterusnya ini, apa beza dengan Ramadan 1 kita tiga minggu yang lepas? . Dikatakan pada malam Lailatul Qadr, para malaikat turun ke bumi memenuhi rumah orang muslimin. Ramainya mereka diumpamakan seperti banyaknya pepohon dan batuan yang ada di muka bumi ini. . IBADAH LAILATUL QADR KETIKA DATANG HAID Sumber: Pinterest Mereka ini akan jadi saksi ibadah, zikir , solat kaum muslimin . Aminkan doa-doa tuan rumah. Maka rugi betul kalau kita tak manfaatkan peluang yang datang sekali dalam setahun ni . . IBADAH LAILATUL QADR . Soalan dan jawapan tentang ibadah Lailatul Qadr ini dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim "Ustaz, ibadah apa nak buat untuk dapat Lailatul Qadr?" Imam Malik dan Imam Syafie kata syarat minimum (paling kurang), k...

APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?

Image
Sempena bulan Ramadan ni, mesti ramai yang semangat berkobar-kobar nak baca Quran or nak khatamkan Quran. Dan dalam asyik membaca tu, mesti ada terjumpa simbol macam kubah tu pada sesetengah ayat. Betul tak? APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH? Gambar ihsan Google Ayat-ayat yang ada tanda ni, dipanggil ayat sajdah/sajadah. . APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH? Apa itu ayat sajadah? . Ayat sajadah itu adalah ayat-ayat dalam al-Quran yang apabila dibaca atau didengar, disunatkan untuk melakukan sujud sajadah/tilawah. Tilawah itu maksudnya bacaan. Maka sujud Tilawah itu adalah sujud yang dilakukan bila membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah. . Ada 15 ayat dalam Quran yang masuk dalam kategori ayat sajadah; . 1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. Su...

TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS

Image
Gastritis ( atau lebih dikenali sebagai gastrik dalam masyarakat kita) adalah keradangan pada lapisan dalam perut kita. Keadaan ini lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman H, pylori (80%), merokok, ubat-ubatan (ubat tahan sakit tertentu atau steroid) dan tabiat pemakanan yang kurang sihat. TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS Sumber: Google Antara tanda-tanda yang dikaitkan dengan gastritis adalah seperti: Sakit pada bahagian ulu hati Perut terasa kembung Kerap sendawa, loya dan mungkin muntah Pastinya ia adalah keadaan yang sangat tidak selesa untuk pesakit. TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS Sumber: Google Untuk penghidap gastritis, kedatangan Ramadan mungkin menyebabkan mereka sedikit merasa risau. Bimbang jika serangan gastrik itu datang ketika berpuasa. Takut keadaan bertambah teruk bila berpuasa. Kerisauan mereka itu bukanlah tidak berasas langsung. Namun jika kita tangani bulan Ramadan ni dengan betul, tidak ada masalah sebenarnya untu...