Domino's x Mobile Legends 'United We Win'! Gamers to Save the World in 515 Unite Day
" Domino’s Unites with Mobile Legends in 515 Quest Malaysians To Enjoy RM5 Personal & RM15 Regular Pizza " Mobile Legends adalah sejenis permainan atas talian yang ditubuhkan oleh Syarikat Moontoon. Ia boleh dimainkan lebih daripada satu pemain dalam arena yang sama pada waktu yang sama. Siap boleh berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain. Kiranya, boleh main secara ramai-ramailah- cuma ia atas talian (multiplayer). Secara ringkasnya permainan ini berkisar tentang perlawanan antara dua pasukan (5 orang satu pasukan). Tugas setiap pasukan adalah untuk memusnahkan markas pihak lawan dan pada masa yang sama mempertahankan markas sendiri. Permainan ni dah jadi macam satu fenomena dunia sejak setahun kebelakangan ini tau. Daripada orang dewasa sehingga ke anak-anak sekolah ikut terjebak. Saya ingat lagi teman saya mengamuk kerana bil telefon mencanak naik kerana anak lelakinya duk top up untuk permainan tersebut. Pada 20 April 2019, kempen global...