Monday, December 10, 2018

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?



Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?|

Saya bukanlah jenis orang yang turun untuk demonstrasi.
Mungkin belum masa lagi.
.



Dan ada masa, jujurnya bila tengok orang ber-demo, ada juga terdetik dalam hati—kenapalah nak gigih berdemo begitu tengah mentari terik hujan ribut. Kan best duduk rumah makan coklat?
.



Tapi bila tengok perhimpunan menolak ICERD
besar-besaran kelmarin, seolah mendapat satu epiphany pula. Yang mengubah persepsi saya tentang demonstrasi ini secara total.
.


Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?


Kalau tak ada orang yang passionate enough untuk manifestasikan apa yang perlu untuk ummah dan negara—maka terjual lah kita.
.



Kalau tak ada orang sebegini, mungkin kita tidak Merdeka.
.



Kalau tak ada pihak yang bersuara hendak membela, mungkin lebih ramai yang tertindas binasa.
.



Provided the cause tidak bertentangan dengan redha Allah, demonstrasi begini perlu sekali.
.



Mereka yang berkumpul berbumbungkan langit itu–berjuang–untuk majoriti kita yang tidak mahu susah-susah masuk campur.
Harap orang lain untuk selesaikan.
Atau–eh eh dah selesai, tak perlu risau pun.
.



Fikir. Fikir.
.



Walaupun saya ini sekadar kuat minimum membantah dengan mengirim doa sahaja.
Syukur saya setinggi-tinggi kepada Allah kerana wujudkan mereka yang tegar hati penuh passion kepada agama dan negara, berkumpul bersama semalam.
.

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?



One day, sahabat.
Peristiwa 8 Disember 2018 akan tercatat dalam buku sejarah Malaysia anak-anak keturunan kita.
InshaaAllah.

Friday, December 7, 2018

SOALAN BOCOR KITA DAH TAHU AWAL. ADAKAH KITA DAH SEDIAKAN JAWAPAN?



Masa belajar dulu, time nak exam memang riuh sekampung nak mencari soalan-soalan past years. Sambil cuba target-target soalan apa yang keluar. 
.

Dan bila ada dapat tahu bentuk soalan yang high possibility akan keluar, memang pulun akan hadam bentuk soalan, skema jawapan dan apa-apa yang berkaitan.
.

Semua pernah rasa kan?
.

Cuma semalam Cekma disedar oleh seseorang tentang sesuatu.
.

Ada list soalan bocor yang memang kita tahu kita akan hadapi satu masa nanti. Bukan ramalan, bukan forecast. Memang sebiji-sebiji soalan bocor tu akan ditanya.
.

Tahu tak apa soalannya?
.

Ada beberapa variations, tapi essentially soalannya sama;

- Siapakah Tuhan kamu?

- Siapakah Nabi kamu?

- Apakah agama kamu?

- Apakah kiblat kamu?

- Siapakah saudara kamu?

- Apakah pegangan iktikad kamu?

- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
.
.

Time sekolah rendah siap ada sesi teka teki bagai tentang soal jawab ni. Jawapannya pun memang actually kita dah tahu pun kan. 
.

- Allah Taala Tuhanku (kenal ke kita?)

- Muhammad Nabiku (jauh mana kita kenal)

- Islam Agamaku (hidup kita based on ini kah?)

- Kitab suci Al-Quran ikutanku (kerap mana kita sentuh, dalam mana kita cuba faham?)

- Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

- Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

- Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".
.
.
Persoalan pada seketul kita yang selalu khilaf ini— dah habis ke study skema jawapan yang diberi itu?

Sunday, December 2, 2018

LIRIK MAMAK RHAPSODY - COVER BOHEMIAN RHAPSODY VERSI MALAYSIA

LIRIK MAMAK RHAPSODY - COVER BOHEMIAN RHAPSODY VERSI MALAYSIA|

Okey.
Cekma tengah go through list videos yang dicadangkan oleh YouTube.
Mungkin sebab tempoh hari Cekma duk layan beberapa cover Bohemian Rhapsody oleh Faizal Tahir, Lan MUH, jadinya video Mamak Rhapsody ni muncul dalam list yang di-recommend.

What can I say.
Rangkap pertama saja dah cukup nak buat Cekma stay tengok video tu dan ulang lagi beberapa kali

Macam mana nak kata ye
Liriknya memang dekat sangat dengan kita orang Malaysia, dan hubungan kita dengan kedai mamak.
It hit close to home.

Video dan lirik Mamak Rhapsody ada di bawah ini ya.
Enjoy singing.
This is a song most of us Malaysians can relate to.


LIRIK MAMAK RHAPSODY

Pukul dua pagi
Lapar cam nak mati
Makanan habis
Tin biskut pun dah empty

Open my phone
and open the waze and see

I'm just a poor boy
I just eat maggie mee
Tak kan nak
KFC, McDonald's, Dominos, Pizza Hut

Semua ni sangat mahal
Aku nak pi makan kat mamak
Mamak~

Mamak~
Yang ku tercinta
Harga semua murah
Makanan juga sedap

Mamak~
Life has just begun
Sekarang I panggil waiter nak order

Mamak~ uuuuuuuu
Aku nak buat order
Tapi customer banyak u tak dengar

Halo boss, sorry u nak order apa?
Dah lapar, dah haus
Will you do the teh tarik?
Kari ikan ayam
Very very syok for me

Roti canai
Roti bawang
Roti planta
Roti Milo
Roti tampal or telur

Magnifico~

I sangat lapar, nak order lagi
Dia sangat lapar, nak order lagi
Perut dah kenyang tapi nak makan lagi

Easy come easy go, I makan dulu
Bismillah, makan sampai puas
Let me go
Bismillah, makan sampai puas
Let me go
Bismillah, makan sampai puas
Let me go

Makan sampai puas
Let me go
Makan sampai puas
Let me go

Mamak mia mamak mia
Mamak mia let me go
Bagi menu
I tak cukup nak order lagi
Lagi!
Lagi!

Nasi Goreng Kampung, Ayam, Daging, Pattaya
Maggie goreng cili padi, seafood, tomyam

Ooo~ ane
Kopi peng kasi kao kao
Just order lagi
Just order lagi sampai pagi

Aku dah kenyang gila
Bos mari kira
Jumpa lagi ane
Balik rumah terus tidur

Selamat malam semua
.
.

Satu benda yang menarik
Penggubah lirik dan penyanyi nya Cina
Bahasa dalam lagu ini primarily bahasa Melayu/Malaysia
Subjek lagu ini- kedai makan India Muslim, yang secara amnya digemari rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.
.


Friday, November 30, 2018

SEGMEN BLOGLIST 2019


It is kind of fun actually to join giveaway, bloglist segments. It gives opportunity to get to know other bloggers, yang memang super ramai!
.

Anyhow, siapa yang nak join segment bloglist untuk 2019, boleh klik banner di atas k.
.

Moga ada rezeki masuk bloglist orang, hiks!

Cekma Friday Reflection


Once in a while, Cekma akan get into venting mode dengan seorang teman. Through texting, sebab tak semudah dulu nak duduk mengopi.
.

Nothing much.
Cekma akan meroyan, lepas tu turn dia meroyan.
Kami akan pujuk sesama sendiri. 
Then kami akan delete conversation and pretend it never happened.
.

Ia adalah ruang yang selamat di mana kitorang boleh cakap apa saja tanpa ada judgement. 
Dan seolah perjanjian tanpa tulis dan lisan yang benda yang diroyankan itu was just that— royanan semata-mata untuk lepaskan rasa lelah.
.

Satu hari, kami bercakap tentang kadang ada rasa macam tak fair sesuatu tu benda jadi kat kita. Dia macam kenapa series of unfortunate events ni jadi kat kita ek? Kita tak exactly jahat sangat. Kita tak buat jahat kat orang pun.
.

Adakah sebab kita tak cukup redha dengan apa-apa yang dah jadi sebab tu Allah uji lagi?
.

Then, it clicked.
.

"Mungkin apa yang kita panggil 'series of unfortunate events' tu adalah jawapan pada apa yang kita minta. You know, kita minta belajar untuk redha, untuk jadi lagi sabar, to be better. So He sent this small tribulations untuk bantu kita achieve apa yang kita nak."
.

Bila difikir-fikir balik, mungkin itulah jawapan nya kan?
Learning tools yang Allah hantar tak semestinya datang dalam bentuk yang baik dan tenang saja.
.

I mean, macam mana kita nak belajar redha kalau tak ada benda yang unpleasant jadi kat kita? Kita tak akan belajar redha dengan setakat tengok orang lain redha right?
.

Macam mana nak belajar sabar kalau Allah tak hantar tools untuk rasa sabar itu kita pupuk? 
.

Macam mana nak jadi lebih baik kalau tak diberi situasi di mana we have to make a choice to be a better person?
.

Bayangkan kalau Ron 5kg itu sejenis yang baik penuh takwa tak berak merata, boleh ke Cekma nak claim yang Cekma ni penyabar bila handle kucing? Kena la diuji dengan sofa penuh cakaran, disembur dengan kencing, terpijak tahi cair atas karpet. 
.

Fuh. 
.

Jadinya from now on, let us try untuk tak meloncat sangat bila terjadi benda di luar kemahuan sendiri, atau benda jadi tak ikut plan. And hopefully Allah buka mata dan hati untuk tengok apa yang Dia nak ajar kita. 
.

“…But they plan, and Allah plans. And Allah is the best of planners.” [8:30]
.

Tapi, sesi venting akan tetap berjalan juga, cause we are only humans after all. Yang penting adalah apa yang kita dapat belajar daripada sesi-sesi itu, yang boleh bantu kita go through life.
.

Cuba share apa yang biasa korang buat bila nak rasa nak venting a.k.a luah perasaan?

Thursday, November 29, 2018

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

Rasa macam dah lambat nak join giveaway ni, but luckily ada masa sampai weekend ni. So here goes.
.

A heartfelt belated birthday shout out to adik Mai. A birthday wish should always be dengan penuh perasaan, i think, kan?

Saya sangat respect sama designer, they seemed to create beautiful things from almost scratch. Anugerah Allah beri❤️
.

Anyhow,
Moga sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah.
.

Siapa yang nak join Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com, boleh klik pada banner itu je okey๐Ÿ˜‰

Wednesday, November 28, 2018

Sunday, November 25, 2018

Walaupun kecil, jangan disangka tiada apa

Saya cemburu betul pada mereka yang sangat ringan tulang banyak memberi kepada yang memerlukan.

Tak kisah daripada segi harta atau tenaga.
Yang besar hatinya organize charity, uruskan soup kitchen, feeding the homeless, you know that sort of thing

And me?
Admiring from afar, wishing that I could contribute something of the same degree. Mungkin tak akan sama tahap dengan sukarelawan, but you know, at least something.

Yang mampu kadang beri apa yang ada dalam poket kalau ada yang meminta. Kalau tiada apa dalam poket, hanya mampu kirimkan doa. 
Small things.

Still, rasa macam tak cukup baik.

Then I came across this, and I feel sort of better.


Kadang kita kita tak tahu, apa yang kita beri itu mungkin kecil sangat nilainya dan tak terbanding melalui mata kasar dengan sumbangan orang lain.

Tapi untuk yang menerima itu, mungkin itu rezeki pertama yang dia dapat pada hari itu.

Mungkin kecil yang kita beri itu mencukupkan untuk dia dapatkan apa yang dia mahu pada masa itu.

Mungkin senyum ikhlas yang kita beri, segarkan hati yang sedang sepi.

Who knows?


Terlalu terpengaruh dengan novel, ini akibatnya

Bila kau duk asyik baca novel omputeh dengan latar masa tahun 1800-an.
Dan kau jadi terliur bila dikisahkan tentang sarapan pagi yang namanya kippers.
Maka ni lah kejadiannya.
Ala-ala kippers.
.


Kalau ikut asalnya, diorang gunakan ikan hering.
Ikan itu akan dibelah sebelah tak putus (split in butterfly fashion), lepas tu sukahati lah nak garamkan ke, jeruk kan ke, titis lemon ke.

Cara potong yang sebenarnya. Kredit gambar google.

Cara masak — boleh digrill, dibakar, disalai.
.

Boleh dipadankan dengan telur (mata kerbau atau scrambled), roti, baked beans.
.

Cekma guna ikan apa ada dalam peti saja. Cara potong ikannya pun tak berapa nak betul.
Tak apalah kan.
Nak lepas kepingin saja.

Saturday, November 24, 2018

Segmen Blog Review 2018



Came across this post, and was tempted to participate.
.
Cekma belum kenal ramai bloggers lagi. Hopefully dapatlah juga berkenal-kenalan sesama mereka through segments macam ni.
.
Kalau nak join segmen blog review 2018 ni, boleh klik pada banner di atas itu ya.

Semua Sudah Tertulis



The scariest thing is when I feel that everything is out of my control.
.
But the thing is, nothing is ever within our control in the first place. Everything, since the beginning have been written by Allah. We only deceived ourselves to think that we were the one in control of things in our lives.
.


Friday, November 23, 2018

Cekma's Friday Reflection


Being in gatherings is the perfect place to catch up on the what's going ons with the people we care about. Among the FAQs are, "Any good news?"

There is no use pretending what was meant by the question. 

Sebelum ada kerja, maksudnya 'Dah dapat kerja ke?' or 'Bila start kerja?'
If you are single, then it meant 'Bila nak kahwin?' or 'Dah ada yang special ke?'

When you are married, it always meant 'Dah ada isi ke?'
After a while with one/few child, the meaning will be 'Bila nak tambah?'

So on and so forth.

So used was I to the question that the default response was an indulgent smile and a ready answer 'No'.

Don't get me wrong. Usually the intentions are pure, they asked because they care.

But recently, after I gave out that 'No' answer, my heart paused and pondered.

Tak ada good news? Really? How conceited can I be?

I have a supportive and loving family, in laws, relatives.
My husband.
A roof over my head.
A job and good friends.

Positive online circle.
A weekly motivational love letter (email), that I really look forward to.
Netflix full of series and movies.
My games. My cats.

Health.
I am alive. For another day. Another minute. Another hour.

The list is endless.



ูَุจِุฃَูŠِّ ุขู„ุงุกِ ุฑَุจِّูƒُู…ุง ุชُูƒَุฐِّุจุงู†ِ 

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13).


Rasa malu sangat pada Tuhan waktu terdetik itu.

And so, my answer to the 'any good news' question would be;

"Allah have grant me a lot of good news, but it may be not what you want to hear."

"Saya ada banyak berita baik, tapi mungkin bukan berita baik yang itu yang kamu nak dengar."

Thursday, November 22, 2018

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

They say there is a first for everything.
Since after a year of re-attempting to blog, this is my first time joining a "mencari Bloglist" thingy and surprisingly it was kind of exciting.

I am late to warm up to new ideas, so I take this as a nice progress.
Well done Cekma.

So anyhow, siapa yang terpilih will get to be in this blog owner's bloglist for a year. A YEAR.

Cara nak join, boleh klik saja pada banner kat bawah ni and just follow the instructions.


Moga ada rezeki kita kita semua❤️

Wednesday, November 21, 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz



Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz—Impian Cekma sejak entah berapa lama- nak jadi lagi organized. Nak rajin menulis dalam planner. Nak ada something to plan etcera etcetera.

Berapa banyak buku nota yang Cekma beli with that aim in mind, kita toksah cerita dulu lah ya. Notebooks, planner— itu adalah my weakness. Really.

Sebab tu bila came across Planner 2019 Giveaway ni, rasa tergedik-gedik aja nak join sekaki juga.

Semoga adalah sinar harapan untuk Cekma dapat planner ni
Semoga Cekma istiqamah menulis dalam planner itu.
Semoga Cekma jadi orang yang lebih merancang.

One can always dream, kan?

Kalau korang nak join giveaway ni senang je, just klik gambar kat atas nun and ikut je instruction kat situ.

Giveaway ni sampai hujung bulan ni ok!

⚡Contest pantas⚡ Tonton Video Bento Rilakkuma dan Menang


Hari ni Cekma is in the mood nak join contest. Semuanya sebab ada nampak bekas makanan yang sangat smart ni.


⚡Contest pantas⚡


View dan komen video BENTO NASI DENGAN KAREKTOR BERUANG RILAKKUMA, dan berpeluang memenangi lunchbox berkualiti import, Boximeal anda sendiri (lunchbox seperti tertera di dalam video yang bernilai lebih RM 60++).


idea bento untuk bekal anak ke sekolah - bento beruang rilakkuma yang comel; bento comel, idea bento mudah; bekal mudah; mudah berbekal ke sekolah




Syarat penyertaan:



  • 1. Tonton video ini sehingga habis.
  • 2. Tinggalkan komen "berkaitan" pada video tersebut. (komen yang unrelated akan dikira sebagai cheating dan penyertaan anda akan disqualified)
  • 3. Copy TEMPLATE CODING dari page contest, untuk buat entri di blog bertajuk "⚡Contest pantas⚡ Tonton Video Bento Rilakkuma dan Menang
  • 4. Tinggalkan link entri di blog contest.
  • Peraduan tamat , Jumaat 30 November 2018.



3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan komen paling menarik. Dan keutamaan diberikan kepada yang subscribe channel Annur Syuhadah! ahaks~


Good luck!






Don't you think the bento itself is sooo cute?

Tuesday, November 20, 2018

Kisah Rasulullah di Thaif

Once, while I was reading Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed,  I came across one of her favourite du'a by Rasulullah s.a.w when he was in Thaif. Then I did a little digging about the story--and I gain much more respect to our beloved prophet. And after that, each time I came across the story, it sort of gives a warm sayu-sayu feeling, you know?

It was the 10th year of kenabian (prophetic?) dan Nabi s.a.w telah kehilangan dua insan yang paling prominen dalam hidupnya- Saiditina Khadijah & Ali bin Abi Talib; yang menjadi sokongan terkuat sejak dahulu. Allah telah memerintahkan baginda untuk berdakwah pada masyarakat di Thaif. And he abided the order and went there with Zaid bin Harithah.

But not only the travel was in vain (in the eyes of picisan human like me), they were chased out by the people and were thrown with sands and stones and pebbles as well as harsh words. They must have been throwing with all the hatred as both of the men were injured to the point they could not walk right and had to hide in a farm ('Utbah bin Rabi'ah). 

Kalau orang biasa-biasa macam kita ni mesti dah sumpah seranah jilake pergi mampus dll. Dan memang simpang 44 tak akan nak buat kerja-kerja macam tu lagi. Phobia! Or report polis.  Eh. 

Tapi Nabi s.a.w bukan lah orang biasa kan? Apa barang nak mengadu kat orang. 
Apa yang dilakukan adalah fitrah kepada seorang manusia. Purely fitrah. He turned to Allah. Blood stained, he cried out to Him.


ุงู„ู„ّู‡ُู…ّ ุฅู„َูŠْูƒ ุฃَุดْูƒُูˆ ุถَุนْูَ ู‚ُูˆّุชِูŠ ، ูˆَู‚ِู„ّุฉَ ุญِูŠู„َุชِูŠ ، ูˆَู‡َูˆَุงู†ِูŠ ุนَู„َู‰ ุงู„ู†ّุงุณِ
ูŠَุง ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑّุงุญِู…ِูŠู†َ ุฃَู†ْุชَ ุฑَุจّ ุงู„ْู…ُุณْุชَุถْุนَูِูŠู†َ ูˆَุฃَู†ْุชَ ุฑَุจّูŠ ، ุฅู„َู‰ ู…َู†ْ ุชَูƒِู„ُู†ِูŠ ؟ ุฅู„َู‰ ุจَุนِูŠุฏٍ ูŠَุชَุฌَู‡ّู…ُู†ِูŠ ؟ ุฃَู…ْ ุฅู„َู‰ ุนَุฏُูˆّ ู…َู„ّูƒْุชَู‡ُ ุฃَู…ْุฑِูŠ ؟ ุฅู†ْ ู„َู…ْ ูŠَูƒُู†ْ ุจِูƒ ุนَู„َูŠّ ุบَุถَุจٌ ูَู„َุง ุฃُุจَุงู„ِูŠ

 ูˆَู„َูƒِู†ّ ุนَุงูِูŠَุชَูƒ ู‡ِูŠَ ุฃَูˆْุณَุนُ ู„ِูŠ ، ุฃَุนُูˆุฐُ ุจِู†ُูˆุฑِ ูˆَุฌْู‡ِูƒ ุงู„ّุฐِูŠ ุฃَุดْุฑَู‚َุชْ ู„َู‡ُ ุงู„ุธّู„ُู…َุงุชُ ูˆَุตَู„ُุญَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุฃَู…ْุฑُ ุงู„ุฏّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ْุขุฎِุฑَุฉِ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْ ุชُู†ْุฒِู„َ ุจِูŠ ุบَุถَุจَูƒ ، ุฃَูˆْ ูŠَุญِู„ّ ุนَู„َูŠّ ุณُุฎْุทُูƒَ ู„َูƒ ุงู„ْุนُุชْุจَู‰ ุญَุชّู‰ ุชَุฑْุถَู‰ ، ูˆَู„َุง ุญَูˆْู„َ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆّุฉَ ุฅู„ّุง ุจِูƒ

Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ?

Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku?

Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku.

Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”


Allah answered his prayers by sending an angel offering to topple the mountains over the people of Thaif. All the prophet had to do was say the word. 

But he didn't. 
Instead he prayed that the people and their descendants to be given the guidance to the true path. The very people who just hurt him physically and were verbally abusive. 
For him it was okay if all the humans harm him, as long as Allah is with him.

That kind of heart, that is the kind of heart I would like to possess. 

Sunday, September 23, 2018

TIPS NAK CEPAT HILANGKAN MARAH

Tips nak cepat hilangkan marah| Ada beberapa teman yang komen yang saya ini kuat sabar, selalu berfikir yang baik-baik, tak cepat marah.

Betapa salahnya mereka itu. 

I am one of those persons yang senang gila nak putus fius bila marah. Yang bila marah atau tak suka tu, memang terpampang habis kat muka. Tapi bila dah berusia dan fikir balik, tak banyak baiknya pun bila kita meletup dan lepaskan marah tu.

Satu yang baik adalah, apa yang terbuku kat dalam dah bebas keluar.
Cuma collateral damage pada orang keliling tu, kadang buat keadaan jadi awkward selepas tu.

Apa yang saya selalu buat,
Tarik nafas. Dalam kepala kira sampai lima, at least.
Bayangkan kita di tempat punca yang buat kita marah tu. 
Standing in their shoes. 
Senaraikan sebab/alasan kenapa diorang buat or terbuat macam tu.


Dalam keadaan biasa, boleh la sedikit terpujuk hati tu. Bolehlah nak berurusan dengan orang yang buat kita marah tu dengan lebih berdiplomasi.

Tapi ada masanya rasa marah tu datang dengan daya yang kuat sekali sampai kita tak boleh nak kawal. Bila korang perasan datangnya perasaan macam ni, cepat-cepatlah pergi asingkan diri.

Tak kisah lah nak duduk dalam toilet ke, masuk bilik ke, mandi ke, ambil wuduk dan solat ke, baling barang sendiri ke. 

Kadang-kadang, apa yang buat kita marah adalah apabila ada pihak ketiga haramkan benda yang kita selalu buat.
Cuba bayangkan kita berada kat pihak yang terjejas dengan benda yang kita selalu buat tu. 

Contoh.
Kita marah gila sebab tak boleh guna penyedut minuman dah. 
Macam mana nak sedut air sejuk kan dah tak ada straw nanti bersepah habis tumpah la menjejeh minum.
Kan kan kan?
.

So, kita cuba buat ni
.

'Bayangkan anda seekor PENYU/ IKAN/ HAIWAN LAUT.
Tuliskan sebuah karangan menceritakan pengalaman anda termakan penyedut minuman kerana menyangka ia makanan.'
Tidak kurang dari 80 patah perkataan.
.



Kalau difikir-fikirkan kan.
Hidupan laut tu ada setiap sebab dalam dunia ni nak marah kat kita manusia.
Tapi diorang teruskan je hidup, sesuaikan diri dengan perubahan. Dan kadang hilang nyawa disebabkan itu.

Kita yang selalu lupa, yang manusia ini Allah jadikan sebagai khalifah. Allah beri tugas untuk tadbir kerajaan alam, bukan semata tadbir kerajaan manusia.
.
.

Aima Hassan

Monday, September 10, 2018

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH | Dalam Kalendar Masihi, hari yang baru bermula tepat 0000H pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.
.

Tapi dalam Kalendar Hijriah, pertukaran hari/tarikh bermula selepas matahari terbenam/masuk waktu maghrib. Malam datang dahulu sebelum siangnya.
.

Disebabkan itu, walaupun 1 Muharram 1440 Hijrah jatuh pada 11 September 2018, ia sebenarnya dah pun bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 10 September lagi.
.

Setahun dah berlalu. Macam-macam yang ditempuh. Berkarung-karung dosa dan pahala kita kumpul. Moga Allah ampunkan segala kekhilafan kita pada tahun yang kita akan tinggalkan. Moga amalan kita yang tidak seberapa itu juga sudi Allah terima.

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH


DO‘A AKHIR TAHUN HIJRAH


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู€ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ


 ุงู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„ّٰู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠู†َ، ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّู€ุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ، ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ.

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ู…َุง ุนَู…ِู„ْู†َุง ูِู‰ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ุณَّู†َุฉِ ู…ِู…َّุง ู†َู‡َูŠْุชَู†َุง ุนَู†ْู‡ُ ูَู„َู…ْ ู†َุชُุจْ ู…ِู†ْู‡ُ، ูˆَู„َู…ْ ุชَุฑْุถَู‡ُ ูˆَู„َู…ْ ุชَู†ْุณَู‡ُ، ูˆَุญَู„ِู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู†َุง ุจَุนْุฏَ ู‚ُุฏْุฑَุชِูƒَ ุนَู„َู‰ ุนُู‚ُูˆุจَุชِู†َุง ุฅِู„َู‰ ุงู„ุชَّูˆْุจَุฉِ ู…ِู†ْู‡ُ ุจَุนْุฏَ ุฌَุฑَุงุกَุชِู†َุง ุนَู„َู‰ ู…َุนْุตِูŠَุชِูƒَ،  ูَุฅِู†َّู†َุง ู†َุณْุชَุบْูِุฑُูƒَ ูَุงุบْูِุฑْ ู„َู†َุง، ูˆَู…َุง ุนَู…ِู„ْู†َุง ู…ِู…َّุง ุชَุฑْุถَุงู‡ُ، ูˆَูˆَุนَุฏْุชَู†َุง ุนَู„َูŠْู‡ِ ุงู„ุซَّูˆَุงุจَ، ูَู†َุณْุฃَู„ُูƒَ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ูŠَุง ูƒَุฑِูŠู…ُ ูŠَุง ุฐَุงุงู„ุฌَู„ุงَู„ِ ูˆَุงู„ุฅِูƒْุฑَุงู…ِ، ุฃَู†ْ ุชَุชَู‚َุจَّู€ู„َู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู„ุงَ ุชَู‚ْุทَุนْ ุฑَุฌَุงุกَู†َุง ู…ِู†ْูƒَ ูŠَุง ูƒَุฑِูŠู…ُ. ุฑَุจَّู†َุข ุกَุงุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงู„ุฃَุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ. ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ูˆَุณู„َّู…َ ุนَู„َู‰ ุณَูŠู€ِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ ูˆَุงู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„ّٰู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠู†َ.

.
 Yang bermaksud;
Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya,

Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

.
Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan,
maka dengan kemuliaan dan   kebesaran-Mu,
kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.
DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Gambar: Google



Doa akhir tahun ini dibaca TIGA KALI pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas waktu Asar dan sebelum masuknya waktu Maghrib.
.

Masuk sahaja waktu Maghrib, maka tarikh pun dah bertukar kepada 1 Muharram 1440 Hijrah.
Kita baca pula doa awal tahun. Mohon perlindungan daripada Allah untuk segala apa urusan yang bakal berlaku pada setahun yang akan datang.
.

 DO‘A AWAL TAHUN HIJRAH


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู€ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ



ุงู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„ّٰู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠู†َ، ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َู‰ ุฃَุดْุฑَูِ ุงู„ุฃَู†ْู€ุจِูŠَุงุกِ ูˆَุงู„ู…ُุฑْุณَู„ِูŠู†َ ุณَูŠِّู€ุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ، ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ. ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَู†ْุชَ ุงู„ุฃَุจَุฏِูŠُّ ุงู„ู‚َุฏِูŠู…ُ ุงู„ุฃَูˆَّู„ُ ูˆَุนَู„َู‰ ูَุถْู„ِูƒَ ุงู„ุนَุธِูŠู…ِ ูˆَุฌُูˆุฏِูƒَ ุงู„ู…ُุนَูˆَّู„ِ، ูˆَู‡َุฐَุง ุนَุงู…ٌ ุฌَุฏِูŠุฏٌ ู‚َุฏْ ุฃَู‚ْุจَู„َ ุนَู„َูŠْู†َุง، ู†َุณْุฆَู€ู„ُูƒَ ุงู„ุนِุตْู…َุฉَ ูِูŠู‡ِ ู…ِู†َ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ِ ุงู„ุฑَّุฌِูŠู…ِ ูˆَุฃَูˆْู„ِูŠَุงุกِู‡ِ ูˆَุฌُู†ُูˆุฏِู‡ِ، ูˆَุงู„ุนَูˆْู†َ ุนَู„َู‰ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ู†َّูْุณِ ุงู„ู„ุฃَู…َّุงุฑَุฉِ ุจِุงู„ุณُّูˆุกِ، ูˆَุงู„ุงِุดْุชِุบَุงู„ِ ุจِู…َุง ูŠُู‚َุฑِّุจُู†َุง ุฅِู„َูŠْูƒَ ุฒُู„ْูَู‰. ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ูŠَุง ู…ُุญَูˆِّู„َ ุงู„ุฃَุญْูˆَุงู„ِ ุญَูˆِّู„ْ ุญَุงู„َู†َุง ุฅِู„َู‰ ุฃَุญْุณَู†ِ ุงู„ุฃَุญْูˆَุงู„ِ ุจِุญَูˆْู„ِูƒَ ูˆَู‚ُูˆَّุชِูƒَ ูŠَุง ุนَุฒِูŠุฒُ ูŠَุง ู…ُุชَุนَุงู„ٍ. ุฑَุจَّู†َุข ุกَุงุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงู„ุฃَุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ. ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ูˆَุณู„َّู…َ ุนَู„َู‰ ุณَูŠู€ِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ ูˆَุงู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„ّٰู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠู†َ.

Yang bermaksud;
Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

 Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

.

Doa awal tahun ini juga kita bacakan sebanyak TIGA KALI.
DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Gambar: Google

Perasan tak?

.

Bila diteliti maksud setiap bait doa, dapat rasa betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita. Sebanyak-banyak silap yang kita telah buat, masih Allah beri ruang maaf dan ampun kepada kita. SubhanAllah.

.

InshaaAllah.

Sunday, September 9, 2018

Saturday, September 8, 2018

Satu Hadis di Hari Sabtu

Malaikat Mendoakan Yang Sama Kita Doakan Untuk Mukmin 


ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุงู„ุฏَّุฑْุฏَุงุกِ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู…َุง ู…ِู†ْ ุนَุจْุฏٍ ู…ُุณْู„ِู…ٍ ูŠَุฏْุนُูˆ ู„ِุฃَุฎِูŠู‡ِ ุจِุธَู‡ْุฑِ ุงู„ْุบَูŠْุจِ ุฅِู„َّุง ู‚َุงู„َ ุงู„ْู…َู„َูƒُ ูˆَู„َูƒَ ุจِู…ِุซْู„ٍ
.

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Status: Hadis Sahih
.

Pengajaran:
.

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan @ tidak ada di sisinya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
.

ุฏُุนَุงุกُ ุงู„ุฃุฎِ ู„ِุฃَุฎِูŠู‡ِ ุจِุธَู‡ْุฑِ ุงู„ุบَูŠุจِ ู„ุงูŠُุฑَุฏُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
.

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. 
Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.
.

Dikongsi daripada saluran telegram




Thursday, September 6, 2018

Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.


Tempoh hari, tiba-tiba sahaja bahagian belakang leher saya di sebelah kiri terasa sakit. Makin lama makin kuat sakitnya. Dah segala jenis minyak, dah diurut oleh Enche Goblin (which was sangat sakit okey), tapi masih tak hilang sakitnya. Nak pusing kepala pun kena pusing badan sekali.

.


Petang hari kedua sakitnya naik ke kepala hingga rasa loya dan hendak muntah. Telan dua biji paracetamol. Lega teramat.
.



Tapi sakitnya masih ada lagi. Pergerakan leher sudah makin bebas, tapi masih terbatas. Lalu saya membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan teman saya, ahli fisioterapi yang otai.
.



Selepas diasak dengan soalan bertalu-talu, dan disuruh membuat gerakan bahu gaya penuh ewah-ewah, ahli fisio saya menuturkan sebaris ayat,
.



"Kau ada upper trap spasm ni."
.



"Hah? Apa trap?" Otak cuba mencerna apa yang didengar telinga.
.



"Upper trap."
.



"Apa trap? Trap...apa?"
.



"Upper trapezius laaaa—"
.



"Oh. Mana lah aku nak tahu terminologi orang-orang fisio ni," saya sengih.
.

Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.




Trapezius adalah sejenis otot yang menyelimuti bahagian leher, bahu dan belakang, di sebelah kiri dan kanan. Bergantung kepada unjuran fiber dan fungsinya, ia terbahagi kepada tiga — superior/upper (atas), middle (tengah) dan inferior (bawah).
.

Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.
Gambar: Physiopedia


Sakit bahagian belakang leher biasanya dikaitkan dengan kekejangan (spasm) pada bahagian atas otot trapezius. Hence the name upper trapezius spasm.
.


Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.
Gambar: Google


Antara punca yang biasa dikaitkan dengan upper trap spasm antaranya:

1. Postur
Paling selalu terkesan adalah pekerja pejabat yang aktivitinya banyak perlukan mereka untuk berdiri atau duduk untuk jangka waktu yang panjang. Kadang postur kita tak betul, dan sikit demi sikit ia akan menambahkan stress pada otot trapezius.
.



2. Tekanan secara langsung ke atas otot.
Contoh macam bawa handbag atau backpack yang berat. Atau tali bra yang terlalu ketat.
.



3. Kecederaan pada otot
Boleh jadi secara langsung (benda terhempap di atas bahu/belakang) atau tidak langsung (leher tersentap ketika brek mengejut)
.



Apa yang boleh dibuat bila didapati ada upper trap spasm ni?
.



Kurangkan pergerakan/aktiviti yang melibatkan otot trapezius.
Firstly sebab memang sakit ok kalau nak gerakkan masa tengah sakit tu. Secondly, sebab nak kurangkan strain pada otot tersebut.
.



Tuam
Boleh pilih sama ada nak guna tuaman yang panas atau gunakan ais. Kedua-duanya akan ada kesan yang sama iaitu kurangkan sakit.
.



Senaman atau urutan ringan
Boleh dapatkan nasihat doktor atau ahli fisio yang mengendalikan kes korang. Saya personally prefer ahli fisio sebab diorang sangatlah arif dengan otot sendi manusia dan fungsinya, dan lebih tahu jenis senaman dan urutan bagaimana yang sesuai.
.

Senaman: Upper trap stretch
Gambar: Google
Senaman: Combined movement/Levator scapula stretch
Gambar: Google


Ubat tahan sakit—makan atau sapuan
Kalau dah sakitnya itu sampai mengganggu hidup sehari-hari, saya memang akan pilih untuk ambil ubat tahan sakit. Untuk saya, paracetamol pun dah cukup berkesan. Secara amnya ia selamat dan ia adalah pilihan analgesik yang paling awal patut diambil. Tapi kalau ada alahan pada ubat-ubat tertentu, janganlah pula diambil ubat itu.
.



Ubat sapuan pula ada banyak jenis, daripada ubat farmasi, sehinggalah kepada home remedy dan bahan semula jadi. Whatever works, I guess.
.




Rawatan yang diberi kepada saya adalah
— warm compression (tuaman hangat)
— myofascial release, MFR. Atau dalam bahasa pasarnya adalah urutan. 'Urutan' dalam fisioterapi ada pelbagai, MFR ni salah satu daripadanya. Ah-ha~
.



Ada tambahan lagi
.



Oleh kerana saya nak kena drive jauh keesokan harinya, teman saya cadangkan untuk letakkan pita kinesiologi (kinesio tape)—sejenis plaster berpelekat untuk mengawal gerakan dan kurangkan rasa sakit pada leher/belakang. Alah, macam yang atlit selalu pakai tu. Sangat-sangat membantu.

Kinesiology taping
Gambar: Google

.



NB:
Walaupun punca biasa sakit bahagian belakang leher itu disebabkan kekejangan pada otot trapezius, ada banyak lagi punca lain yang mungkin ada simptom yang sama. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan yang lebih pakar, supaya rawatan yang bertepatan dapat diberikan.
.



Sore ja mata ne~❤️