Saturday, December 30, 2017

TIGA PERKARA YANG DEODORANT LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA

DEODORANT HARGA RM 45? MAHAL GILA. TAPI SELEPAS CUBA ADANIA BERGAMOT & LIME ALL NATURAL DEODORANT, TERPAKSA MENGAKU IA BERBALOI.
.
.

Saya percaya, hampir semua dari kita pakai ubat ketiak kan. Atau kalau nak pakai nama yang nampak semenggah sikit, deodorant. 
.

TIGA PERKARA YANG DEODORANT LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA
Kalau ditanya kenapa pakai deodorant, jawapan mesti hampir sama. Sama ada tak mahu ketiak berbau, atau nak mengelakkan daripada berpeluh. Atau ketibas orang panggil eh.
.

Tapi pernah tak kita terfikir, macam mana sebenarnya deodorant ni boleh menghilangkan bau ketiak? Atau, kenapa agaknya kadang kita sendiri pun tak sanggup nak bau ketiak sendiri? Apa beza deodoran biasa dan antiperspirant?
.

TIGA PERKARA YANG DEODORAN LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA

.

1. Deodoran membunuh bakteria yang menghasilkan bau busuk
.
Percaya ataupun tidak, peluh yang terhasil sebenarnya hampir tak berbau. Bau yang terhasil tu adalah apabila bakteria yang ada pada kulit kita uraikan beberapa komponen yang ada dalam peluh tu. Dan bila peluh yang dah sedikit terurai tu berada pada kulit kita untuk satu jangka masa, time tulah kita akan mula kerut hidung bila dekat dengan ketiak.
.
Memandangkan kebanyakan deodorant ada sedikit ciri-ciri anti bakteria, ia akan bantu untuk hapuskan bakteria pada kulit kita tu. So, at least for some time, kita bebas daripada bau ketiak yang kurang menyenangkan
.

2. Deodoran tidak membuat kita berhenti berpeluh
.
Ha, jangan pelik pula kalau dah pakai deodorant tapi ketibas masih ada. Sebab tugas deodoran ni (rujuk no 1) tugasnya nak menghilangkan bau dengan hapuskan bakteria pada kulit di area tu. 
.
Untuk mereka yang tak selesa dengan peluh di ketiak kalian boleh cuba cari deodoran yang 'ANTI PERSPIRANT' (anti peluh). Anti perspirant ni biasanya ada aluminium di dalamnya, yang bertugas untuk BLOCK salur peluh. So, peluh tak akan keluar. Bakteria tak akan bertindak atas peluh. End resultnya, tak ada bau. 
TIGA PERKARA YANG DEODORANT LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA

.

3. Deodorant dan Kanser Payudara
Kanser payudara dan hormon ESTROGEN ada hubungkait yang rapat. Dalam deodoran dan antiperspirant ni, ada bahan-bahan seperti aluminium, triclosan, bahan pengawet seperti paraben dan bahan-bahan kimia yang beri bau wangi, maintain tekstur dan UV filter. Bahan-bahan ini ada aktiviti yang hampir sama dengan estrogen. Dan deodoran yang ada kandungan ini kita sapu di ketiak, yang sangat hampir dengan payudara.
.
However, setakat ini belum ada study atau research yang conclusive tentang teori ini. Studies by Mirick et al kata, tak ada kaitan between penggunaan deodoran dan kanser payudara. Manakala research yang dilakukan oleh Mc Grath KG membuat kesimpulan yang insiden kanser payudara pada usia yang semakin muda ada kaitan dengan penggunaan deodorant/antiperspirant dan mencukur ketiak yang kerap.
.

Jadinya, tak tahu lagi kesahihan teori itu, 
.
.
Tak ada salah pun nak continue pakai apa yang kita guna. Cuma, kena alert dengan possibility hubungkait antara kedua-dua faktor ni. 
.

Antara langkah yang saya mula ambil adalah memulakan penggunaan deodoran dari bahan semulajadi. Saya gunakan ADANIA BERGAMOT & LIME ALL NATURAL DEODORANT. Deodorant daripada Adania ni adalah:
• Natural • Non-Toxic • Unisex • Ultra-Pure • Long-Lasting • Hypoallergenic

.
Deodoran ini akan mengurangkan bau kurang senang secara semulajadi dengan gabungan Lime, minyak kelapa dara yang akan hasikan lapisan yang bersifat antibakteria dan minyak kelapa yang bantu untuk baikpulih kulit. Ia tidak menyumbat pori pori pada kulit ataupun block salur peluh. Semua bahan dalamnya adalah semula jadi, tiada bahan kimia buatan yang ditambah di dalamnya. 
.

Kandungan: Cocos nucifera (virgin coconut) oil, Maranta arudinacea (arrowroot) powder, Sodium bentonite clay, Butyrospermum Parkii (shea) butter (organic, unrefined), Cera alba (Beeswax),Sodium bicarbonate, Citrus bergamia (Bergamot) oil, Citrus aurantifolia (Lime) essential oil.
.

To be honest, saya masih pakai lagi deodoran yang biasa beli di pasaran. But at least dengan gunakan natural deodoran ni, frekuensi saya pakai deodoran dengan artificial chemicals ni dah berkurangan sebanyak separuh. Baby steps, tapi ok lah kan. 
.

Kalau ada yang nak dapatkan ADANIA BERGAMOT & LIME ALL NATURAL DEODORANT, boleh hubungi nombor +60196292906. Sekarang ini ada 15% off sampai 31 Disember 2017. 

Thursday, December 28, 2017

Apa itu Epigraph

Apa itu Epigraph 


Epigraph itu boleh jadi satu frasa, quote, cerita kontot atau sajak yang biasa penulis letak sebelum satu dokumen atau buku hendak bermula.
.
Pendek kata—pembuka cerita.
.
Epigraph dalam buku Appointment in Samarra adalah my all time favourite. Actually saya tak baca pun buku tu, saya cuma baca epigraph nya yand dipapar dalam buku lain.
.
Khabarnya epigraph yang saya suka ni asalnya daripada cerita rakyat lama orang Arab dulu.
.
Saya share ya. Dah siap translate juga.
.
.
.
Latar tempat: Baghdad
.
Ada seorang peniaga dan orang suruhannya. Satu hari peniaga ni hantar orang suruhannya ke pasar untuk beli barang and stuff.
.
Tak lama lepas tu orang suruhannya balik ke tempat tinggal mereka dengan wajah pucat lesi. Tubuhnya bergetar hebat.
.
Kata orang suruhan itu, masa dia tengah bersesak nak beli barang tadi, dia terlanggar seseorang. Yang dia kenal sebagai Death (Kematian). Katanya lagi, Death telah tunjukkan tanda seolah sedang membuat ancaman.
.
Gigil kan?
.
Dengan keadaan yang masih takut, orang suruhan itu pinjam kuda tuannya, dan dipacu laju-laju ke Samarra. 125km jauhnya dari Baghdad. Tempat yang dia percaya Death tak akan jumpa.
.
Peniaga itu kemudiannya pergi ke pasar. Terjumpa dengan Death. Dia tanya pada Death, kenapa seolah mengugut orang suruhannya tadi?
.
Death menjawab, bukan dia hendak ugut atau ancam orang suruhan tadi. Lebih tepat lagi, dia terperanjat sebenarnya terjumpa dengan orang suruhan peniaga itu di Baghdad.
.
Kerana sepatutnya pertemuan mereka adalah malam itu. Di Samarra.
.
.
.
.
Pertama kali baca, saya termenung sekejap. Dan baca lagi berkali-kali. Rasa tak puas. Pendek saja kisahnya, tapi padat berisi.
.
Saya tengok cerita ini dari dua sudut.
.
1. Kadang dalam kita buat kerja sehari-sehari, akan ada benda or event yang lain dari kebiasaan. Buat kita terkejut. Dan takut.
.
Namun disebabkan unfortunate event tu juga, buat kita respond in such a way yang kita pun tak terfikir kita akan buat. Endingnya mungkin elok. Mungkin juga tidak.
.
Tapi the bottom line is, kita keluar dari zon selesa sehari-hari. Kalau dalam kisah ni, tindakan orang suruhan yang lari jauh selepas jumpa Death.
.
.
.
2. Apa yang tertulis untuk kita, akan jadi hak kita juga. Tak kisah macam mana jalan ada lencongan di sana sini, ia akan jadi destiny kita juga.
.
Orang suruhan itu fikir dengan lari jauh ke Samarra, dia akan jauh dari Death. Sedangkan memang dah tertulis yang dia akan bertemu Death di sana.
.
Samalah macam rezeki, ajal, maut, jodoh. Kan?
.
Kalau ada terbaca atau bicara tentang takdir, mesti saya akan teringat kisah ini. Indah sungguh ilham Allah beri kepada penulisnya.
.
.
This is the OriginalVersion 

Death speaks: 
There was a merchant in Bagdad who sent his servant to market to buy provisions and in a little while the servant came back, white and trembling and said, Master, just now when I was in the market-place I was jostled by a woman in the crowd and when I turned I saw it was Death that jostled me. 

She looked at me and made a threatening gesture; now, lend me your horse, and I will ride away from this city and avoid my fate. I will go to Samarra and there Death will not find me. 

The merchant lent him his horse, and the servant mounted it, and he dug his spurs in its flanks and as fast as the horse could gallop he went. 

Then the merchant went down to the market-place and he saw me standing in the crowd and he came to me and said, Why did you make a threatening gesture to my servant when you saw him this morning? 

That was not a threatening gesture, I said, it was only a start of surprise. I was astonished to see him in Bagdad, for I had an appointment with him tonight in Samarra.

She looked at me and made a threatening gesture; now, lend me your horse, and I will ride away from this city and avoid my fate. I will go to Samarra and there Death will not find me. 
The merchant lent him his horse, and the servant mounted it, and he dug his spurs in its flanks and as fast as the horse could gallop he went. 
Then the merchant went down to the market-place and he saw me standing in the crowd and he came to me and said, Why did you make a threatening gesture to my servant when you saw him this morning? 
That was not a threatening gesture, I said, it was only a start of surprise. I was astonished to see him in Bagdad, for I had an appointment with him tonight in Samarra.

Tuesday, December 26, 2017

MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR



Ada yang panggil minyak hipster.
Ada yang panggil Power Rangers.
Ada yang panggil lemang lima bersaudara.
.
MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR
Apa-apa pun nickname yang diberi, tak dapat dinafikan yang 5 botol saiz jari telunjuk kalian ni, sangat berguna. A MUST HAVE ITEM.
.

MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR


Untuk yang tak tahu, yang belum kenal, ini adalah set PREDILUTED BLEND by Ronella. Ia dirumus khas oleh our Certified Aromatherapist. Bahan yang digunakan memang 100% essential oils yang diekstrak daripada tumbuhan. Secara amnya, ia selamat digunakan.
.

Dalam set ni terdapat 4 items:

1.     Pain X
Bahan-bahan : Virgin Coconut Oil,  Lemongrass,  Eucalyptus, Peppermint, Rosemary, Black Pepper, Nutmeg.
Fungsi : Melegakan sakit sendi, sakit otot, sakit lutut, sakit belakang
 
MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR

2.       Gas C
Bahan- bahan : Virgin Coconut Oil, Grapeseed Oil, Cardamom, Ginger, Peppermint, Bergamot, Dill seed
Fungsi : Beri kelegaan pada sebu perut, gastrik, angin
MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR

MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR


3.       NT Bax
Bahan- bahan : Virgin Coconut Oil, Cedarwood, Tea Tree, Cinnamon Bark, Clove Bud, Eucalyptus, Lavender
Fungsi: Sapuan dengan NT Bax boleh mengurangkan kegatalan kulit, kawal symptom eczema dalam certain cases

MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR

MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR

  
4.       Breathe EZ
Bahan- bahan: Virgin Coconut Oil, Camphor, Cajuput, Pine, Cardamom, Peppermint, Eucalyptus
Fungsi : Memberi kelegaan untuk batuk-batuk , selesema , resdung
MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR


Harga satu set ni adalah RM 139. Tapi sempena jualan murah Boxing Day Ronella ni – bila korang dapatkan SATU SET ROLL ON BLEND ni, PERCUMA sebotol MOMMY RELIEF tau. Worth RM 34.
.

Mommy Relief ni apa pula?
.

Ha, kalau ibu-ibu mengandung ni mesti suka.  Ni lah peneman time datang sakit belakang dan cramps kaki malam-malam. Golekkan Mommy Relief, inshaaAllah lega simpulan biawak kat betis tu.


MINYAK HIPSTUR YA SISTHUR

Eh, ada lagi.
.

Selain daripada Mommy Relief, akan dapat FREE Virgin Coconut Oil by Ronella. Worth RM 59. Kiranya, secara total dah dapat JIMAT RM 93! Sangatlah berbaloi.



Saya rasa set ni sangat useful sebab saiznya kecil, boleh selit- selit dalam beg tangan atau poket saja. Datang saja sakit sendi, gastrik atau asthma yang memang hadirnya tak berjadual, hanya perlu sapukan saja minyak tersebut, lega. Untuk kawal symptom sementara nak dapatkan rawatan, I personally think it is a great bargain.
.

Berbalik pada PROMOSI hebat hari ke 3 Boxing Day Sale by Ronella ni.
Tempahan Dibuka: 

12am 27/12/2017 - 12am 28/12/2017

Kuota: 300pcs sahaja

Shipping: 2-5 hari

Berminat nak dapatkan set ni, boleh hubungi nombor di SINI










Thursday, December 14, 2017

B.U.S.U.K

“Busuk.”
.

Hidung berkerut. Mula bernafas ikut mulut kerana rasa tidak selesa dengan bau sekumpulan manusia yang baru melintasi mereka.
.

Perkataan busuk itu perlahan saja, tapi cukup kuat untuk didengar oleh teman hidup.
.

“Kenapa?”
.

“Awak tak bau ke tadi? Masa berselisih dengan diorang tadi.”
.

“Bau je.”
.

“Tapi nampak rileks je, kuat kot baunya.”
.
Busuk

Teman hidup senyum. “Sebab saya tengah cuba sibukkan diri istighfar dan bersyukur dalam hati.”
.

Dahi pula berkerut. Teman hidup ni kalau bercakap mesti banyak lapisan yang dia kena kupas. “Sebaaaaab?” Panjang harakat 'bab’ nya tu.
.

Teman hidup tarik tangan, dibawanya duduk di atas salah satu bangku berhampiran mereka.
.

“Bila awak terhidu bau diorang yang busuk tu. Apa awak rasa?”
.

Fikir sejenak. “Tak selesa. Kenapa tak pakai deodorant ke apa-apa. Tak mandi ke. Tak bau ke sesama diorang.” Tergelak kecil.
.

“Kiranya awak tengah hakimi diorang, betul?”
.

Terdiam. Dah mula tak senang duduk.
.

“Saya pun macam tu dulu. Kemudian ada orang tegur. Katanya, apa kata kita tukar. Instead of kita judge orang itu, walau dalam hati sekalipun, apa kata kita penuhkan hati dengan rasa syukur.’
.

“Maksudnya?”
.

“Syukur, sebab Allah beri kita senang untuk beli deodorant.
Syukur, kerana kita tak kena kongsi satu rumah kecil dengan 20 orang yang lain.
.

Syukur, kerana kita tak perlu nak berebut untuk mandi
Syukur, kerana kita tak perlu berpeluh sebab kena berjalan jauh
.

Syukur, kita ada sumber pendapatan yang cukup
Syukur, kerana kita terlindung daripada penyakit berjangkit disebabkan overcrowding
.

Syukur, kerana Allah tak beri kita bau tubuh yang buat orang kurang senang
Syukur, kerana kita ada upaya beli perfume.
Syukur, kerana kita tak ada penyakit yang buat badan kita berbau busuk.
.

Kalau nak senaraikan ni, memang tak habis.”
Teman hidup senyum manis.
.

Terdiam. Rasa sebak sedikit dalam dada. Benar,  banyak masa habis 'judge’ orang lain, sedangkan tugas 'hakim’ itu bukanlah tugas hakiki manusia.
.
.

Tuesday, December 5, 2017

Bunga Cengkih penawar sakit gigi

Bunga cengkih penawar sakit gigi
"Kak Aima, saya sakit gigi dah berapa hari ni. Makan painkiller pun tak jalan."
.

Awal November itu.
Masa tu pada Cekma tak ada ubat apa pun.
Lagipun katanya dah telan painkiller tak jalan.
Nak suruh ke dentist, waktu dah lewat malam.
.

Jeling botol-botol essential oils yang ada dalam beg. Ada seketul Clove Bud EO. Tawakkal sajalah.
.

Cekma hulur pada dia. Sambil pesan, letak SETITIK DUA saja dalam segelas air. Then kumur-kumur. Dan buang. JANGAN pula DIMINUM.
.

After that busy tak sempat pun nak tanya ok ke tak, sampailah jumpa minggu lepas.
.

"Lepas kumur tu kan, lega sakit gigi saya kak Aima."
.
.
.
Dengan izin Allah.
.

Bunga Cengkih penawar sakit gigi

Salah satu petua orang lama, kalau sakit gigi, gigit bunga cengkih kat area gigi/gusi yang sakit tu.
.

Betul?
.

Tapi tak tahu kenapa kan?
.

Studies have shown yang ada bahan-bahan dalam bunga cengkih ni yang ada ceciri anti-inflammatory (antiradang) dan antibakteria.
.

Sebab tu,
Sakit jadi kurang
Bengkak pun boleh surut
Merah pun memudar
Kalau ada jangkitan, boleh kontrol sekejap
.

Tapi kena ingat
.

Punca sakit gigi itu bermacam-macam.
Ikhtiar guna clove bud/cengkih ni untuk bagi reda sementara sakit dan bengkak yang ada.
.

Kalau masih sakit.
Kalau berulang-ulang jadinya
Kalau terlalu kuat denyutnya
Jejaklah kaki ke doktor gigi untuk diperiksa
Jangan sampai mudarat diri
.

Sumber Rujukan:

NCBI
Scielo

Sunday, November 26, 2017

No Woman, No Cry

NO WOMAN, NO CRY
.

Korang rasa maksud dia apa?
.

Sejak dari pertama kali terdengar ungkapan ni (di sekolah menengah), Cekma ingat maksudnya adalah
.

1.Perempuan dan air mata berpisah tiada;
.

Atau
.

2. Perempuan ni kerjanya, mengecewakan hati lelaki sehingga terbit air mata jantannya.
.

Korang tau tak?
.

Sebenarnya, ramalan itu tidak benar belaka. Lagu ini sebenarnya Bob Marley tujukan untuk wife dia. Dan mengambil kira faktor bahasa Jamaican yang ada terselit dalam lirik itu, maksud sebenar ayat di atas adalah;
.

NO WOMAN, DON'T CRY.
.

Jangan perempuan, jangan menangis.
.
.
.

Rasa nak masuk dalam peti sejuk tak sebab dah mencair?😆

Tuesday, November 21, 2017

Essential Oils dan anak-anak. Selamatkah?

Penggunaan Essential Oils dalam kehidupan harian dah semakin meluas. Ramai yang prefer untuk sedaya upaya untuk guna cara alternatif dahulu sebelum cari ubat. Bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi ramai ibu bapa dah mula dedahkan anak-anak dengan penggunaan EO ni. Anak demam, kita jerlus dengan Lemon EO dalam air mandian. Anak sukar tidur malam, kita titikkan bantalnya dengan Lavender. Secara general, kita fikir selamat je, sebab dari sumber tumbuh-tumbuhan, kan? Tapi, Essential Oils dan anak-anak. Selamatkah?


.


Essential Oils dan anak-anak. Selamatkah? 


SAFETY issues ni pada Cekma, penting. Kita share products pada customer, dengan niat untuk bantu dia.
.
But kadang secara sengaja atau tak, apa yang kita consult itu boleh beri harm pada mereka. Niat baik. Tapi bawa mudarat. 
.

That is why kenapa ilmu kena ada. Bukan boleh main nak pukul rata semua boleh pakai produk kita.
.

So one of the reasons Ronella ni dekat kat hati adalah sebab founder sangat titik beratkan hal ni. Especially untuk anak-anak kita ni kan.
.

Mungkin sebab semua pun dia test kat anak dia dulu. Eh. Bila tang anak sendiri, mestilah semua nak yang SAFE je kan.
.

Contoh ya
.

Bahan dalam Ronella baby series, tak ada letak bahan yang diragui selamat ke, tak ke. Peppermint dan Eucalyptus, sedia kita tahu betapa ia sangat useful untuk daily life. Lagi-lagi life seketul hidung yang kerap tersumbat.
.

Tapi for kids, especially bawah 5 tahun, ada bahan kimia dalam kedua-dua EOs tu yang boleh affect breathing dan sistem saraf diorang.
.

Dalam ayat lain, rentak nafas boleh jadi sangat perlahan. Atau boleh develop sawan.

Reference ada di sini 

.
Tapi, kalau guna sikit tak apa kot kan?
.

Sure. Setuju, ada yang sapu or diffuse sikit-sikit kat anak, okey je tak ada apa pun. Tapi how sikit is sikit? Plus, response badan each of us kan lain-lain?
.
Essential Oils dan anak-anak. Selamatkah?
Essential Oils dan anak-anak. Selamatkah? 

Maka, sebab ia sort of GREY area, Ronella gantikan aje terus dengan stuff yang lebih selamat
.

Eucalyptus kita ganti dengan Rosalina
.

Peppermint kita ganti dengan Spearmint.
.

So, yakin boleh Ronella rakan anak anda.
.

Itu dua contoh saja. Ada lagi beberapa Essential Oil yang kita perlu pakai dengan hati-hati bila ada anak kecil di keliling. Ada kesempatan nanti akan saya kongsi lagi. 
.
.
.
.
Aima Hassan
.

Saturday, November 18, 2017

Set Mandian Organik Adania

Nowadays, ramai dah nak beralih arah ke more healthy lifestyle. Banyak nak memilih produk yang natural dan organik. Kalau ada yang tengah mencari set mandian organik, boleh cuba Adania Bath Set.
.

Set Mandian Organik Adania

.

Lagi-lagi time hujung minggu ni. Sepanjang  minggu bekerja, baru nak rasa lega. Bahu rasa ringan. Tapi terasa penat badan dengan cabaran kerja minggu itu.
.

Masa ni memang terasa nak manjakan diri saja. Rasa nak pergi spa.
.
.

Dengan set mandian organik Adania ni, korang boleh create that spa-like feeling, even kat rumah pun. Confirm hilang letih tu bila dah mula bau haruman Rose Geranium daripada mandian.
.

Ringan kepala dengan rasa sejuk Peppermint daripada syampu. Perasaan puas bila scrub badan dengan long back loofah
.

Ada lagi.
.

Rasa yums sangat bila apply betik, caramel dan carrot yang dah kita lenyek lumat pada rambut.
.

Macam too good to be true kan?
.

Percaya tak, bila you dapatkan
1. ADANIA Peppermint Crush Treatment Shampoo
2. ADANIA Natural Floral Body Wash
3. ADANIA Long Back Luxe Loofah,
.

Set mandian organik Adania

You akan dapat PERCUMA Cotton Candy Hair Mask. Sayang kalau tak grab tengah-tengah offer macam ni.
.

Kalau rasa tak percaya, then you contact I, biar I buat you percaya.
.
.
Set mandian organik Adania

Sunday, November 12, 2017

Tarik tali atas simen?

Hari sukan. Event yang paling kita tunggu. Event yang biasanya paling akhir sekali.
.

Tarik tali.
.

Rasa gelora teruja kat dada bila nampak orang usung tali yang sebesar lengan. Letak di atas tanah.
.

Peserta mula sediakan diri. Sinsing kaki seluar. Kaki ayam. Senaman ringan panaskan badan. Hentak hentak kaki praktis nak pasak nanti.
.

Masing-masing capai tali. Selit sebelah bawah ketiak. Bengkok kaki pasang kuda-kuda. Tumit kaki buat lubang kecil pada tanah. Buat menahan nanti.
.

Sorakan masa wisel ditiup tanda dah mula tak payah nak kata lah kan. Gegak gempita.
.

Rasanya last sekali berhempas pulas  tarik tali masa sekolah menengah dulu.
.

Tapi dilema lah.
.

Kat simen ni macam mana nak pasak kaki?
.

#radiologyfamilyday
#radiologymelaka
#restoranmelayumelaka

Friday, November 10, 2017

Allah lebih sayangkan dia

We met 3 years ago. She wandered off into my friend's front yard, crying. Alone.
.

I scooped her up and decided there and then I would like to take her home. My friend provided a box and off she goes to her new home. Me.
.

She was so tiny. She was a crier. At night she would cry in her cage. She saw me and she cried lagi.
.

I decided to name her Pitung. A rare and strange name for a girl. But the name stuck.
.

Since then she was my best friend. She was there when I'm happy. She was there when I am angry. She was there when I am broken.
.

She was with me when we moved to our own house. Merasmikan rumah sama sama.
.

She was loyal. She owned our house. It was hers too. She slept in our bed. On our fluffy pillows. In my arms. Hugging my head.
.

She would bit my hand playfully and then licked the non existent wound. She would lick me, just because.
.

She was proud. She would never be friendly to other strays. She chased out a tomcat to the end of our neighbourhood because he was flirting with her.
.

I think she thought she was human too.
.

She was there when I miscarried, staying outside the bathroom while the pain is crushing me.
.

She stayed when the rest left. When I cried she would snuggle close although she disliked being hugged.
.

She liked to pee almost everywhere and it drove us crazy.
.

If she was outside, she would greet me coming home from work. She would climb up the windshield, peeking inside the car if I did not come out immediately.
.

If she was inside, she would come down from our room upstairs, greeting me from the stairs.
.

When I got sick, she stayed with me from the early night until the next morning.
.

She would be my Adania and DAG pillow model.
.

She never stayed away for too long. She would always come home. Even when we were away for few days, she would always be there. Running towards the gate while it opened when we arrived.
.

Which is why it was really, really strange when she did not come home for 2 days. I let her out the night before as usual. And as usual, I expected her to be on our car, or at the side glass peering inside the house in the morning, waiting to be let in.
.

But still. No sign of her.
.

And this evening my husband broke the news. He had been asking around about her too.
.

Apparently 2 nights ago, she was chased by another stray and was hit by a vehicle. And died on the spot.
.

The vehicle's owner told my neighbour he buried her behind the surau. Syukur juga dia tak biar di jalan begitu saja.
.

Again. Allah ambil benda gembira yang dia pinjamkan buat sementara di awal November.
.

I am going to miss her warm body sliding into my arms at night.
.

Ada yang mungkin tak faham kenapa nak sedih gegila. Kucing je kot. Just a pet. Mati satu. Ganti lah yang lain.
.

True. But for some, them furry balls are more than just pets. Imagine losing a family member. A close family member.
.

Exactly.
.

Because that is what they are.
.
.

Aima Hassan - Pitung

August 2014- November 2017

This entry was posted in

Tuesday, November 7, 2017

Tidak ada, tak bermaksud tiada

The adrenal gland


.

In babies, they are commonly seen (dalam ultrasound)


.

Untuk kita dewasa ni, cari macam mana pun, biasanya tak nampak dah. Unless kelenjar adrenal tu membengkak.
.


Tapi, yang kita tak nampak, tak semestinya tak ada


.

Yang tak nampak, tak semestinya tak buat kerja


.

Macam orang kata, let our works speak for us


.

Sangka baik.


#radiology

Sunday, November 5, 2017

Tips penjagaan diri di musim panas

Ikut orang pandai cuaca di universiti, sekarang ni Malaysia tengah panas terik lit lit sebab tempias taufan kat Filipina.
.

Walaupun suhu tak adalah melampau sangat tingginya, tapi still korang jangan take for granted pergi sunbathing kat tengah matahari tu pula.
.

Kadang-kadang kita rasa biasa lek ah takkan dengan matahari pun takut. Tak macho betul.
.

Tapi sebenarnya kan, cuaca panas ni do give some stress pada badan kita ni. Lagi-lagi kat mereka yang kerja directly bawah matahari, warga emas, kanak-kanak dan yang ada sakit kronik.
.

Ada beberapa tanda-tanda yang kita boleh kaitkan dengan cuaca yang terlebih panas ni –disebabkan haba dan kehilangan air dari dalam badan
.

- Sakit kepala
- Badan lemau, senang letih
- Nak concentrate tu memang bercinta
- Pening, masuk angin, rasa loya
- Lebih teruk lagi, boleh sehingga pengsan dan koma
.

So apa yang boleh kita buat untuk maintain sihat dalam cuaca panas ni?
.

1. Topi/payung - untuk elakkan pancaran haba terus pada kita
.

2. Banyakkan minum air kosong – tak kisahlah korang kerja dalam aircond ke, tak banyak beraktiviti fizikal ke. Just drink lots of plain water.
.

3. Pakaian - seeloknya yang longgar dan tak tebal sangat. Biar haba senang spread ke luar.
.

4. Kipas/air conditioner – untuk sejukkan badan kita, obviously. Cuba bayangkan, tengah panas, sekali letrik tak ada.
.

Cobaaaaan.
.

5. Elakkan duduk dalam kawasan tertutup tanpa penghawa dingin atau ventilation yang bagus.
.

6. Hadkan aktiviti kat luar. Simpanlah dulu hasrat nak sunbathing di lain hari.
.

7. Kurangkan minum air yang bergula, berkafein atau beralkohol.
.

Sebab apa?
.

Sebab 3 jenis minuman ni akan buat air hilang dalam badan melalui air kencing. Perasan kan kalau kita minum kopi atau yang seumpama, memang berlari-lari ke toilet lepas tu.
.
.
.
.
 Stay safe everyone. Sayangi diri sendiri.
.
.
.
Aima Hassan
Bukan puteri lindungan lilin


Monday, October 30, 2017

Oktober. Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kalau sebut tentang bulan Oktober, secara amnya yang terbayang pada kita biasanya lagu ‘Tragedi Oktober’, kan? Tapi sebenarnya bulan Oktober ni ada menyimpan istimewanya yang tersendiri.
.
Bulan Oktober, pada setiap tahun telah dipilih sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Peringkat antarabangsa.
.
Tujuannya adalah untuk mengajak orang ramai supaya lebih peka dengan kanser menjadi igauan ngeri setiap perempuan.
.
Kalau perasan, KKM, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, NGOs dan badan-badan berkaitan memang all out organize aktiviti-aktiviti yang berkaitan untuk beri kesedaran pada orang ramai dan support kepada pesakit.
.
The activities boleh jadi dalam bentuk ceramah, saringan mammogram secara percuma, pameran. Ada juga yang anjurkan Pink October Run/Marathon. Jualan amal. Stuff like that.
.
Kalau korang perasan la.
.
.
Saya teringat nak menulis tentang ni sebab seorang pesakit yang datang untuk ultrasound payudara tempoh hari.
.
Jeling sekilas pada borang tentang indikasi untuk ultrasound then buat je macam biasa. Tak berapa nak ada perasaan sangat.
.
Tapi lepas beberapa minit, saya perasan yang wajahnya sugul sekali. Dahinya ada beberapa lipatan kerisauan.
.
“Aunty risau ke?”
.
Dia pandang saya. Angguk.
.
Saya baca kembali borang pesakit. Dengan lebih teliti. Saya toleh semula pada dia.
.
“Aunty pergi buat mammogram kat private ya? Yang free tu?”
.
**Kementerian Wanita, melalui LPPKN ada beri subsidi untuk wanita buat saringan mammo percuma di pusat mammogram tertentu tau.**
.
Dia mengangguk lagi. “Saya saja je pergi check. Sebab dah free kan. Lepas tu terjumpa ketul kat breast. Diorang cucuk ambil sample, kata ada kanser.”
.
“Sebelum ni memang tak ada rasa lah ya?”
.
Dia geleng. “Memang ada ya ketul tu doktor?”
.
Ya. Memang ada ketul pada payudaranya. Yang punya ciri-ciri yang mencurigakan dalam ultrasound. .
Ya, mungkin dia ada terfikir, kalaulah dia tak pergi saringan mammogram tu kan bagus. Mesti dia boleh senyum-senyum lagi hari ni.
.
Tapi, betul ke macam tu?
.
Dari sudut pandangan kami di kesihatan, dia bertuah sebab kemungkinan lump tu dikesan pada peringkat awal. Dan mungkin belum merebak ke mana-mana bahagian badan lagi.
.
Bayangkan ya
.
Kalau dia tak tergerak hati hendak buat saringan mammo. Maka tak terjumpa ketul itu. Dan dia pun tak perasan wujudnya ketul itu. Makin lama ketul itu makin besar mungkin? Dan mula makan tisu sekeliling, menyebarkan sel-sel malignant ke organ lain. Breast cancer ni antara yang jahat tau.
.
And by the time dia datang untuk dapatkan rawatan, dah stage 4. Dah tak banyak pilihan rawatan yang boleh dibuat. Kos rawatan yang ditanggung (persendirian atau kerajaan) makin banyak kerana dah mula banyak komplikasi. Masa tu tak tahu celah mana boleh selit senyum lagi.
.
Okey, bayangan tamat.
.
So kita sebagai girls ni, apa yang kita boleh buat untuk cuba kesan penyakit seumpama ni di peringkat awal?
.
1. Rajin-rajin buat pemeriksaan sendiri payudara, sekali dalam sebulan. Masa yang terbaik adalah selepas beberapa hari habis period.
.
2. Peka dengan tanda-tanda macam:
- Ketumbuhan/ketulan di payudara
- Sakit pada payudara yang berterusan
- Ada something yang tak normal keluar daripada nipple – macam discharge yang tak normal, bercampur darah or nanah
- Perubahan pada kulit, bentuk atau saiz payudara
- Nipple tenggelam ke dalam dengan tak semena-mena
.
Kalau ada, dapatkan rawatan dengan segera untuk dapatkan kepastian kenapa ada tanda-tanda tu.
.
3. Kalau umur dah mencecah 40-an, jejakkanlah kaki ke mana-mana pusat mammo untuk buat saringan.
.
Kalau ada ahli keluarga perempuan yang umurnya mencecah 40-an juga, kita ingatkan mereka.
.
Atau kalau korang ada sejarah keluarga yang ada kanser payudara, nak buat screening lagi awal pun tak apa. Sebabnya, sekarang ni, umur 20-an pun kanser boleh ada. Tak mengenal usia.
.
.
Kesimpulannya, pemeriksaan awal itu penting.
.
Oh ya, orang lelaki pun, kalau ada tanda-tanda yang tak menyenangkan pada area situ, lupakan saja malu itu. Breast cancer, although kecil percentagenya, can affect men too.
.
.
Aima Hassan
#SHARE andai ada manfaat yang anda dapat.
.

Tahun kedua-done

Masa kawan-kawan rapat baru tahu kewujudan Enche Goblin, salah seorang messaged me privately
.

“Aima, dia main game tak?”
.

Saya tersenyum membacanya. Saya replied, “Yes.”
.

Dia balas. “Dia main Final Fantasy?”
.

Kali ni saya tergelak besar. “Main,” jari saya menari menekan butang abjad. “Dia main dua-dua console dan PC. Lagi kuat gaming dari aku."
.

Dan itu buat si teman puas hati. I hope
.

Macam nenek saya pula tanya, boleh ke dia terima kucing-kucing saya?
.

Kadang-kadang soalan macam ni buat rasa terharu. 
.

Diorang tak tanya soalan cliche
.

Diorang tanya tentang kesukaan kita, yang mungkin terpaksa kita tinggalkan kalau pasangan tak boleh terima
.

Alhamdulillah. Berkat doa kasih sayang ramai orang, Allah berikan seorang companion, a nakama. Bukan sekadar pasangan
.

Cerita yang tak sempurna. Banyak lompongnya. Tapi genggam tangan erat, harung sama-sama
.

Ketika badai hormon menggila, dia tahankan. Panas baran dia, kita layankan. Mana yang kurang, kita perlahan-lahan tampalkan
.

Semoga kita dapat jadi lubuk pahala masing-masing sehingga Allah kata it’s time to go
.

Happy 2 years
.
.
.