Berhenti dadah kerana tak sedap? Baca kisah lelaki ini.
Susuk tubuh lelaki itu tegap. Tak seperti biasanya bekas penagih dadah. Bibir tak lekang dengan senyum. . Dalam ujian darahnya ada dikesan virus hepatitis C. Maka datang untuk ultrasound hati, untuk lihat sama ada sudah berparut/keras atau tidak. . "Nak check apa ni?" Dia bertanya lepas selesa baring. . "You ada hepatitis C kan?" . Dia angguk. . "Hepatitis C ni, dia serang hati. Lama-lama ada risiko hati boleh rosak." . Dia angguk lagi. . Hepatitis C ni adalah penyakit yang libatkan hati, penyebabnya adalah virus Hepatitis C. . Ia boleh tersebar lalu darah —berkongsi jarum, blood transfusion, alatan tajam yang tak sterile. Hubungan seks rambang, without protection. Daripada ibu kepada anak dalam kandungan. . Tapi most common is through the blood, dan biasanya kita detect melalui ujian darah juga. . Kebanyakan mereka yang ada hepatitis C ni tak ada simptom. Senyap saja. So kadang ada tu memang tak tahu pun dia ada Hep C, sam...