Friday, March 30, 2018

BUKAN KERANA BULAN REJAB

Walaupun tak ada hadith sahih yang menyatakan keistimewaan bulan Rejab ni, tak ada salahnya nak memberi makan extra kepada jiwa ruh batin kita.
.

Lepas tu kita upgrade selow selow. Lagi pun dah nak Ramadhan pun niii. Kira warm up lah kannn.
.

3  perkara kita boleh cuba dan cuba dan cuba amalkan sepanjang bulan Rejab ni dan seterusnya bulan-bulan yang lainnya sampai jadi rutin.
.

Bagi Ruh kita gemuk pula.
Feeding the soul kata orang.
.

1. Solat sunat
Tahajud, Tasbih, Taubat dan sunat witir.
.

2. Membasahkan lidah dengan istighfar, selawat, zikir, tasbih, baca Quran.
.

3. Berdoa. Memohon keampunan diri dan ibu bapa. Minta apa-apa saja dengan Tuhan. Dia kan suka sangat kalau kita minta daripada Dia.
.

Buat untuk redha Allah, bukan kerana bulan Rejab ok!

Friday, March 23, 2018

Kereta dilanggar dari belakang. Anak yang disusukan cedera di kepala.

Isu car seat ni biasanya saya tak berapa nak ambil pusing sangat sebab saya just ada anak kucing.
Tapi sejak melihat CT scan kepala seorang baby pagi tadi, rasa macam tak boleh nak pandang enteng benda ni.
.

Ada seorang perempuan. Seorang ibu. Di tempat duduk penumpang. Sedang susukan anak. Susu badan. Bila susukan anak tu, saya assume seat belt pun dibuka lah agaknya kan, lagi mudah.
.

Datang kereta dari belakang menghentam bontot kereta mereka. That force buatkan ibu itu terdorong ke depan, dada terhentak dashboard.
Dan anak itu tersepit antara keduanya.
.

Allah.
.

Saya tak tahu apa jadi pada ibunya.
Tapi si kecil itu retak pada beberapa bahagian tempurung kepala.
Ada sikit pendarahan pada otak.
Tak sedarkan diri, maka harus diberi sokongan pernafasan.
.

Kadang-kadang
Bukanlah exactly salah kita kan
Kadang-kadang
Kita dah pandu kereta sehabis baik. Tak laju. Tak memotong.
But sometimes orang lain yang tersilap langkah. Dan kita terlibat sama dan tanggung akibatnya.
.

Mungkin
Akan tetap cedera juga bila guna carseat
Mungkin
Cedera jenis lain pula yang dapat bila pakai seat belt time accident
.

Memang.
Tak tipu.
Injury can still happen even bila kita dah protect diri kita seboleh-bolehnya.
And accidents do happen.
Tapi at least we try.  Cuba sedaya upaya dalam bidang kuasa kita.
.

Post ni bukan untuk kecam mana-mana pihak.
Lagi-lagi ibu itu.
Kerana saya pasti.
Retak dan berdarah pada anak itu, retak dan berdarah hati ibu itu lagi berkali-kali ganda.
.

Kan?

.


Be safe, okey?
Jangan lupa car seat dan tali pinggang keledar kalau boleh.
Tapi kadang realiti hidup kita tak se ideal yang kita nak.
But do the best that we can.
Dan doalah agar Allah lindungi keluarga kita.
.

Semoga yang terlibat tabah menghadapi ujian dari Allah.
Semoga si kecil itu juga diberi kesembuhan.

.

Aima Hassan


Sekadar berkongsi untuk beringat

Monday, March 12, 2018

Renungan petang Isnin

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝ Ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang bisa menjadikan kita lebih dekat kepada Allah Ta'ala, dan lebih mencintai Rasulullah serta menjadikan diri kita bermanfaat untuk diri, keluarga dan orang lain.❞

[Habib Quraisy Baharun]