Monday, December 10, 2018

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?



Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?|

Saya bukanlah jenis orang yang turun untuk demonstrasi.
Mungkin belum masa lagi.
.



Dan ada masa, jujurnya bila tengok orang ber-demo, ada juga terdetik dalam hati—kenapalah nak gigih berdemo begitu tengah mentari terik hujan ribut. Kan best duduk rumah makan coklat?
.



Tapi bila tengok perhimpunan menolak ICERD
besar-besaran kelmarin, seolah mendapat satu epiphany pula. Yang mengubah persepsi saya tentang demonstrasi ini secara total.
.


Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?


Kalau tak ada orang yang passionate enough untuk manifestasikan apa yang perlu untuk ummah dan negara—maka terjual lah kita.
.



Kalau tak ada orang sebegini, mungkin kita tidak Merdeka.
.



Kalau tak ada pihak yang bersuara hendak membela, mungkin lebih ramai yang tertindas binasa.
.



Provided the cause tidak bertentangan dengan redha Allah, demonstrasi begini perlu sekali.
.



Mereka yang berkumpul berbumbungkan langit itu–berjuang–untuk majoriti kita yang tidak mahu susah-susah masuk campur.
Harap orang lain untuk selesaikan.
Atau–eh eh dah selesai, tak perlu risau pun.
.



Fikir. Fikir.
.



Walaupun saya ini sekadar kuat minimum membantah dengan mengirim doa sahaja.
Syukur saya setinggi-tinggi kepada Allah kerana wujudkan mereka yang tegar hati penuh passion kepada agama dan negara, berkumpul bersama semalam.
.

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?



One day, sahabat.
Peristiwa 8 Disember 2018 akan tercatat dalam buku sejarah Malaysia anak-anak keturunan kita.
InshaaAllah.

Friday, December 7, 2018

SOALAN BOCOR KITA DAH TAHU AWAL. ADAKAH KITA DAH SEDIAKAN JAWAPAN?



Masa belajar dulu, time nak exam memang riuh sekampung nak mencari soalan-soalan past years. Sambil cuba target-target soalan apa yang keluar. 
.

Dan bila ada dapat tahu bentuk soalan yang high possibility akan keluar, memang pulun akan hadam bentuk soalan, skema jawapan dan apa-apa yang berkaitan.
.

Semua pernah rasa kan?
.

Cuma semalam Cekma disedar oleh seseorang tentang sesuatu.
.

Ada list soalan bocor yang memang kita tahu kita akan hadapi satu masa nanti. Bukan ramalan, bukan forecast. Memang sebiji-sebiji soalan bocor tu akan ditanya.
.

Tahu tak apa soalannya?
.

Ada beberapa variations, tapi essentially soalannya sama;

- Siapakah Tuhan kamu?

- Siapakah Nabi kamu?

- Apakah agama kamu?

- Apakah kiblat kamu?

- Siapakah saudara kamu?

- Apakah pegangan iktikad kamu?

- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
.
.

Time sekolah rendah siap ada sesi teka teki bagai tentang soal jawab ni. Jawapannya pun memang actually kita dah tahu pun kan. 
.

- Allah Taala Tuhanku (kenal ke kita?)

- Muhammad Nabiku (jauh mana kita kenal)

- Islam Agamaku (hidup kita based on ini kah?)

- Kitab suci Al-Quran ikutanku (kerap mana kita sentuh, dalam mana kita cuba faham?)

- Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

- Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

- Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".
.
.
Persoalan pada seketul kita yang selalu khilaf ini— dah habis ke study skema jawapan yang diberi itu?

Sunday, December 2, 2018

LIRIK MAMAK RHAPSODY - COVER BOHEMIAN RHAPSODY VERSI MALAYSIA

LIRIK MAMAK RHAPSODY - COVER BOHEMIAN RHAPSODY VERSI MALAYSIA|

Okey.
Cekma tengah go through list videos yang dicadangkan oleh YouTube.
Mungkin sebab tempoh hari Cekma duk layan beberapa cover Bohemian Rhapsody oleh Faizal Tahir, Lan MUH, jadinya video Mamak Rhapsody ni muncul dalam list yang di-recommend.

What can I say.
Rangkap pertama saja dah cukup nak buat Cekma stay tengok video tu dan ulang lagi beberapa kali

Macam mana nak kata ye
Liriknya memang dekat sangat dengan kita orang Malaysia, dan hubungan kita dengan kedai mamak.
It hit close to home.

Video dan lirik Mamak Rhapsody ada di bawah ini ya.
Enjoy singing.
This is a song most of us Malaysians can relate to.


LIRIK MAMAK RHAPSODY

Pukul dua pagi
Lapar cam nak mati
Makanan habis
Tin biskut pun dah empty

Open my phone
and open the waze and see

I'm just a poor boy
I just eat maggie mee
Tak kan nak
KFC, McDonald's, Dominos, Pizza Hut

Semua ni sangat mahal
Aku nak pi makan kat mamak
Mamak~

Mamak~
Yang ku tercinta
Harga semua murah
Makanan juga sedap

Mamak~
Life has just begun
Sekarang I panggil waiter nak order

Mamak~ uuuuuuuu
Aku nak buat order
Tapi customer banyak u tak dengar

Halo boss, sorry u nak order apa?
Dah lapar, dah haus
Will you do the teh tarik?
Kari ikan ayam
Very very syok for me

Roti canai
Roti bawang
Roti planta
Roti Milo
Roti tampal or telur

Magnifico~

I sangat lapar, nak order lagi
Dia sangat lapar, nak order lagi
Perut dah kenyang tapi nak makan lagi

Easy come easy go, I makan dulu
Bismillah, makan sampai puas
Let me go
Bismillah, makan sampai puas
Let me go
Bismillah, makan sampai puas
Let me go

Makan sampai puas
Let me go
Makan sampai puas
Let me go

Mamak mia mamak mia
Mamak mia let me go
Bagi menu
I tak cukup nak order lagi
Lagi!
Lagi!

Nasi Goreng Kampung, Ayam, Daging, Pattaya
Maggie goreng cili padi, seafood, tomyam

Ooo~ ane
Kopi peng kasi kao kao
Just order lagi
Just order lagi sampai pagi

Aku dah kenyang gila
Bos mari kira
Jumpa lagi ane
Balik rumah terus tidur

Selamat malam semua
.
.

Satu benda yang menarik
Penggubah lirik dan penyanyi nya Cina
Bahasa dalam lagu ini primarily bahasa Melayu/Malaysia
Subjek lagu ini- kedai makan India Muslim, yang secara amnya digemari rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.
.