Posts

Showing posts with the label Lifestyle

Tips Sejuk Mata Mak Mertua?

Waktu masih houseman dulu, kebanyakan masa saya di hospital. Tidur pun di hostel hospital, dalam bangunan yang sama. Nak pergi kerja turun lif saja. . Bila sampai masa malas nak keluar makan, saya selalu order Dominoes. Mereka akan hantar sampai depan pintu bilik. Fikir fikir balik bahaya nya kan? Tapi masa tu tak terlintas pun. Hampeh betul. . Ha nak cerita . Ada satu masa ni, delivery boy itu ketuk pintu time baru sudah solat. Jadinya pergi je lah buka pintu kan dengan bertelekung bagai. . Selesai urusan jual beli. Budak tu pun dah pergi. Tiba tiba masuk mesej dalam telefon. . "Sejuknya hati tengok cik tadi. Sekarang nak jumpa perempuan baik-baik bukan nya senang." . Mak aiiii kecut terus jantung saya masa tu tau! Mujur lepas tu tak diganggu atau apa apa yang seumpama. . Mungkin boleh jadikan tips untuk jumpa bakal mertua. Pakai telekung. Bawa sekali extra telekung SK untuk bakal emak.

Tunggulah Saya Pencen Nanti Baru Nak Beribadat

Ayah mertua kena jangkitan dalam sendi lutut (septic arthritis). Bengkak. Sakit. Demam gigil-gigil. Ditahan di hospital. . Doktor cucuk jarum pada sendi, tarik keluar nanah. Sebab banyak sangat, mereka ambil keputusan untuk keluarkan nanah itu di dewan bedah. Dua kali juga lah. . Nanah yang dihantar ke makmal, diproses dan didapati ada kuman. Maka kena duduk di hospital untuk cukupkan antibiotik secara intravenous selama 2 minggu. . Pakar kata, kena bagi rehat kaki.  Sebabnya  tulang rawan pada lututnya tu dah luka/radang dan jadi lembut (normal nya keras). Kalau ditambah lagi dengan tugas nak menampung berat, ia akan jadi lagi senang untuk bertambah luka. Jadinya kena guna tongkat empat kaki untuk bergerak, sekurang-kurangnya 6 minggu. . Ada risiko juga jangkitan sendi itu akan berlaku lagi dan kena masuk dewan bedah kali ketiganya. Walaupun sedang dalam rawatan. . Dia risau kerana nama dah naik untuk haji tahun ni. Bertanya dia pada pakar tulang, "Sempat ke s...