Wednesday, January 31, 2018

Super Blue Blood Moon


Pinjam gambo kawan-kawan saja. Dan kawan kawan punya kawan punya gambar
.
.
Super Blue Blood Moon 

Biasa gerhana bulan memang akan reddish in color kan.
Kenapa ada dipanggil kali ni Super Blue Blood Moon?
.
.

Super Blue Blood Moon 

Dipanggil Blue Moon kerana ia adalah purnama kedua dalam bulan Januari ini.
Supermoon sebab kerana kedudukan bulan yang hampir dengan bumi malam ni.
Dengan izin Allah, pada malam purnama kedua dan bulan hampir dengan bumi, jadinya gerhana bulan juga.
.
.
Super Blue Blood Moon 

Maka jadilah nama fenomena malam ni—Super Blue Blood Moon
Awesome kan?
.
.
Awesome lagi berganda Penciptanya
.
.
وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْ
وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
.
.
Super Blue Blood Moon 

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah"
.
.
[Surah Fussilat 37]



.
.
Aima Hassan
Kawan SailorMoon

Friday, January 26, 2018

Adania Charcoal Eucalyptus 2 in 1 Soap Bar - Berita Baik Untuk Kulit Berminyak

Ingat lagi masa muda remaja dulu kadang kadang mamaji akan hulurkan blotting paper untuk tekap tekap pada kulit muka.
.

Blotting paper tu apa?
.

Alah, kertas kecil nipis licin yang selalu orang guna untuk serap minyak kat kulit muka tu. Mesti ada antara korang yang rajin guna kan?
.

Saya rajin pinjam. Ah ha!
.

Perasan tak, masa kita muda dulu, kulit senang jadi oily dan senang naik pimples. Sebabnya waktu tu kelenjar dalam kulit aktif hasilkan sebum. Tapi bila dah bertambah usia, production dah slow down and most of us, kulit kita jadi better.
.

But for some of us, it stays oily. So, kadang nak mencari pencuci muka yang sesuai ni, dilema juga.
.

Adania Charcoal Eucalyptus 2 in 1 Soap Ba

Adania Charcoal Eucalyptus 2 in 1 Soap Bar ni, memang di-design untuk jenis kulit yang berminyak. 
.

Sabunnya berwarna hitam. Comel saja. Macam namanya, ia adalah gabungan Charcoal (arang) dan Eucalyptus Essential Oil.
.

Charcoal ni femes dengan kuasa penyerapan minyak tahap petala ke-18.
Eucalyptus Oil ni pula ada property untuk cegah/ rawat jerawat.
Tak ada bahan kimia sintetik. Tak ada SLES/SLS.
Purely organic.
.

ADANIA CHARCOAL EUCALYPTUS 2 in 1 SOAP BAR ni sangat bagus untuk:

.

🍁Remove dirt and unclog pores so that pores dah tak tersumbatttt
🍁Reduce acne, because Charcoal memang antara medium yang elok untuk menyerap minyak
🍁Reduce Whitehead/Blackhead kat hidung, T-Zone and area yang selalu dia naik
🍁Sekatakan tona kulit. Dan hasilnya kulit nampak lebih clear.
🍁Giving clearer skin complexion and repair the uneven skin tones
.

Adania Charcoal Eucalyptus 2 in 1 Soap Ba

Yang paling best, boleh dipakai as shampoo too. Kalau ada antara korang yang rajin travel ke sana sini, boleh bawa sabun ni saja. Jimat space tak perlu bawa syampu lagi.
.

Have a try, dan rasakan bezanya.
.

Boleh hubungi SINI untuk sebarang pertanyaan.


Sunday, January 21, 2018

KENAPA SAYA ADA SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA

Photo by Scott Webb on Unsplash
 KENAPA SAYA ADA SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA


Ingatkan bila dah lepas zaman remaja, dah tak perlu lagi deal dengan bintik merah yang timbul manja kat pipi kita. Mana nak tahu dah remaja purba ni, ada masanya, kenangan-kenangan lama tu still nak dekat dengan kita lagi?
.

Tahu ke apa yang saya maksudkan ni?
.

Kalau ada jawapan dalam kepala korang yang bermula daripada huruf ‘J’, dah on the right track dah tu. Kalau seketul dua kecil-kecil tu boleh tolerate lagi, tapi bila dah ramai-ramai datang bak rombongan cuti sekolah tu, mau rasa nak sorok diri juga.
.

SEBAB SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA
.

  1. Kita adalah apa yang kita makan

Orang kata, apa yang kita makan akan nampak pada kulit kita. Ikut kajian, jenis makanan yang dikatakan ada kaitan dengan jerawat breakouts pada kulit adalah -- makanan yang ada high glycemic index dan produk tenusu. 
Photo by Amanda Kerr on Unsplash
 KENAPA SAYA ADA SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA
 KENAPA SAYA ADA SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA


Nak terangkan kaitan secara detail nanti panjang dan kompleks pula boleh jadi satu jurnal. Tapi, kalau korang perasan, kawan-kawan kita yang amalkan diet yang sihat dan seimbang, most of the time kulitnya bersih dan almost glowing, kan? Bukannya diorang tak ambil susu atau carbs langsung. Diorang jaga kuantiti dan kualiti makanan yang diambil.
.

However, kena ingat. Semata-mata jaga makan bukanlah rawatan utama untuk jerawat breakouts. Kalau tengah dalam rawatan kulit, teruskan.
.

2.Produk tak kena dengan jenis kulit

.
Dulu saya jenis main aci redah saja. Tak kisah jenis kulit sendiri apa. Tak peduli pencuci yang diguna tu sesuai untuk kulit jenis apa.
.

Different types of skin ada cabaran yang berbeza. Contoh -- kulit berminyak cabarannya adalah jerawat. Kulit kering cabarannya adalah kulit terasa ekstra tegang, ataupun ada yang berkuping-kuping. So bayangkan ek, kulit jenis berminyak, tapi pakai produk yang formulanya untuk kulit kering. Tak ke lagi bertambah jerawatnya nanti?
.

3. Ter’over’ guna produk

.
Pada packaging dah ada instruction. Seller pun dah beri arahan cara nak pakai. Tapi kadang kita ni sejenis degil.
.
 KENAPA SAYA ADA SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA

Dah kata maksimum nak pakai Pure Lavender Cleanser tu 3 kali sehari je, kita nak juga cuci muka setiap kali nak ambil wuduk. Sebab seronok dengan bau fresh bunga ungu. Dah kata bila pakai Adania Clay Mask, bilas bila dah 70% mask pada kulit tu kering, kita degil nak tunggu dia kering jadi kerak jatuh sendiri baru pergi cuci. Sebab seronok terasa kulit bersih dan firm lepas guna.
.

Elok-elok kita nak pakai untuk manfaat. Dah jadi mudarat pula.
Elok-elok untuk beri kulit sihat, dah jadi ekstra kering pula.
.

Contoh saja ya, contoh.
.
.
Jap, ada lagi. Sebab korang dah baca sampai sini, saya share lagi SATU sebab terjadinya breakout.
.

4.Ada apa dengan sarung bantal

Ha, ada apa dengan sarung bantal? Macam-macam ada. Lagi-lagi bila sarung tu jarang kita tukar atau cuci. Minyak daripada rambut, debu hama dari sekitar, peluh-peluh yang melekat pada sarung bila kita balik kerja terus baring atas bantal, bulu kucing. Semua tu boleh terkumpul pada sarung bantal, boleh terulit kat kulit pipi atau leher kita bila tidur pada waktu malam.
.

Photo by Adi Goldstein on Unsplash
 KENAPA SAYA ADA SKIN BREAKOUT? NI ANTARA 3 SEBABNYA

Tak pasal pasal bangun tidur tiba-tiba kulit jadi merah atau naik jerawat. Padahal malam sebelum tu ok je.
.
.
.
Actually, kita tak boleh nak pinpoint betul-betul satu sebab saja terjadi breakout pada kulit kita. Ia boleh jadi sebab interaksi daripada pelbagai faktor. Tapi, the way kita take care of our skin, apa yang kita beri kulit kita ‘makan’ play a big role juga.
.

So
.
Apa penyebab biasa kulit korang breakout?
.

Aima Hassan

Friday, January 19, 2018

Rasa sesak dengan urusan dunia, amalkanlah Tasbih Fatimah

Rutin orang perempuan secara amnya. Bangun pagi. Solat Subuh. Kejut suami dan anak. Masak air. Masak breakfast. Prepare bekal. Siapkan anak nak hantar ke nursery. Ke sekolah. Hantar anak. Sambung ke tempat kerja. Atau balik semula untuk uruskan rumah pula. Kadang rasa nak kentut pun tak sempat.
.

Selesai di tempat kerja rushing balik nak ambil anak sekolah. Prepare dinner. Check kerja sekolah anak. Pastikan semua dah masuk dalam beg sekolah.
.

Yang ada berniaga sendiri—tambahan ke pejabat pos, COD, training.
Yang tengah belajar — dengan classes, exams, thesis.
Sometimes rasa overwhelming sangat.
.

Siapa yang ada rasa macam tu?
.


TASBIH FATIMAH
.

Puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra, pun tak terlepas daripada rasa stress jadi isteri yang uruskan rumahtangga. Bukan sekadar isteri. Isteri yang penuh tanggungjawab.
.

Angkut air hingga hitam bajunya. Duduk di hadapan tungku dengan api menyala hingga berubah warna baju. Debu-debu turut melekat pada baju kerana menyapu rumah. Tapak tangan jadi keras dan kasar kerana kerja-kerja yang berat itu.
.

Kerana kasihankan isteri, maka suaminya Ali r.a mencadangkan supaya Fatimah bertemu dengan Rasulullah dan meminta seorang pembantu untuk meringankan hal-hal rumah.
.

Bila permintaan itu dihadapkan ke hadapan ayahnya, Rasulullah pun tanya pada Fatimah.
“Fatimah, mahu tak kalau ayah ajarkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada dapatkan seorang pembantu?”
.

Fatimah dan Ali pun tercengang-cengang. “Wahai ayah, apa yang lebih baik daripada pembantu untuk ringankan kerja-kerja rumah ni?”
.

Dan Rasulullah membalas,
“Bertasbihlah pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertahmidlah pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertakbirlah pada Allah sebanyak 33/34 kali.
Bila ia diamal setiap hari, maka Allah akan mudahkah urusan dunia dan akhiratmu. Dan itu lebih baik daripada seorang pembantu.”
.

Fatimah tanpa banyak bising, akur dengan kata-kata Rasulullah. “Saya redha dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya.”
.
.
.
.

Selain daripada kebaikan tasbih Fatimah yang sangat banyak, secara personalnya saya rasa kisah ini sangat powerful.
.

Saya tak tahu saya boleh ke tidak jadi akur macam tu aje. Agaknya dah buat tantrum dah nak juga maid untuk buat kerja rumah yang tak seberapa ni. Ahha. Tapi tu saya lah.
.

Cemburu betul dengan akhlak Fatimah, kan?
.

Macam mana puteri Nabi tu dididik untuk punya rasa takwa pada Allah dan Rasul hingga tahap macam tu sekali. Walaupun sebenarnya Rasulullah boleh je nak bagi seorang pembantu untuk anak kesayangan baginda tu.
.

But he did not.
.

Kadang kita lupa. Bila kita rasa berat. Rasa susah dalam kerja sehari-hari. Yang kita harap, bantuan daripada manusia. Kita terlepas pandang, yang bantuan ultimate itu sebenarnya datang dari Allah.
.

So ladies (dan gentleman juga)
.

Bila-bila rasa urusan dunia ini terasa sesak memberat di pundak. Ingat kisah Fatimah. Ingat pesan Nabi kepada dia. Sangka baik dengan Allah. Have faith yang Allah akan bantu, dengan cara paling sesuai dengan kita. 
.

Ingat — SubhanAllah (Maha Suci Allah) x 33 kali
Ingat — Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) x 33 kali
Ingat — Allahuakbar (Allah maha besar) x 33 kali
Dengan tertib. Dengan penuh rasa. Dengan penuh yakin.
.

Ada juga yang syorkan ditutup dengan
“La ilaha illallah wahdahu la syarikalahu lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiinqodiir.”
.
.

Saya pun baru nak bermula sebenarnya. Doakan kita sama sama istiqamah. Ya?
.


Monday, January 15, 2018

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI

Dalam karya Shakespeare yang bertajuk Hamlet, Ophelia berkata kepada saudara lelakinya Laertes “There’s Rosemary, that’s for rememberance.”
Itu dia Rosemary, untuk ingatan/kenangan/memori.
Lebih kuranglah translation nya macam tu.
.

Dari zaman Shakespeare lagi, Rosemary ni dah disebut, dan dikaitkan dengan memori. Walaupun of course, mungkin tak ada study atau kajian dibuatlah pada masa tu kan.
.
Photo by Vincent Foret on Unsplash
ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI

In 2015, satu study dibuat di Northumbria University. Peserta-peserta diarah untuk menjalani beberapa siri ujian memori dalam 3 jenis bilik – satu bilik yang di-diffuse dengan Rosemary, satu bilik dengan Lavender, dan sebuah lagi bilik, tanpa bau apa pun (sebagai kawalan).
.

Nak tahu keputusannya?
.

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI

Mereka dapati, yang diuji dalam bilik berbau Rosemary mempunyai markah yang lebih baik berbanding dengan  mereka yang di dalam bilik kawalan ataupun di dalam bilik yang berbau Lavender. Agak mengejutkan lagi bila mereka dapati peserta dalam bilik berbau Lavender, performancenya agak rendah berbanding dengan mereka di dalam bilik kawalan.
.


Adakah mungkin kerana Lavender selalu kita kaitkan dengan ‘tidur’ dan sebagai ‘pelali’? Ah-ha.
.

So, kenapa Rosemary ni dikatakan boleh bantu boost memory?
.

Photo by Dariusz Sankowski on Unsplash
ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI
Ada satu bahan dalam Rosemary (Rosmarinus officinalis) ni, nama dia 1,8_cineole. Cara bahan ni bekerja, lebih kurang sama dengan cara kerja ubat yang diberikan kepada pesakit dementia/nyanyuk/ Alzheimer’s. 1,8_cineole ni akan bantu halang penguraian chemicals dalam otak yang berkait dengan memori.
.

Macam mana nak guna Rosemary ni sebagai memory booster?
.

Cara paling efektif adalah dengan melalui hiduan. Bau, dan molekul yang dihidu masuk ke paru-paru dan diserap ke dalam edaran darah, dan sampai ke otak. Ia juga akan di'tangkap' oleh sel hidu dalam hidung dan signals dihantar ke otak. 

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI
.

Tapi kena beringat. Dalam nak guna sesuatu bahan yang beri kesan kepada badan kita, kena berpada-pada. Mungkin ada side effect yang kita tak tahu. Benda-benda berkaitan dengan chemistry badan ni, tak seringkas yang kita sangka. Kena ambil tahu juga untuk siapa Rosemary ini kurang sesuai. Guna dengan berhemat, inshaAllah selamat. Tujuan kita, nak sihat, bukan bertambah tenat.
.

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI


Nak cuba Rosemary Essential Oil daripada Ronella, boleh hubungi Aima Hassan.

Saturday, January 13, 2018

TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN

Pagi tadi suami saya mengangkut sebakul baju kami yang dah dicuci malam semalam untuk dikeringkan di kedai dobi. Biasanya kitorang akan sidai juga di belakang rumah, tapi ada baju yang nak dipakai urgent, maka ke kedai dobi lah jawabnya.
.
Photo by chrissie kremer on Unsplash
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN

Nak tahu apa jadi?
.

Tak jadi apa. Hahaha. Sebabnya, semua kedai dobi berhampiran rumah PENUH! Ada yang beratur seawal lepas Subuh lagi. Berbaris semua bakul baju menanti giliran. Rasa macam di asrama pula. Faham, tengah musim hujan ni, agak cabaran untuk handle kain baju. Nak jemur, lama ambil masa nak kering, and most of the time, sejuk kainnya. 

Photo by reza shayestehpour on Unsplash
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN


.
Sudahnya kami ambil keputusan untuk guna cara old school saja. Susun kerusi meja makan tengah ruang tamu. Pasang kipas laju-laju. Ada baju yang disidai pada kerusi. Ada baju kami sangkut di hanger, dan gantungkan pada grill tingkap ataupun pada railing tangga. Whatever works.
.

Tu yang buat tergerak hati nak search apa yang boleh buat untuk handle urusan basuh baju dengan lebih efektif masa musim hujan ni. And of course saya akan pilih yang simple saja. Ahaha, nampak tak saya rajin tu?
.

3 TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN
.

1.   Prioritize

Susun keutamaan. Baju mana yang lebih utama untuk dicuci. Baju mana yang boleh tunggu hujung minggu nanti. Salah satu cara adalah dengan sediakan satu bakul yang memang khas untuk baju yang nak kena basuh ASAP. Contoh, uniform sekolah, uniform kerja, atau baju yang terkena kotoran. 
.
Photo by Andy Fitzsimon on Unsplash
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN

Time hujan ni juga kena belajar untuk berjimat cermat dengan baju. Baru pakai blouse tu 3 jam pergi tengok wayang, balik terus campak ke dalam bakul. Pakai stokin untuk tidur malam, pagi tu terus nak basuh. Tu contoh la ya. Ikut sesuai masing-masing.
.

2.           Sidai baju di dalam rumah

Nak tak nak, kena bersedia juga untuk jadikan apa-apa ruang yang ada dalam rumah sebagai tempat untuk sidai baju. Yang memang dah ada penyidai baju di luar, boleh consider untuk tarik masuk ke dalam. Yang tak ada, boleh improvise guna apa-apa yang ada dekat rumah tu.
.


TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN

Satu concern nak sidai baju dalam rumah ni adalah, bau hapak/kepam baju sebab tak kena matahari kan?

.
Apa yang saya buat?

.
Kalau saya, saya prefer untuk guna sabun cuci baju/pelembut yang tak buat baju tu bau hapak. My favourite sejak dulu adalah pelembut Daia. Dulu time college student, ingat lagi kalau lalu depan bilik kawan yang tengah jemur baju, harum semerbak. Dia guna Daia lah. Sejak tu terjebak. Setakat ni tak pernah mengecewakan lagi.
.
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN

Atau.
.

Ada yang beri tips untuk letakkan garam kasar/laut di bucu ruang yang kita gunakan untuk sidai baju. Garam itu akan bantu untuk serap kelembapan daripada ruang itu. Selain daripada garam, korang boleh gunakan susunan naskhah surat khabar juga untuk dapatkan kesan yang sama.
.

3. Biarkan baju separa kering terlebih dahulu
Untuk yang gunakan mesin basuh, tak ada masalah sebab baju memang dah dibilas habis-habisan pada cycle yang terakhir tu. Maksudnya bila kita keluarkan baju daripada mesin, dah tak menitik air tu.
.

Tapi ada pakaian kita prefer untuk basuh tangan, macam undies, tudung atau ada kotoran yang kita nak sental dengan sepenuh jiwa. Kalau boleh, kita sidai/gantung dulu dalam bilik air, sampai kering airnya, baru kita sambung jemur di ruang tamu. Lagi cantik kalau kita sidai gunakan hanger sebab lagi luas permukaan pakaian yang kena pengaliran udara.
.



Photo by Caleb Lucas on Unsplash
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN

Kenapa?
.

Satu, sebab lagi cepat kering. Dua, bila terlalu banyak baju basah dalam satu tempat tertutup, udara akan jadi lembap. Udara yang lembap, kulat dan hama pun suka. Udara yang lembap dan sejuk, tak elok untuk mereka yang ada asthma.
.
.
.
.
.
Yang penting, ventilation kena cukup juga.
.

Apa tips and tricks yang korang buat untuk handle laundry waktu tengkujuh ni?
.
.
.
Aima Hassan
Undomestic doctor