Of The Man I Love but Never Met
Rangkap Qasidah Rindu Madinah ini saya dengar Ustaz Don nyanyi dalam salah satu ceramahnya. Waktu itu dia sedang hendak cerita betapa hensemnya Nabi kita. 'Di suatu malam, bulan yang penuh cerah Baginda mengenakan pakaian serba merah Lalu bersumpah Jabir bin Samurah Jika dibezakan, Nabi terlebih indah' Lalu setiap kali terlihat bulan Tercetus sejenis perasaan Rindu pada lelaki mulia yang tak pernah dilihatkan Mungkin kerana indah purnama Lebih indah wajahnya Atau mungkin kerana Bulan itu pernah baginda belah jadi dua Harapnya Tak terhenti usaha kita tambah kasih pada baginda dengan apa cara Selawat, hidupkan sunnah, contohi adab dan akhlaknya Kerna kelak nanti di syurga Terkumpulnya kita dengan mereka yang kita cinta InsyaAllah. "Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji d...