Posts

Showing posts with the label buku

Coma by Robin Cook

Image
Saya baru sudah membaca Coma, tulisan Robin Cook. Latar ceritanya sekitar tahun 70-an, waktu wanita masih belum lagi dapat tempat dalam bidang kerja yang didominasi lelaki, salah satunya dalam bidang perubatan. Susan Wheeler, seorang pelajar perubatan tahun 3 yang baru melangkah masuk ke fasa klinikal. Perasaan yang bercampur baur - cemas, gugup, rendah diri - diganti dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak apabila pada hari pertama itu saja dia 'bertemu' dengan Nancy Greenly. Nancy Greenly itu sebaya dia sahaja. Tapi terlantar di ICU, nyawa terikat pada mesin. Tak berapa lama sebelum tu Nancy telah menjalani prosedur D&C kerana mengalami dysfunctional uterine bleeding dan telah diberikan bius penuh. Tidak lama selepas prosedur bermula, ritma jantung Nancy menjadi tidak sekata, tekanan darahnya menurun, namun dapat distabilkan kembali oleh doktor bius. Tamat saja prosedur, Nancy tak dapat disedarkan kembali, tak mampu hendak bernafas sendiri. Kedua-dua anak ...