Posts

Showing posts with the label sakit tengkuk

Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.

Image
Tempoh hari, tiba-tiba sahaja bahagian belakang leher saya di sebelah kiri terasa sakit. Makin lama makin kuat sakitnya. Dah segala jenis minyak, dah diurut oleh Enche Goblin (which was sangat sakit okey), tapi masih tak hilang sakitnya. Nak pusing kepala pun kena pusing badan sekali. . Petang hari kedua sakitnya naik ke kepala hingga rasa loya dan hendak muntah. Telan dua biji paracetamol. Lega teramat. . Tapi sakitnya masih ada lagi. Pergerakan leher sudah makin bebas, tapi masih terbatas. Lalu saya membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan teman saya, ahli fisioterapi yang otai. . Selepas diasak dengan soalan bertalu-talu, dan disuruh membuat gerakan bahu gaya penuh ewah-ewah, ahli fisio saya menuturkan sebaris ayat, . "Kau ada upper trap spasm ni." . "Hah? Apa trap?" Otak cuba mencerna apa yang didengar telinga. . "Upper trap." . "Apa trap? Trap...apa?" ...