TIPS NAK CEPAT HILANGKAN MARAH
Tips nak cepat hilangkan marah| Ada beberapa teman yang komen yang saya ini kuat sabar, selalu berfikir yang baik-baik, tak cepat marah. Betapa salahnya mereka itu. I am one of those persons yang senang gila nak putus fius bila marah. Yang bila marah atau tak suka tu, memang terpampang habis kat muka. Tapi bila dah berusia dan fikir balik, tak banyak baiknya pun bila kita meletup dan lepaskan marah tu. Satu yang baik adalah, apa yang terbuku kat dalam dah bebas keluar. Cuma collateral damage pada orang keliling tu, kadang buat keadaan jadi awkward selepas tu. Apa yang saya selalu buat, Tarik nafas. Dalam kepala kira sampai lima, at least. Bayangkan kita di tempat punca yang buat kita marah tu. Standing in their shoes. Senaraikan sebab/alasan kenapa diorang buat or terbuat macam tu. Dalam keadaan biasa, boleh la sedikit terpujuk hati tu. Bolehlah nak berurusan dengan orang yang buat kita marah tu dengan lebih berdiplomasi. Tapi a...