Posts

Ramadan Sick

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah.  Dah lebih 2 minggu kita berada dalam bulan Syawal.  Puasa ganti/enam saya baru cecah angka dua. Haih, ada lagi 5 hari, inshaAllah.  Ramadan kali ini, secara jujurnya terasa lain sekali daripada tahun-tahun sebelum ni. Nak kata ibadat bertambah tu tak juga. Tapi mungkin, saya rasa setiap perbuatan dan amalan itu lebih bermakna. Solat lebih khusyuk inshaaAllah. Even bacaan yang ringkas pun sudah boleh buat rasa sesuatu di dalam.  So yes, bilangan ibadat tak bertambah, tapi ia semakin mendalam. I surely hope so. Dan buat kali pertamanya saya merasa 'Ramadan-sick'. Rindu. Teramat. Pada saya Ramadan itu lembut, memeluk jiwa dengan manis sekali.  Mengingatkan diri dengan penuh hikmah. Menasihat dengan kasih sayang. Photo by  Mathew Schwartz  on  Unsplash Jikalau dulu, bilamana saya dengar atau terbaca statement orang kata mereka amat rindukan Ramadan, saya akan jadi skeptikal. Iya-iya saja mer...

World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran

Image
World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran Al-Qadr 97: 4- 5| Ramadan 25 Allah SWT berfirman: تَنَزَّلُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِّنْ كُلِّ أَمْرٍ tanazzalul-malaaa`ikatu war-ruuhu fiihaa bi`izni robbihim, ming kulli amr "Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" . سَلٰمٌ هِىَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ salaamun hiya hattaa mathla'il-fajr "Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" . . Hari ini ada World #QuranHour yang akan berlansung di seluruh dunia, daripada jam 10 pagi hingga 1 petang waktu Malaysia. Misi kempen tahun ini adalah untuk fahami dan ambil ibrah daripada 4 kisah dari surah al-Kahf untuk hadapi cabaran dunia zaman ini. Dunia kita yang telah jadi volatile, uncertain, complex and ambiguous (VUCA). World Q...

Satu Ayat Sehari : Ramadan 23

Image
Hud 11:73| Ramadan 23 Waktu ini malaikat berkunjung ke rumah Nabi Ibrahim, dan memberi khabar gembira tentang bakal lahirnya seorang anak lelaki — Ishak, dan diikuti Yaakub, cucunya. Wife Nabi Ibrahim jadi hairan. Kerana dia sudah berumur, Nabi Ibrahim juga sudah sangat tua, mana mungkin nak dapat anak kalau ikut hukum manusia? Allah SWT berfirman: قَالُوٓا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۖ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكٰتُهُۥ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ ۚ إِنَّهُۥ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ qooluuu a ta'jabiina min amrillaahi rohmatullohi wa barokaatuhuu 'alaikum ahlal-baiit, innahuu hamiidum majiid . "Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. . Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya." . #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 22

Image
An-Naml 27:19 | Ramadan 22 Allah SWT berfirman: "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh." #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 21

Image
At-Takasur 102:1 | Ramadan 21 Allah SWT berfirman: أَلْهٰىكُمُ التَّكَاثُرُ al-haakumut-takaasur "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -" #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 20

Image
Al-Fajr 89:15| Ramadan 20 Allah SWT berfirman: فَأَمَّا الْإِنْسٰنُ إِذَا مَا ابْتَلٰىهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ fa ammal-insaanu izaa mabtalaahu robbuhuu fa akromahuu wa na''amahuu fa yaquulu robbiii akroman "(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian,  maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!" Takut. #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 19

Image
Al-Infitar 82: 6 | Ramadan 19 Allah SWT berfirman: يٰٓأَيُّهَا الْإِنْسٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ yaaa ayyuhal-insaanu maa ghorroka birobbikal-kariim "Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -" To which Allah jawab— actually tak ada apa pun yang memperdaya, kecuali diri manusia tu sendiri yang tak percaya pada hari pembalasan. Banyak betul alasan kita beri kat diri sendiri selama ni rupanya. Lemahnya kami, ampunilah kami. #satuayatsehari