Tuesday, December 5, 2017

Bunga Cengkih penawar sakit gigi

Bunga cengkih penawar sakit gigi
"Kak Aima, saya sakit gigi dah berapa hari ni. Makan painkiller pun tak jalan."
.

Awal November itu.
Masa tu pada Cekma tak ada ubat apa pun.
Lagipun katanya dah telan painkiller tak jalan.
Nak suruh ke dentist, waktu dah lewat malam.
.

Jeling botol-botol essential oils yang ada dalam beg. Ada seketul Clove Bud EO. Tawakkal sajalah.
.

Cekma hulur pada dia. Sambil pesan, letak SETITIK DUA saja dalam segelas air. Then kumur-kumur. Dan buang. JANGAN pula DIMINUM.
.

After that busy tak sempat pun nak tanya ok ke tak, sampailah jumpa minggu lepas.
.

"Lepas kumur tu kan, lega sakit gigi saya kak Aima."
.
.
.
Dengan izin Allah.
.

Bunga Cengkih penawar sakit gigi

Salah satu petua orang lama, kalau sakit gigi, gigit bunga cengkih kat area gigi/gusi yang sakit tu.
.

Betul?
.

Tapi tak tahu kenapa kan?
.

Studies have shown yang ada bahan-bahan dalam bunga cengkih ni yang ada ceciri anti-inflammatory (antiradang) dan antibakteria.
.

Sebab tu,
Sakit jadi kurang
Bengkak pun boleh surut
Merah pun memudar
Kalau ada jangkitan, boleh kontrol sekejap
.

Tapi kena ingat
.

Punca sakit gigi itu bermacam-macam.
Ikhtiar guna clove bud/cengkih ni untuk bagi reda sementara sakit dan bengkak yang ada.
.

Kalau masih sakit.
Kalau berulang-ulang jadinya
Kalau terlalu kuat denyutnya
Jejaklah kaki ke doktor gigi untuk diperiksa
Jangan sampai mudarat diri
.

Sumber Rujukan:

NCBI
Scielo

4 comments:

  1. Saya pun baru tau bab bunga cengkih ni few weeks ago bila mak mertua cerita yg bunga cengkih ni membantu kurangkan sakit gigi ... logiknya saya tak tau, tp baca entry ni now saya faham dah why bunga cengkih ni membantu kurangkan sakit gigi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang petua orang tua ni, bila dikaji ada sebab disebaliknya. Macam halia untuk buang angin kan

      Delete
  2. Salam, terima kasih atas perkongsian. Boleh tahu mana saya boleh dpt clove oil ni kat Malaysia? Sy tahu klu di UK mmg ada ckove oil utk sakit gigi dijual dkt farmasi mcm Boots. Sy dah cuba cari di Guardian, Watson tapi tak jumpa. Sy dah jmp dentist. Kne tggu surut bengkak dan sakit bru blh wat scalling dan review utk forward pd pakar gusi.

    ReplyDelete
  3. Bunga cengkuh ini sesuai untuk gigi bengkak,gigi berlubang,dan lain - lain dari Saya Alysha saya berharap info ini berilmu

    ReplyDelete