Sunday, November 25, 2018

Terlalu terpengaruh dengan novel, ini akibatnya

Bila kau duk asyik baca novel omputeh dengan latar masa tahun 1800-an.
Dan kau jadi terliur bila dikisahkan tentang sarapan pagi yang namanya kippers.
Maka ni lah kejadiannya.
Ala-ala kippers.
.


Kalau ikut asalnya, diorang gunakan ikan hering.
Ikan itu akan dibelah sebelah tak putus (split in butterfly fashion), lepas tu sukahati lah nak garamkan ke, jeruk kan ke, titis lemon ke.

Cara potong yang sebenarnya. Kredit gambar google.

Cara masak — boleh digrill, dibakar, disalai.
.

Boleh dipadankan dengan telur (mata kerbau atau scrambled), roti, baked beans.
.

Cekma guna ikan apa ada dalam peti saja. Cara potong ikannya pun tak berapa nak betul.
Tak apalah kan.
Nak lepas kepingin saja.

2 comments:

  1. ok, rasa macam makan ikan masin ... tapi western style ... haha ...
    asam limau mana? sambal belacan? meleleh liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, rasa sebenarnya herring tu macam mana pun kita tak tahu mrspip.

      Hehe siap asam limau memang selera melayu habis nii

      Delete