When one door of happiness closes, another opens; but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has been opened for us.
Sempena bulan Ramadan ni, mesti ramai yang semangat berkobar-kobar nak baca Quran or nak khatamkan Quran. Dan dalam asyik membaca tu, mesti ada terjumpa simbol macam kubah tu pada sesetengah ayat. Betul tak? APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH? Gambar ihsan Google Ayat-ayat yang ada tanda ni, dipanggil ayat sajdah/sajadah. . APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH? Apa itu ayat sajadah? . Ayat sajadah itu adalah ayat-ayat dalam al-Quran yang apabila dibaca atau didengar, disunatkan untuk melakukan sujud sajadah/tilawah. Tilawah itu maksudnya bacaan. Maka sujud Tilawah itu adalah sujud yang dilakukan bila membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah. . Ada 15 ayat dalam Quran yang masuk dalam kategori ayat sajadah; . 1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. Su...
Tempoh hari, tiba-tiba sahaja bahagian belakang leher saya di sebelah kiri terasa sakit. Makin lama makin kuat sakitnya. Dah segala jenis minyak, dah diurut oleh Enche Goblin (which was sangat sakit okey), tapi masih tak hilang sakitnya. Nak pusing kepala pun kena pusing badan sekali. . Petang hari kedua sakitnya naik ke kepala hingga rasa loya dan hendak muntah. Telan dua biji paracetamol. Lega teramat. . Tapi sakitnya masih ada lagi. Pergerakan leher sudah makin bebas, tapi masih terbatas. Lalu saya membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan teman saya, ahli fisioterapi yang otai. . Selepas diasak dengan soalan bertalu-talu, dan disuruh membuat gerakan bahu gaya penuh ewah-ewah, ahli fisio saya menuturkan sebaris ayat, . "Kau ada upper trap spasm ni." . "Hah? Apa trap?" Otak cuba mencerna apa yang didengar telinga. . "Upper trap." . "Apa trap? Trap...apa?" ...
Checklist barang bayi dah ditelek berkali-kali. Tapi masih ada lagi gusar dalam hati. Cukup ke barang-barang untuk anak aku ni? Yang pernah atau bakal menerima cahaya mata mesti biasa sangat dengan keadaan ni. Nak kisah cukup ke tak barang tu satu hal, sambil intai poket tengok duit keping cukup ke tidak, itu kisah lain pula. Teringat adik saya, sejak awal dia kahwin, dia dan suami khaskan satu ‘tabung anak’. Setiap bulan, sedikit duit daripada gaji akan diasingkan ke dalam tabung. Duit daripada dalam tabung itu lah yang diorang guna untuk beli keperluan baby yang bakal lahir. Itupun kadang-kadang masih tak berapa cukup lagi. Hakikat yang kena diterima adalah, kos sara hidup, terutama di ibu kota, memang bukan boleh dipandang sebelah mata. Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah Atas sebab itu, lahirlah program Permata Hati Wilayah. Salah satu usaha yang dibuat untuk bantu ibu-ibu muda yang baru melahirkan atau sedang tunggu kelahi...
Comments
Post a Comment