Domino's x Mobile Legends 'United We Win'! Gamers to Save the World in 515 Unite Day
Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata,
“Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan. Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat. Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”
Big smiles from all 6 teams after a successful Domino's x Mobile Legends United We Win 'Gamers to Save the World in 515 Unite Day'! |
Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk:
- Personal Pizza daripada harga RM5 (jimat RM7.90)
- Regular Pizza darpada harga RM15 (jimat RM14.90)
Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia. Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.
Amazing '515' takeaway promotions by Domino's Pizza await customers during the Domino’s x Mobile Legends 'United We Win' campaign! |
Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli:
- United We Win Combo - 1 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, (jimat RM15.90), atau
- 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90 (jimat RM21.85).
United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo.
Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s dan Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic).
Spectators watching the thrilling battles during the Domino's x Mobile Legends United We Win 'Gamers to Save the World in 515 Unite Day'. |
Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton pula berkata,
“Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional. Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.” |
eGG Network [right] battling against Sultan Army during the Domino's x Mobile Legends United We Win 'Gamers to Save the World in 515 Unite Day'. |
Congratulations to Team Todak! Chrissie Chong, Senior Manager, Public Relations & Events of Domino's Pizza Malaysia & Singapore [third from left] and Lim Yue Lynn, Executive, e-Sports Project Coordinator of Domino's Pizza Malaysia & Singapore [far right] presenting the Grand Prize of RM2,000 cash. |
Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton. Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.
Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah. Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di:
- AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei
- Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei
- Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei
- Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei.
Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, sila klik pautan berikut:
· https://www.facebook.com/mobilelegendsgame/videos/492540724614034/
Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019.
Comments
Post a Comment