AFB FEED

Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7

Masa nak mengundi kelmarin, dah pasak niat dalam hati.
Saya nak pangkah saja, lepas tu nak balik rumah dan teruskan hidup macam biasa.
Malam masuk tidur and tengok result esok paginya.
.

Harapan.
.

Sudahnya saya setia dengan telefon di tangan, baca setiap update yang kawan dan family share dalam group.
Rasa segala emosi. Segala cuak dengan khabar khabar angin. Segala konspirasi.
.

Sampai lepas tengah malam juga lah.
.

Pagi pula terjaga sebelum Subuh, sambung lagi baca updates.
Entah kenapa bila tengok video Tun M jam 3 pagi isytihar cuti, rasa macam dunia ini balik kepada asalnya. Rasa make sense semula.
.

And hari ni walaupun cuti, tak semacam cuti. Kat TV duk stream live astro AWANI dari pagi.
Tercongok nak tengok upacara angkat sumpah perdana menteri ketujuh.
.
Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7

Saya tak pernah tergerak nak tengok pun upacara angkat sumpah selama ni.
Mana pergi resolusi awal awal sebelum mengundi tu Cekma oiii.
.

Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7

Dan pada malam Jumaat 10 Mei 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat menjadi Perdana Menteri ke-7, di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V. Upacara berlangsung di Istana Negara.
.

Tujuh. Nombor yang signifikan dalam Islam, kan?
.
Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7


Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-7


7 lapisan langit dan bumi.
7 hari
7 nafas terakhir
7 peringkat umur manusia
7 kali tawaf dan saie.
7 ayat dalam surah al-Fatihah.
.

Apa apa pun.
Alhamdulillah.
Despite all the conspiracy theories, rumours, controversies.
Upacara berjalan dengan damai, penuh adab dan istiadat.
.
.
Aima Hassan
A proud Malaysian

No comments:

Post a Comment

Follow by Email