AFB FEED

Berhenti dadah kerana tak sedap? Baca kisah lelaki ini.

Susuk tubuh lelaki itu tegap. Tak seperti biasanya bekas penagih dadah. Bibir tak lekang dengan senyum.
.

Dalam ujian darahnya ada dikesan virus hepatitis C. Maka datang untuk ultrasound hati, untuk lihat sama ada sudah berparut/keras atau tidak.
.

"Nak check apa ni?" Dia bertanya lepas selesa baring.
.

"You ada hepatitis C kan?"
.

Dia angguk.
.

"Hepatitis C ni, dia serang hati. Lama-lama ada risiko hati boleh rosak."
.

Dia angguk lagi.
.

Hepatitis C ni adalah penyakit yang libatkan hati, penyebabnya adalah virus Hepatitis C.
.

Ia boleh tersebar lalu darah —berkongsi jarum, blood transfusion, alatan tajam yang tak sterile.
Hubungan seks rambang, without protection.
Daripada ibu kepada anak dalam kandungan.
.

Tapi most common is through the blood, dan biasanya kita detect melalui ujian darah juga.
.

Kebanyakan mereka yang ada hepatitis C ni tak ada simptom. Senyap saja.
So kadang ada tu memang tak tahu pun dia ada Hep C, sampailah masa hati dah tak berfungsi.
.

Sebabnya yang ada chronic hepatitis C ni, ada risiko untuk develop cirrhosis (sirosis). Cirrhosis— sel sel normal hati dah diganti oleh sel parut, sebab diattack dengan berterusan dalam jangka masa yang lama.
.

Bila dah tak banyak sel hati yang normal untuk bekerja, barulah keluar segala simptomnya.
And yang ada cirrhosis ni juga, risiko untuk dapat kanser hati lebih tinggi dan banyak lagi komplikasi.
.

That is why orang-orang yang ada risiko untuk dapat hepatitis C, hospital/klinik akan saring siap-siap, dengan niat untuk catch the cases early. Boleh la nak buat apa yang patut.
.
.
.

Dalam kes patient ni.
Pada skrin nampak hatinya masih ok lagi.  Tak ada nampak tanda-tanda yang hatinya ada cirrhosis.
.

"Saya dah lama dah ada hepatitis C ni. Dah nak 20 tahun dah."
.

"Oh. Lamanya. Kira ok la hati you nampak cantik lagi ni."
.

"Ha, saya memang tak kuat dengki pada orang. Tak peduli orang punya!"
.

Terburai tawa. Ke situ pula dia. Kita bercakap pasal hati as organ, dia sebut pasal 'hati' pula.
.

Tukar topik kepada dadah pula. Katanya dia dah lama berhenti dengan bantuan sejenis ubat yang dia tak ingat namanya, dan juga methadone.
.

"Sekarang dah tak ramai lah orang ambil dadah."
.

Eh ye ke?
.

"Betul," bersungguh-sungguh dia bercerita. "Saya tengok memang dah tak ramai dah."
.

"Lagipun dadah sekarang dah tak sedap. Saya ada cuba sekali hari tu—wahh pening! Baik ambil methadone, tahan satu hari."
.

"Dadah sekarang diorang dah campur macam-macam. Diorang nak buat duit je. Lagipun sekarang banyak jenis dah. Ramai budak-budak baru nak UP," mimik mukanya buat saya tergelak lagi.
.

"Sekarang ni still ada ambil methadone lagi ke?"
.

"Tak ada dah." Riak wajahnya ada sedikit bangga. Dapat survive tanpa perlu replacement drug.
.

"Kiranya kan encik, apa yang buat you nak berhenti dulu?" Dengan harapan adalah cerita persis drama jam tujuh
.

Dia pandang saya.
"Sebab dah tak sedap laaaah."
.

Ok. Fine. Macam tu pun boleh kan.
Tapi saya fikir, kalau Allah nak bagi orang tu berhenti daripada aktiviti yang kurang sihat, dengan cara apa pun jalan.
Ada yang penuh drama, air mata dan pancaroba. Ada yang as simple as, dah tak sedap, dah tak layan.
.

Aima Hassan
Moga selalu ingat untuk beringat

6 comments:

  1. InsyaAllah kalau betul2 dia xsulam dadah lain semasa rawatan metadon dia dapat tinggalkan dunia penagihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur juga badan dia dah kata tak sedap kan?
      Dia prefer lagi ambil metadon time tu

      Delete
  2. Terer boleh beza pula dia sedap dan tak sedap macam mana.... Tapi baguslah dia boleh tinggalkan dan lupakan.

    ReplyDelete
  3. Orang dah biasa ambil sis. Dapat la dia bezakan.

    Betul. Jadi asbab dia untuk tinggalkan dadah. Syukur

    ReplyDelete
  4. Teringat lg pcl masa pegi CCRC AADK.. ramai kalangan gelandangan datang ambil methadone. Baru tau ini cara meeawat penagih slowly tinggalkan dadah sebenar.

    ReplyDelete

Follow by Email