Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh
Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh|
Letaknya dalam kawasan perumahan, patutlah selama ni tak sedar pun wujudnya Villa Istana ni. Bangunan rumah tersergam indah dengan pondok pengawal di pagar, kawasannya luas sekali. Bahagian dalam rumahnya pula cukup kemas dan ekslusif.
Tanpa khemah |
Waktu sampai ke Villa Istana untuk buffet Ramadan semalam, ingatkan aktiviti berbuka akan berlangsung kat dalam rumah. Rupa-rupanya satu khemah besar dah didirikan atas tanah lapang di bahagian tepi villa tersebut. Tanah dialas dengan rumput karpet tiruan, hendak masuk ke dalam kawasan berbuka disambut pula dengan pintu gerbang bunga. Di satu hujung khemah disediakan pentas.
Open space. Nice.
Aktiviti wajib setiap kali ke buffet, saya mesti akan tawaf tengok apa juadah yang ada. Konon recce kawasan la, sambil susun dalam kepala apa yang nak dirasa.
Di bahagian tengah tersedia nasi (putih, beriani, serai/pandan), ulam-ulam, ikan kering, sambal belacan, cencaluk dan lauk pauk yang memang akan mengusik-usik ulu hati kita. Ada ayam masak merah, daging masak lemak cili api, sambal udang petai (udang dia gemok gebus cukup makan), kupang dan sotong. Terusik tak ulu hati tu?
3 jenis nasi idaman hati
Saya hanya kenal sambal belacan
Ulam-ulaman
This is...kerabu?
Kurma
Ayam masak merah
Ayam goreng
Ikan kering
Kupang
Daging lemak cili padi
Tersusun di dua sisi khemah terbuka itu adalah barisan gerai-gerai yang terhidang banyak sekali hidangan sampingan dan minuman. Ada kambing bakar, char kuey tiaw, Lok Lok Ipoh, kuih muih, ABC, ayam crispy dan banyak lagi. Memang puas lah nak take time untuk rasa satu persatu makanan yang ada tu.
ABC
Roti John
Teh tarik itu penting
Yang ramai beratur tu of course kambing
Ayam Crispy
Kumpulan Saff One
Details untuk Buffet Ramadan di Villa Istana Melaka di Ayer Keroh (atau sebarang event) adalah seperti di bawah:
Tempat:
Villa Istana Melaka
Lot 11319, PM 1313, Jalan TU 1, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tarikh: 6 Mei sehingga 1 Jun 2019.
Waktu: 6.30 petang hingga 9.30 malam
Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (4-12 tahun) dan warga emas (65 tahun ke atas) RM 29.90.
Istimewa: Persembahan daripada kumpulan nasyid Saff One.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
06-2330205
0173408715
0167900804
0178850221
Villa Istana Instagram
wahh buffet di villa. seperti istana. best
ReplyDeleteNicee sangat
Delete