APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?

Sempena bulan Ramadan ni, mesti ramai yang semangat berkobar-kobar nak baca Quran or nak khatamkan Quran.
Dan dalam asyik membaca tu, mesti ada terjumpa simbol macam kubah tu pada sesetengah ayat. Betul tak?




APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?
Gambar ihsan Google

Ayat-ayat yang ada tanda ni, dipanggil ayat sajdah/sajadah.

.

APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?


Apa itu ayat sajadah?
.

Ayat sajadah itu adalah ayat-ayat dalam al-Quran yang apabila dibaca atau didengar, disunatkan untuk melakukan sujud sajadah/tilawah. Tilawah itu maksudnya bacaan. Maka sujud Tilawah itu adalah sujud yang dilakukan bila membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah.
.

Ada 15 ayat dalam Quran yang masuk dalam kategori ayat sajadah;
.

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206

2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15

3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50

4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109

5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58

6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18

7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77

8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60

9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26

10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15

11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24

12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38

13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62

14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21

15. Surah 96 (Al-‘Alaq) Ayat 19
.

Jujurnya?
.

Yang saya ingat cuma ayat 15 surah sajadah saja, kerana biasa dibaca dalam solat pada waktu Subuh hampir setiap Jumaat semasa di KUSESS dulu. Dan bila imam habis baca ayat itu, kami sama-sama akan sujud (walaupun kadang tu tersilap rukuk dulu, lepas tu coverline). Lepas sujud, terus naik semula ke posisi berdiri tadi, dan sambung bacaan ayat seterusnya.

.


APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?
Gambar ihsan Google
Tapiii,
Kalau imam tak buat, makmum jangan pula pandai-pandai sujud sendiri. Terkeluar daripada jemaah solat pula jadinya. 
.

Sama juga jika jumpa ayat ni di luar solat, contoh semasa tengah bertilawah al-Quran ke, bertadarus sama-sama ke atau terdengar bacaan di radio. Yang membaca dan yang mendengar, sama sama disunatkan untuk sujud. Lepas sujud, bolehlah
sambung kembali bacaan Quran tadi.
.

Apa bacaan sujud Sajadah ni?
Bacaannya;
.

Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-‘a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .
.

Erti: “Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakan, yang melukiskannya (membentuknya) yang memberi pendengaran dan penglihatan dengan daya serta kuasa-Nya.”
.

Apa bestnya sujud Sajadah ni?



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.” (HR Bukhari dan Muslim.)
.

Syarat-syarat sujud Sajadah:

  1. Suci badan, pakaian dan tempat sujud.
  2. Menutup aurat.
  3. Menghadap kiblat.
  4. Sujud setelah selesai membaca ayat Sajadah.
  5. Dalam solat berjamaah, makmum wajib mengikuti Imam bersujud Tilawah. Gugur keahlian solat berjamaah, jika tidak ikut bersujud.
.

Kalau rasa macam alamak selama ni tak buat pun sebab tak tahu, jangan risau gundah gulana. Sujud Sajadah ini sunat muakkad, amat baik sekali kalau kita buat. Tapi kalau tak buat pun, tak adalah dosanya. 
.

Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat, Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah Baginda SAW bersabda: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa. (HR Bukhari)

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber:

Comments

  1. Okay entry best!.. Baru tau.. Ok nanti leh cuba praktikan.. Macih Dr manis kalah gula.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts