AFB FEED

Tips Sejuk Mata Mak Mertua?

Waktu masih houseman dulu, kebanyakan masa saya di hospital. Tidur pun di hostel hospital, dalam bangunan yang sama. Nak pergi kerja turun lif saja.
.

Bila sampai masa malas nak keluar makan, saya selalu order Dominoes. Mereka akan hantar sampai depan pintu bilik. Fikir fikir balik bahaya nya kan? Tapi masa tu tak terlintas pun. Hampeh betul.
.

Ha nak cerita
.

Ada satu masa ni, delivery boy itu ketuk pintu time baru sudah solat. Jadinya pergi je lah buka pintu kan dengan bertelekung bagai.
.

Selesai urusan jual beli. Budak tu pun dah pergi. Tiba tiba masuk mesej dalam telefon.
.

"Sejuknya hati tengok cik tadi. Sekarang nak jumpa perempuan baik-baik bukan nya senang."
.

Mak aiiii kecut terus jantung saya masa tu tau!
Mujur lepas tu tak diganggu atau apa apa yang seumpama.
.

Mungkin boleh jadikan tips untuk jumpa bakal mertua. Pakai telekung. Bawa sekali extra telekung SK untuk bakal emak.

2 comments:

Follow by Email