Thursday, May 17, 2018

Tunggulah Saya Pencen Nanti Baru Nak Beribadat

Ayah mertua kena jangkitan dalam sendi lutut (septic arthritis). Bengkak. Sakit. Demam gigil-gigil. Ditahan di hospital.
.

Doktor cucuk jarum pada sendi, tarik keluar nanah. Sebab banyak sangat, mereka ambil keputusan untuk keluarkan nanah itu di dewan bedah. Dua kali juga lah.
.

Nanah yang dihantar ke makmal, diproses dan didapati ada kuman. Maka kena duduk di hospital untuk cukupkan antibiotik secara intravenous selama 2 minggu.
.

Pakar kata, kena bagi rehat kaki.  Sebabnya  tulang rawan pada lututnya tu dah luka/radang dan jadi lembut (normal nya keras). Kalau ditambah lagi dengan tugas nak menampung berat, ia akan jadi lagi senang untuk bertambah luka.
Jadinya kena guna tongkat empat kaki untuk bergerak, sekurang-kurangnya 6 minggu.
.

Ada risiko juga jangkitan sendi itu akan berlaku lagi dan kena masuk dewan bedah kali ketiganya. Walaupun sedang dalam rawatan.
.

Dia risau kerana nama dah naik untuk haji tahun ni. Bertanya dia pada pakar tulang, "Sempat ke sebelum haji nanti?"
.

Pakar senyum nipis dan kata," Saya tak tahu. Kita angkat tangan, dan kita doa."
Dia sambung lagi.
.

"Ramai antara kita waktu muda-muda, kita ingat kita nak beribadah masa dah berumur atau pencen. Tapi bila umur dah banyak ni lah biasanya sakit-sakit ni datang. Dah jadi susah nak beribadah."
.

Benar kan?
Sering kita fikir kita ada masa yang panjang. Sedangkan kalau kita tengok keliling.
Berapa ramai yang muda dah tak ada kat dunia?
Berapa ramai belia yang ada sakit kronik? Berapa ramai lagi yang kurang upaya?
.

Tak perlu tunggu tua baru nak berubah.
Tak perlu tunggu umur dah banyak baru nak mula ibadah.
Tak perlu pasang niat tunggu pencen baru nak jadi baik.
.

Bila terlintas niat, cuba untuk terus buat.
Memang tak senang, nak tukar kepada yang lain daripada kebiasaan kita. Nak melencong daripada stereotaip yang dah lama tertanam dalam masyarakat. Kayuh perlahan-lahan.
.


Takkan nak tunggu sampai Allah dah tak beri lintasan ingin berubah dalam hati kita?
.
.

0 comments:

Post a Comment