Posts

Generasi telefon pintar mungkin tak akan faham perkara ini

Image
Siapa yang sempat merasa zaman kegemilangan Nokia dulu, mesti akan lalu pengalaman ini. . Betapa rajin kita menyelak majalah atau suratkhabar untuk tengok kod lagu apa yang ada. . Betapa gigihnya menyalin setiap satu kod ringtone tersebut.  . Betapa sangat kita hargai kod-kod tersebut hingga sanggup sediakan satu buku khas untuk simpan kod yang disalin. . Walaupun nada deringnya hanya mono- atau polifonik sahaja, tahap rasa seronok bila lagu itu terhasil tak dapat nak diungkap dengan kata-kata . Haih, kenangan betul.

Meteor Garden 2018 di Netflix

Image
Seorang adik sekerja bertanya kepada saya, . "Kak Aima tengok tak Meteor Garden yang baru kat Netflix?" . Selepas menarik nafas panjang dengan penuh dramatis, saya membalas,  . "Akak dah tengok Meteor Garden versi Taiwan awal-awal dulu (16 tahun lepas), Hana Yori Dango (versi Jepun—13 tahun lepas) dan Boys Over Flowers (versi Korea—9 tahun lepas), dah tak larat dah nak tengok satu lagi versi." . Drama-drama bersiri ini diadaptasi daripada sebuah manga (komik) Jepun yang bertajuk Hana Yori Dango (juga ada saya baca dulu).  . Hana Yori Dango—versi manga, Taiwan, Jepun dan Korea Meteor Garden, Boys Over Flowers, Hana Yori Dango—kisahnya berkisar tentang seorang anak gadis daripada keluarga yang biasa-biasa yang diterima masuk ke sebuah kolej berprestij. Di situ dia tanpa sengaja membuat musuh dengan empat orang pelajar lelaki daripada keluarga yang paling berpengaruh di situ. . Dan macam biasa, jalan ceritanya bersulamkan konf...

KENCING MANIS NI MACAM ANAI-ANAI!

"Kencing manis ni, macam anai-anai!" . Hm? Saya melarikan mata daripada skrin mesin ultrasound. Macam mana pula tu? . Pakcik yang sedang saya scan kakinya itu seolah faham soalan tanpa suara saya. Dia menjawab," Ye lah. Anai-anaikan perlahan-lahan dia makan rumah kita sampai sudahnya semua rosak." . "Kencing manis, macam itu jugalah. Perlahan-lahan dia makan buah pinggang, mata, saraf kita," pakcik itu menyambung. . Betul juga perumpamaan macam tu. Awalnya dulu sekadar tahap gula yang tinggi dalam darah saja, kita pun tak berapa kisah. Ambil ringan saja. Lama-lama tanpa sedar mata mula tak nampak, fungsi buah pinggang mula merosot, hilang deria sentuh dan sebagainya. . Waktu itu dah terlambat hendak pulih ke asal semula. 'Rumah' tempat roh kita duduki dah pun rosak oleh 'anai-anai'. . Saya mengintai ke arah kedua-dua belah kaki pakcik. Kulit pada kaki (foot) sudah mula berubah kepada warna yang gelap s...

KAWAN BERI VIRUS HIV—DAN DIA LARI

Handsome. Mata redup saja. Kalau umur sebaya sama sekolah ni mesti dah jadi halwa mata setiap hari. . Tubuhnya menggigil— kerana demam, dan kerana bilik ultrasound tu memang sejuk. Tapi digigihkan juga untuk angkat tangan ke atas untuk memudahkan saya memeriksa. . "Lama dah ke sakit?" . Mata bundarnya tenang pandang saya. "Lama juga, sebelum puasa lagi." . Pada monitor ultrasound, hatinya (read : liver) terdapat beberapa tompok, besar juga. Yang kemungkinan besar adalah nanah. . Aduh kasihan, adik. . Katanya, awal dulu dia demam berpanjangan. Kemudian mula batuk. Dan mula lah macam-macam jenis jangkitan kuman. Tuberkulosis (TB) pada paru-paru, di otak juga sudah ada kuman menumpang.  . Dia belum cecah 20 tahun juga. Sudah ada penyakit AIDS yang advanced. Sistem pertahanan badan dah mula gagal.  . "Dapat sakit ni dari siapa?" . Matanya membulat. "Akak tahu saya ada HIV?" . Saya angguk...

MAKSUD TAKBIR RAYA

Syahdu menyelusup ke celah jiwa sebaik sahaja mendengar takbir bergema. Sayu dendangan suara lelaki yang membimbing bacaan takbir. . Saya memang hafal takbir raya ni daripada sekolah rendah rasanya. Tapi segannya saya sebab bait-bait pujian kebesaran Allah ni, tidaklah saya tahu kesemua maknanya. . Jom sama sama kita teliti apa maksud sebenar laungan yang kita ulang-ulang, yang jadi halwa telinga kita di setiap Aidilfitri dan Aidiladha. . . MAKSUD TAKBIR RAYA اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ Allaahu akbar walillaahil hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian . . . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar الل...

APA MAKNA AIDILFITRI PADA ANDA?

Image
Raya itu tanda dah habis Ramadan. Dah tak wajib untuk puasa di siang hari Raya itu waktu berkumpul sekeluarga. Raya itu waktu nak pakai baju raya yang baru Raya itu balik kampung, ohoho balik kampung Raya itu ziarah menziarahi antara satu sama lain Kredit gambar: Google Raya itu bermaaf maafan Raya itu kad raya dan duit raya Raya itu waktu boleh makan juadah yang sedap-sedap Raya itu boleh main bunga api dan mercun . Kredit gambar: Google Banyak betul benda yang kita kaitkan dengan raya Aidilfitri ni. . Tapi, kalau Aidilfitri ikut definisi kita, maka kalau ada orang yang tak menepati ciri-ciri tu, maka dia tak beraya ke? Adakah tiada makna Syawal untuk mereka? . Pagi ini saya terima satu surat cinta.  Yang beri saya sudut pandangan baru tentang Aidilfitri.  . Aidilfitri versi hamba dan Tuhannya. . SubhanAllah. . Para sahabat, bila bertemu each other di Aidilfitri, mereka akan menyebut; . تَقَبَّلَ اللَّ...

Menghampiri Hujung Ramadan

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ❝Seorang mukmin sejati ketika menyambut bulan Ramadhan, dia berusaha mengenal tuhan-Nya. Berharap terhapus dosanya, merasa dirinya paling rendah, paling memerlukan kasih sayang Tuhan-Nya.❞ [Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله تعالى] Dipetik dari channel telegram  Iloverasulullah