APA MAKNA AIDILFITRI PADA ANDA?

Raya itu tanda dah habis Ramadan. Dah tak wajib untuk puasa di siang hari
Raya itu waktu berkumpul sekeluarga.
Raya itu waktu nak pakai baju raya yang baru
Raya itu balik kampung, ohoho balik kampung
Raya itu ziarah menziarahi antara satu sama lain

Kredit gambar: Google

Raya itu bermaaf maafan
Raya itu kad raya dan duit raya
Raya itu waktu boleh makan juadah yang sedap-sedap
Raya itu boleh main bunga api dan mercun
.

Kredit gambar: Google

Banyak betul benda yang kita kaitkan dengan raya Aidilfitri ni.
.

Tapi, kalau Aidilfitri ikut definisi kita, maka kalau ada orang yang tak menepati ciri-ciri tu, maka dia tak beraya ke? Adakah tiada makna Syawal untuk mereka?
.

Pagi ini saya terima satu surat cinta. 
Yang beri saya sudut pandangan baru tentang Aidilfitri. 
.

Aidilfitri versi hamba dan Tuhannya.
.

SubhanAllah.
.

Para sahabat, bila bertemu each other di Aidilfitri, mereka akan menyebut;
.

تَÙ‚َبَّÙ„َ اللَّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّا Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ
(Taqabbalallahu minna wa minkum)

Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.
.
May Allah accept our deeds from us and you
.
.
Kredit gambar: Google

Aildilfitri, bagi mereka (sahabat) adalah keraian—kerana berjaya menjalani Ramadan selama sebulan. Dan dengan rendah diri jauh di sudut hati, mereka harap dan berdoa agar segala amalan, segala du'a sepanjang Ramadan itu— diterima Allah swt.
.

Saya ingat lagi waktu medical student dulu. Bila mula study week sampailah ke waktu nak exam, habis-habisan kami pulun ulangkaji. Hampir setiap hari ke library. Kalau tengok local students di India tu, entah berapa kali mereka tawaf hostel sambil menghafal buku teks.
.

Itu, umpama Ramadan.
.

Letak saja pen selepas kertas terakhir, fuhhhh perasaan dia tak boleh nak kata. Rasa nak skipping keluar dewan periksa. Malam tu pula mesti pergi lepak kat kafe Coffee Day makan Choc-a-vloc dan minum Devil's Own.
.

Atau layan marathon series
Or qadha tidur
Atau apa-apa aktiviti yang simbolik untuk meraikan, bergantung kepada setiap individu. 
.

Sambil dalam hati pula tak putus doa supaya ada hasil yang baik daripada exam itu. 
.

Itu, umpama Aidilfitri.
Dan itu yang sedang saya cuba  belajar terap dalam diri sendiri sekarang ni. 
.

Sebab secara peribadi la kan, bila kita pandang Aidilfitri dari sudut seorang hamba, yang harap amalan Ramadan kita diterima Allah, then semua orang adalah sama.
.

Dan di mana pun kita berada, dalam keadaan apa pun, susah atau senang, no matter how hard — Syawal kita ada maknanya. 
.

So, apa makna Aidilfitri pada korang?
.

Aima Hassan
Taqabbalallahu minna wa minkum


Comments

Popular Posts