AFB FEED

TTC JOURNEY- APA PERSEDIAAN SEBELUM HSG?

Dalam post sebelum ni saya dah terangkan sedikit sebanyak tentang apa itu Hysterosalpingogram (HSG). Misal kata dah dapat tarikh untuk pemeriksaan HSG, apa persediaan yang perlu anda lakukan?
.

 TTC JOURNEY- APA PERSEDIAAN SEBELUM HSG?

.
1. Beritahu doktor tentang alahan/alergi/asthma
Kalau korang ada alergi/ alahan, asthma, ekzema, please beritahu doktor yang merawat, atau staff radiologi bila anda pergi ambil appointment tu.
.
 TTC JOURNEY- APA PERSEDIAAN SEBELUM HSG?

Tak kisahlah condition tu jadi masa korang kecil ke, dah lama tak kena ke, cara kena ke. Just beritahu pada staff 'I kecil kecil dulu kalau terhidu sotong je mesti naik merah gatal-gatal.'
.

Bak kata senior nurse saya
Pilih antara salah satu ni
.
A - ada
B - tak ada
No such thing as agaknya, mungkin, sikit-sikit, dulu-dulu. A atau B saja. Reti?
.
Macam hal kecil kan, tapi penting tau sejarah allergy ni. Sebab ada bahan dalam kontras tu yang boleh trigger alahan. Alahan bukan benda main-main.
.
 TTC JOURNEY- APA PERSEDIAAN SEBELUM HSG?

Biasa kita akan beri ubat Prednisolone untuk dimakan sehari sebelum dan pada hari prosedur itu untuk kurangkan risiko.
.

2. Make sure darah haid betul-betul kering tau☝️.  Spotting pun is a no no.
.
Sebabnya kita nak kurangkan juga risiko untuk dapat jangkitan dalam rahim. Iyalah kan, masa kita period, boleh kata saluran darah pada dinding rahim tu 'terbuka'. Dan kita pula akan masukkan dye dari bawah, dari luar. Kalau nak dijadikan cerita ada pula kuman (kita cuba maintain steril seelok mungkin), dia boleh meresap masuk ke dalam dinding rahim yang tengah luka tu. 
.
Dah jadi hal lain pula. 
.
.
3. Jangan adakan hubungan intim selepas kering darah haid
.
Biasanya appointment akan kita kasi few days after period kering (dalam 8-10 hari selepas hari pertama period. Normally). Dalam tempoh period kering sampailah hari appointment, please jangan goda goda tok laki nak bermesra mesra berasmaradana bercanda di tepian pantai. Please ya.
.
Sebab manatau, terjadi pula seketul darah dan daging itu. Tak nak lah exposekan pada radiasi awal awal macam tu kan, no matter how kecil pun amaunnya.
.
 TTC JOURNEY- APA PERSEDIAAN SEBELUM HSG?

So, 'puasa' lama sikit okey. Alah, sampai habis prosedur tu je.
.

In case terjadi macam tu, maka terpaksalah tangguh appointment kepada next cycle pula. 
.

4. Bawa pad pada hari appointment.
.
Lepas prosedur, biasanya saki baki kontras yang kita masukkan kat rahim tadi akan terkeluar semula di bawah sana tu. Bayangkan lah nak berjalan dengan air mengalir keluar tu. Tak selesanya.
.

So jangan lupa bawa pad, okay.
.
.
.

Kalau ada yang baca post ni dan blur tentang HSG, boleh refer kepada post saya yang sebelum ni

5 comments:

  1. First time tau pasal HSG ni. Nak kena baca gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee, biasa kalau yang tak perlu lalu, tak tahu kot.

      Delete
  2. Oh...macam tu eh...kawan akak pun buat rawatan macam ni sbb 13 tahun belum ada anak..rumit juga rawatan ni ye..kawan akak sebaya akak umur 40 tahun baru mengandung anak sulung

    ReplyDelete
    Replies
    1. One of the usaha nak investigate kenapa kak AS. Syukur Allah beri rezeki anak pada kawan kak AS .

      Delete

Follow by Email