AFB FEED

HSG - TIUB SAYA TERSUMBAT KE DOKTOR?

Sambungan daripada post PERSEDIAAN SEBELUM HSG dan APA ITU HSG.
.

So, katakan patient dah ada appointment untuk HSG. Datang ke department Radiologi, bagi borang pada staff dan tunggu.
.

Nanti akan ada orang panggil masuk. Akan ditanya soalan macam, bila last period, dah kering berapa hari, ada bersama husband ke tak, ada alahan tak.
.

Ingat, jawab YA atau TAK saja.
.

Kalau clear, pesakit akan disuruh tukar baju. So, silalah pakai baju yang senang untuk ditanggal dan dipakai so that tak amek banyak masa. Ingat, ada wanita lain yang tengah tunggu giliran juga.
.

Dalam bilik tempat nak periksa tu, akan ada mesin lebih kurang macam gambar kat bawah nun. Ada 'table' untuk pesakit baring, dan ada benda berbentuk C yang besar tu untuk ambil gambar.
.

Mesin, tak semestinya sama untuk semua hospital tau.
.

So,
.

Steps, secara amnya adalah seperti kat bawah ni:
.

1. Baring atas 'table' tu.

Posisi, macam orang nak beranak tu. Or macam masa ambil pap smear.
.

Bahagian kulit luar tu kita akan cuci dulu, sebelum cover dengan kain.
.

2. Spekulum

Alat tu akan kita masukkan dalam vagina. Tujuannya untuk menampakkan pangkal rahim/serviks.
.

3. Cannula/kateter (catheter)
Bila dah nampak rupa pangkal rahim, kita akan either pasang cannula pada serviks atau masukkan tiub kencing melalui serviks ke dalam rahim.
.


Cannula ada few sizes, kita akan pilih ikut saiz bukaan pada serviks. Kalau guna tiub kencing, kita akan guna yang paling kecil.
.

Bila dah betul-betul kemas, kita akan keluarkan semula spekulum. Then, luruskan kaki.
.
4. Kontras
.
JuruXray akan adjustkan C-arm tu supaya tiub xray tu bebetul atas area ari-ari. Sebab kita nak ambil gambar rahim dan sekitarnya kan?
.



Then, kita akan inject kontras/dye melalui cannula/catheter yang dah kita pasang tadi. Sambil tu, kita akan amek beberapa gambar.
.
Tu yang Cekma maksudkan 'live' hari tu. Boleh nampak dye tu penuhkan rahim, lalu kedua-dua belah tiup Fallopio dan 'tumpah' ke ruang abdomen. Bila 'tumpah' tu, maksudnya, tiup Fallopio tu tak tersumbat lah.
.

HSG - TIUB SAYA TERSUMBAT KE DOKTOR?

.

Kalau misal kata tiub ada yang tersumbat, kita tak akan nampak dye tu tumpah. Tiub pulak mungkin ada yang bengkak. Tapi yang penting, tumpahan tu memang tak ada.
.

Ada contoh gambar HSG yang normal dan tiub sebelah kanan yang tersumbat.
.

HSG - NORMAL

.

HSG- TIUB KANAN TERSUMBAT DAN BENGKAK


Orait, selesai prosedurnya.
.

Mesti korang tertanya sakit ke tak kan?
.

Definitely akan ada rasa tak selesa, senak dan ada orang memang akan rasa sakit. I guess bergantung pada orang juga. Ada orang rileks je, ada orang tak tahan.
.

Ada orang amek masa sekejap je nak siap. Ada orang lama sikit. Badan orang lain-lain tau. Takleh nak pukul rata sama. Anatomi kat area situ pun boleh jadi pelbagai.
.

Korang nak tau satu benda tak?

.

Kadang-kadang, lepas HSG, atas izin Allah, patient leh pregnant (provided HSG nya normal). Sebab kalaulah ada tisu parut ke, darah ke yang dok block sama ada pada serviks atau tiubs, dia dah terbawa sama dek arus kontras yang kita inject tadi.
.

InshaaAllah.
.

Eh jap, belum habis lagi ni.
.

Apa yang korang boleh expect selepas prosedur HSG ni?
.
-        Cramps, rasa senak di bahagian bawah perut.
-        Sakit/tak selesa bahagian yang malu nak disebut tu.
-        Bleeding/spotting sikit-sikit. Kadang-kadang ada jenis yang senang nau luka serviksnya. 
-        Aliran keluar kontras yang kita injek masuk tadi. Sebab tu kena bawa pad.
.

Bila dah sampai rumah, ada lagi benda yang kena jaga. Walaupun jarang sangat berlaku, tapi please cekidaut for:
.
-       Tindak balas alahan
-       Pendarahan yang berlebih-lebihan. 
-       Cramps/senak area bawah perut sampai berguling-guling kat dinding. 

-       Tiba-tiba demam kuat sampai menggigil-gigil
-       Discharge yang baunya tak berapa nak enak.
.

Please, oh please cari doktor semula kalau ada simptom dalam cekidaut list tu. Jangan bahayakan diri sendiri.
.

Indication lain untuk HSG, boleh refer ke APA ITU HSG
Moga dapat tambah sedikit ilmu hari ni, insha Allah. 
.
.
.

Aima Hassan
Hanya di Radio.
.


6 comments:

  1. Whoa great tips for those yang kena buat procedure ni.

    ReplyDelete
  2. Tetiba ngerinya ngeri tgk alatan Tu alahai.. tonkqlau rezeki boleh pregnant mmg syukur kan

    ReplyDelete
  3. Penah buat HSG tahun 2014. Tiub tersumbat belah kanan. Alhamdulillah lepas buat HSG pregnant.. Zuriat yg ditunggu². Skarang dah ada 2 orang puteri.

    ReplyDelete
  4. Salam, klu tersumbat.. Apa stap seterusnya?

    ReplyDelete

Follow by Email