Iftar di Bangi Golf Resort dan Mother's Day


Berpinar mata sekejap bila sampai ke Bangi Golf Resort semalam. Masakan tidak, ramainya umat manusia datang untuk berbuka di tempat yang sama.

Rasanya ini kali pertama saya experience berbuka di luar dengan orang seramai macam ni.


Masuk ke dalam ruang makan, berpinar lagi mata.
Pilihan makanan dia mak aiii, jadi tak tahu nak mula dengan mana dulu.

Di sebelah sini ada bahagian appetizer dan desserts yang pelbagai jenis.
Kuih muih
Kuih muih
Churros & Durian gelato 
Buah-buahan

Di bahagian tengah ada dua susunan lauk pauk Melayu dan pasta.

Lauk pauk 
Pasta

Di belah sana ada dua barisan panjang sedang beratur untuk dapatkan kambing bakar dan satay.
Barisan satay dan kambing
Fried & Grill
Kambing bakar

Ada bahagian yang specialize dalam Chinese stirfry.
Chinese stirfry
Nasi kerabu. Roti bun hangat dengan mentega dari Jerman. Noodle corner. ABC. Popcorn. Churros. Durian gelato. Aiskrim. Mee dan kuey tiaw goreng. Lasagna. Lempeng. Paratha.
Bun  captipanas & lembut
Apa namanya ini...souffle?
Cendol Corner
Ais kacang 

Berpinar tak otak?

Namun saya tabik spring toing toing pada pihak resort sebab, walaupun makanan yang disediakan tu amatlah banyak variety-nya, kualiti yang sampai pada lidah masih terjaga. Cukup rasa, cukup superb sedapnya.
Selang beberapa lama, akan ada orang yang datang bantu lapangkan meja daripada pinggan dan gelas kosong.

Kugiran yang memberi hiburan sepanjang waktu berbuka pun saya suka sebab dia banyak nyanyikan lagu M Nasir. Ada sekali tu siap diorang mainkan lagu BINGO tau. Bayangkan orang dewasa duk ikut nyanyi sekali nak hiburkan anak masing-masing.

Kawasan tempat letak kereta amat luas, dan ada orang yang bertugas untuk pastikan urusan trafik lancar.

Cumanya
Mungkin boleh diperbaik lagi dari segi susunan stesen makanan.
Contoh: Stesen satay atau kambing bakar ada satu saja. Yang hadir mungkin cecah 1000 orang. Lets say 1/4 daripada jumlah itu nak makan kambing.

Boleh bayangkan tak betapa panjangnya barisan and masa yang diambil? Azan dah berkumandang, kita masih dalam barisan belakang.
Salah satu cara dari kita yang datang berbuka adalah, of course boleh datang super awal, ataupun tunggu orang reda baru ronda. Pun boleh juga.

Anyhow
Selain daripada minor glitch itu, kami semua gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Sempat kami buat surprise Mother's Day celebration dan birthday party untuk adik ipar.

Kek daripada @duchessofcake
Smile!

Details as below:
Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor


Harga:
Dewasa RM 59 nett
Kanak-kanak (3-11 tahun) RM 29 nett


Tempahan & Pertanyaan: 


Boleh booking online juga di:


Comments

Popular Posts