AFB FEED

TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS

Gastritis ( atau lebih dikenali sebagai gastrik dalam masyarakat kita) adalah keradangan pada lapisan dalam perut kita. Keadaan ini lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman H, pylori (80%), merokok, ubat-ubatan (ubat tahan sakit tertentu atau steroid) dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.


TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS
Sumber: Google



Antara tanda-tanda yang dikaitkan dengan gastritis adalah seperti:
  • Sakit pada bahagian ulu hati
  • Perut terasa kembung
  • Kerap sendawa, loya dan mungkin muntah

Pastinya ia adalah keadaan yang sangat tidak selesa untuk pesakit.

TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS
Sumber: Google


Untuk penghidap gastritis, kedatangan Ramadan mungkin menyebabkan mereka sedikit merasa risau. Bimbang jika serangan gastrik itu datang ketika berpuasa. Takut keadaan bertambah teruk bila berpuasa.

Kerisauan mereka itu bukanlah tidak berasas langsung. Namun jika kita tangani bulan Ramadan ni dengan betul, tidak ada masalah sebenarnya untuk mereka yang ada gastritis untuk berpuasa.

Antara cara yang disarankan oleh doktor adalah dengan mengubah habit pemakanan kita, terutamanya ketika berbuka. Kalau tak kena cara, jangankan penghidap gastritis, mereka yang tidak ada masalah perut pun boleh senak dan kembung perut selepas seharian berpuasa.

Di bawah ini saya akan kongsikan beberapa tips berbuka puasa untuk mengelakkan rasa sebu perut, terutamanya untuk yang ada gastritis.


1. Percepatkan berbuka puasa
Sebaik sahaja suara lemak manis muezzin berkumandang dari corong radio, TV atau aplikasi telefon ada, cepat-cepat lah bergegas ke meja makan. Atau lebih baik lagi, siap-siap tunggu waktu berbuka di meja.
Abdullah bin Yusuf menceritakan kepada kami bahawa Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (al-Bukhari)

Doa buka puasa jangan dilupa.


2. Berbuka dengan kurma dan air putih
Gula dalam buah kurma ni adalah sejenis gula ringkas, cepat diserap ke dalam badan. Sangat sesuai sebagai sumber tenaga yang pantas.

Air putih pula seeloknya kita minum beberapa teguk sahaja dulu. Jangan dibantai segelen pula.
TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS
Sumber: Google


3. Rehat sebentar
Kalau ikutkan nafsu, memang terasa hendak terjun terus ke dalam lautan makanan yang terbentang di atas meja. Tapi sabar ok. Tak ke mana pun makanan tu.

Seeloknya selepas berbuka dengan kurma dan air putih, kita rehat dulu. Ini adalah untuk beri masa perut kita bersedia untuk terima makann yang lebih berat sebentar lagi.

Menurut Kevin Zahri, tempoh yang paling afdhal daripada waktu kita ambil kurma sehingga nak ambil makanan berat adalah dua puluh minit. Sempat sangatkan kalau nak solat Maghrib 3 rakaat dulu sementara tu.

4. Selamat menjamu selera
Dalam tempoh waktu 20 minit itu, otak dah dapat bekalan gula daripada kurma yang kita makan awal-awal tadi. Ia akan keluarkan tanda yang ia tak berada dalam keadaan kebuluran lagi. Nafsu makan pun dah tak membuak-buak macam awal waktu berbuka tadi.

Dimulakan dengan Bismillah, ambil hidangan yang seimbang dan sederhana dulu, dan diakhiri dengan sedikit kuih atau manisan. Risiko kita untuk makan berlebihan tu kurang berbanding kalau kita terus je makan berat selepas azan.
.

TIPS RAMADAN UNTUK PESAKIT GASTRITIS
Sumber: KKM

.
.
Haaa, ada TIPS EKSTRA ni:
  • Untuk yang ada mengambil ubat, pesakit adalah dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur; jika diberikan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur; untuk ubatan dua kali sehari.
  • Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.
  • Minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur. Elakkan minuman bergas ataupun minuman yang berkafein seperti teh dan kopi.
  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat. Elakkan makanan yang mempunyai asid yang tinggi, makanan pedas dan makanan berlemak.
  • Elakkan merokok.
  • Lewatkan sahur.


Bagi sesetengah orang, simptom gastritis yang dihadapi memang teruk, walaupun di luar bulan Ramadan. Dalam keadaan ini, lebih baik dapatkan pandangan mereka yang lebih pakar. Benar, kita nak kejar untuk lakukan tuntutan agama pada bulan yang penuh barakah ini, tapi janganlah sampai memudaratkan pula. Akan tetapi, jangan pula gastritis ini dijadikan alasan untuk mengelat daripada berpuasa pula ya, padahal langkah berjaga-jaga tak diambil pun.

Actually, while writing this, I find it amazing that by practicing the sunnah taught by our beloved Prophet Muhammad, we can actually adopt a healthier way of life. Semua tips di atas ni sebenarnya adalah cara yang dinasihatkan dalam Islam sendiri -- awalkan waktu berbuka, lewatkan sahur dan makan secara bersederhana. 

Sumber

No comments:

Post a Comment

Follow by Email