Posts

KENCING MANIS NI MACAM ANAI-ANAI!

"Kencing manis ni, macam anai-anai!" . Hm? Saya melarikan mata daripada skrin mesin ultrasound. Macam mana pula tu? . Pakcik yang sedang saya scan kakinya itu seolah faham soalan tanpa suara saya. Dia menjawab," Ye lah. Anai-anaikan perlahan-lahan dia makan rumah kita sampai sudahnya semua rosak." . "Kencing manis, macam itu jugalah. Perlahan-lahan dia makan buah pinggang, mata, saraf kita," pakcik itu menyambung. . Betul juga perumpamaan macam tu. Awalnya dulu sekadar tahap gula yang tinggi dalam darah saja, kita pun tak berapa kisah. Ambil ringan saja. Lama-lama tanpa sedar mata mula tak nampak, fungsi buah pinggang mula merosot, hilang deria sentuh dan sebagainya. . Waktu itu dah terlambat hendak pulih ke asal semula. 'Rumah' tempat roh kita duduki dah pun rosak oleh 'anai-anai'. . Saya mengintai ke arah kedua-dua belah kaki pakcik. Kulit pada kaki (foot) sudah mula berubah kepada warna yang gelap s...

KAWAN BERI VIRUS HIV—DAN DIA LARI

Handsome. Mata redup saja. Kalau umur sebaya sama sekolah ni mesti dah jadi halwa mata setiap hari. . Tubuhnya menggigil— kerana demam, dan kerana bilik ultrasound tu memang sejuk. Tapi digigihkan juga untuk angkat tangan ke atas untuk memudahkan saya memeriksa. . "Lama dah ke sakit?" . Mata bundarnya tenang pandang saya. "Lama juga, sebelum puasa lagi." . Pada monitor ultrasound, hatinya (read : liver) terdapat beberapa tompok, besar juga. Yang kemungkinan besar adalah nanah. . Aduh kasihan, adik. . Katanya, awal dulu dia demam berpanjangan. Kemudian mula batuk. Dan mula lah macam-macam jenis jangkitan kuman. Tuberkulosis (TB) pada paru-paru, di otak juga sudah ada kuman menumpang.  . Dia belum cecah 20 tahun juga. Sudah ada penyakit AIDS yang advanced. Sistem pertahanan badan dah mula gagal.  . "Dapat sakit ni dari siapa?" . Matanya membulat. "Akak tahu saya ada HIV?" . Saya angguk...

MAKSUD TAKBIR RAYA

Syahdu menyelusup ke celah jiwa sebaik sahaja mendengar takbir bergema. Sayu dendangan suara lelaki yang membimbing bacaan takbir. . Saya memang hafal takbir raya ni daripada sekolah rendah rasanya. Tapi segannya saya sebab bait-bait pujian kebesaran Allah ni, tidaklah saya tahu kesemua maknanya. . Jom sama sama kita teliti apa maksud sebenar laungan yang kita ulang-ulang, yang jadi halwa telinga kita di setiap Aidilfitri dan Aidiladha. . . MAKSUD TAKBIR RAYA اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ Allaahu akbar walillaahil hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian . . . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar الل...

APA MAKNA AIDILFITRI PADA ANDA?

Image
Raya itu tanda dah habis Ramadan. Dah tak wajib untuk puasa di siang hari Raya itu waktu berkumpul sekeluarga. Raya itu waktu nak pakai baju raya yang baru Raya itu balik kampung, ohoho balik kampung Raya itu ziarah menziarahi antara satu sama lain Kredit gambar: Google Raya itu bermaaf maafan Raya itu kad raya dan duit raya Raya itu waktu boleh makan juadah yang sedap-sedap Raya itu boleh main bunga api dan mercun . Kredit gambar: Google Banyak betul benda yang kita kaitkan dengan raya Aidilfitri ni. . Tapi, kalau Aidilfitri ikut definisi kita, maka kalau ada orang yang tak menepati ciri-ciri tu, maka dia tak beraya ke? Adakah tiada makna Syawal untuk mereka? . Pagi ini saya terima satu surat cinta.  Yang beri saya sudut pandangan baru tentang Aidilfitri.  . Aidilfitri versi hamba dan Tuhannya. . SubhanAllah. . Para sahabat, bila bertemu each other di Aidilfitri, mereka akan menyebut; . تَقَبَّلَ اللَّ...

Menghampiri Hujung Ramadan

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ❝Seorang mukmin sejati ketika menyambut bulan Ramadhan, dia berusaha mengenal tuhan-Nya. Berharap terhapus dosanya, merasa dirinya paling rendah, paling memerlukan kasih sayang Tuhan-Nya.❞ [Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله تعالى] Dipetik dari channel telegram  Iloverasulullah

KENAPA MENGHALAU RAMADAN?

Para Sahabat (read: sahabat Rasulullah) dulu kan. 6 bulan sebelum Ramadan, mereka dah bersiap siap untuk terima bulan kesembilan itu. Sampai saja, Ramadan akan dipeluk-peluk penuh rindu. . Dan selepas Ramadan pergi, selama 6 bulan pula mereka berdoa sungguh-sungguh untuk ditemukan sekali lagi dengan Ramadan. . Seolah-olah 11 bulan yang lain itu, memang tujuannya satu saja. Prepare diri untuk bulan Ramadan. Kira macam raptai ibadah semua, dan bila tiba Ramadan, you go all out. Ala, macam training nak naik gunung or marathon, gitu. . Macam tu sekali Allah beri ketetapan hati pada mereka . Our reality nowadays . Ramai yang pada awal Ramadan itu, semangatnya berkobar lain macam. Tarawih terus 20 rakaat. Tadarus Quran surah al Baqarah tu dia lenjan dalam satu malam saja. Berasap. . Masuk sepuluh hari kedua, tarawih tinggal lapan rakaatnya. Helaian al Quran makin perlahan selakannya. . Ada yang lagi sedih . Masuk sepertiga akhir bulan, mood dah bertukar. Pada wakt...

IBADAH LAILATUL QADR KETIKA DATANG HAID

Image
10 malam terakhir, ramai yang mula nak bersiap sedia untuk memecut. Nak mencari Laila. The Laila. The Lailatul Qadr. Malam yang penuh dengan kebaikan dan keberkatannya sendiri. . How time flies kan? Ramadan ke 21 dan seterusnya ini, apa beza dengan Ramadan 1 kita tiga minggu yang lepas? . Dikatakan pada malam Lailatul Qadr, para malaikat turun ke bumi memenuhi rumah orang muslimin. Ramainya mereka diumpamakan seperti banyaknya pepohon dan batuan yang ada di muka bumi ini. . IBADAH LAILATUL QADR KETIKA DATANG HAID Sumber: Pinterest Mereka ini akan jadi saksi ibadah, zikir , solat kaum muslimin . Aminkan doa-doa tuan rumah. Maka rugi betul kalau kita tak manfaatkan peluang yang datang sekali dalam setahun ni . . IBADAH LAILATUL QADR . Soalan dan jawapan tentang ibadah Lailatul Qadr ini dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim "Ustaz, ibadah apa nak buat untuk dapat Lailatul Qadr?" Imam Malik dan Imam Syafie kata syarat minimum (paling kurang), k...