KENAPA MENGHALAU RAMADAN?
Para Sahabat (read: sahabat Rasulullah) dulu kan.
6 bulan sebelum Ramadan, mereka dah bersiap siap untuk terima bulan kesembilan itu.
Sampai saja, Ramadan akan dipeluk-peluk penuh rindu.
.
Dan selepas Ramadan pergi, selama 6 bulan pula mereka berdoa sungguh-sungguh untuk ditemukan sekali lagi dengan Ramadan.
.
Seolah-olah 11 bulan yang lain itu, memang tujuannya satu saja.
Prepare diri untuk bulan Ramadan. Kira macam raptai ibadah semua, dan bila tiba Ramadan, you go all out.
Ala, macam training nak naik gunung or marathon, gitu.
.
Macam tu sekali Allah beri ketetapan hati pada mereka
.
Our reality nowadays
.
Ramai yang pada awal Ramadan itu, semangatnya berkobar lain macam. Tarawih terus 20 rakaat. Tadarus Quran surah al Baqarah tu dia lenjan dalam satu malam saja. Berasap.
.
Masuk sepuluh hari kedua, tarawih tinggal lapan rakaatnya. Helaian al Quran makin perlahan selakannya.
.
Ada yang lagi sedih
.
Masuk sepertiga akhir bulan, mood dah bertukar. Pada waktu yang patut digalak untuk mengganda ibadah, lagu raya pula yang kita dendangkan. Kita tak cerita pasal Lailatul Qadr, kita cerita pasal Syawal dan segala preparation nak sambut dia.
.
Umpamanya macam apa tau
.
"Hei Ramadan, aku sudah tidak sudi sama kau. Cepat-cepatlah kau tamat, aku mahu terima Syawal datang."
.
Seolahnya macam apa tau
.
Pasangan tengah tenat atas katil, tunggu habis nyawa. Waktu dia perlukan kita the most, kita pula duk plan untuk majlis kahwin kita yang seterusnya
.
Er, sort of like that. Tapi korang dapatlah kan situasi nya macam mana?
.
.
.
.
Saya dengar tentang ni dalam Usrah Nurani di IKIM.FM.
Rasa macam hati kena rentap saja.
Hubungan kebanyakan kita dengan Ramadan itu rupanya tak seperti yang diwariskan oleh para Sahabat.
.
Mungkin itu ujian untuk kita manusia. Keberkatan 10 malam terakhir Ramadan VS rasa teruja untuk sambut Syawal.
Kat mana hati kita?
.
.
Wallahu A'lam Bishawab
Jangan pernah berhenti du'a untuk kita yang lebih baik.
.
.
Aima Hassan

Comments
Post a Comment