Posts

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Image
Nampak rusa tak? CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA| Plan lain, jadinya lain. Tapi saya percaya setiap yang Allah tentukan itu sangat pasti lebih baik daripada apa yang kita rancang. Minggu itu ada kursus sehari di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Asalnya saya rancang untuk menumpang tidur di rumah seorang rakan di sana. Entah macam mana, masing-masing terlupa nak update rancangan masing-masing, saya jadi hilang punca tak tahu hendak menginap di mana. Mujur salah seorang teman yang akan pergi ke kursus yang sama dari Melaka tinggal di Kulai. Maka dalam kereta dia yang saya tumpang petang Jumaat itu juga saya membuat keputusan untuk menginap kat mana-manalah hotel yang ada di sana. Baru serabut nak mencari hotel yang nampak boleh dipercayai di sekitar Kulai. Dan teman saya mencadangkan Creator Hotel, sebab ia nampak cantik dari luar. Saya pun setuju saja, terus menempah bilik solo hotel tersebut di Agoda. Melangkah masuk saja ke lobi Creator Hotel, rasa ...

I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA

Image
"Saya ni, nampak je macam ni. Tapi saya hafal tau tajuk buku yang awak baca," kata suami sambil mendabik dada. "Tajuk je la?" "Ok lah tu." "So, apa tajuk salah satu buku saya?" Diam sebentar. "Gray's Anatomy," suami jawab penuh yakin. Diam sesaat lagi. "Buku anatomi saya Netter's, bukan Gray's," isteri membalas. Sesaat kemudian bergema dalam kereta dengan laungan kecewa kerana tembakan tak mengena. . . Gray's Anatomy adalah tajuk buku ilustrasi anatomi oleh Henry Gray. Tak ada kena mengena kot dengan drama bersiri Grey's Anatomy tu. I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA Suka juga tengok ilustrasi dia, gaya klasik gitu.  Kolej saya tak guna buku tu, kami guna Netter's Atlas of Human Anatomy. Menarik juga sebab penuh warna. I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA Buku-buku gini mahal. Sarat dengan ilmu anatomi badan manusia yang Allah cipta. Set...

INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL!

Image
INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL!| Abu memusing stereng kereta memasuki perkarangan rumah. Satu keluhan kecil dilepaskan tanpa dia sedar apabila melihat porch yang dikongsi dengan rumah jirannya gelap sahaja.  Biasanya kalau dia pulang lambat lanjut hingga ke malam, jirannya itu akan tolong bukakan lampu. 'Masih marah agaknya mereka dengan aku,' bisik hatinya. Ada sedikit ralat. Tapi dia tidak menyesal. Tidak lama dahulu Abu didatangi seorang wanita, kita namakan D. D adalah isteri kepada salah seorang ahli keluarga jiran Abu itu, kita namakan B. D telah meminta bantuan Abu. Suami D tak sihat, badannya membengkak dan nafasnya jadi susah. Ahli keluarga yang lain (ie jiran Abu) berpendapat yang B itu terkena buatan orang, dan D adalah orang yang disyaki. Abu rasa pelik. Kalau betul lah D 'membuat' suaminya sendiri, takkan bersusah payah D tebalkan muka untuk meminta bantuan Abu? K...

SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

Image
SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM| Lepas tinggalkan komen pada survey Tuan Irfan kelmarin, tergerak hati untuk kongsi sedikit memori yang dipelajari waktu jadi Houseman dalam posting O&G banyak tahun dulu. Ok, mungkin ada belajar masa medical student tapi saya berangan agaknya. Lagipun belajar dengan pengalaman kan lagi lekat di kepala cewah. Secara amnya, kebanyakan orang aware yang bila preggy mommies dah ditolak ke dalam labour room, benda yang paling tak selesa sekali adalah bila diseluk selang beberapa jam untuk periksa bukaan rahim/jalan (vaginal examination aka VE). Tapi mungkin ramai yang tak tahu Masa kita seluk tu, bukan bukaan rahim saja yang kita nilai. Ada beberapa info lagi yang boleh kita dapat tahu dalam masa beberapa saat kita buat prosedur tu. . 1. Bukaan pangkal rahim (ok ni semua orang tahu) 2. Bahagian baby yang mana menghala ke bawah. Betul, kebiasaan moms yang masuk ke labour room memang dah tahu apa posi...

Fenomena Supermoon

Image
Fenomena Supermoon Supermoon itu adalah fenomena di mana kedudukan bulan itu dikatakan paling dekat dengan bumi. Jadinya bulan akan nampak lagi besar, lagi terang even pada mata kasar. Malam tadi (20 Februari 2019) adalah salah satu waktunya. Ada sahabat yang berkongsi gambar bulan yang diambil dengan kamera DSLR yang di'mount' pada teleskop.  Warna putih kuning lembut. Dengan biasan cahaya samar-samar di keliling.  Fenomena Supermoon MashaaAllah. "Breathless rasa tengok gambar-gambar ni," saya beritahu pada dia. "Tak sama dengan tengok di teleskop Cekma." "Lagi breathtaking?" Tanya saya. "Simply out of the world," dia membalas. Tak macam apa yang ada di dunia. SubhanAllah. Kalaulah tengok seri bulan pun dah boleh buat rasa tenang dan puas. Apa lagi bila tatap wajah Rasulullah yang lagi indah daripada bulan? Fenomena Supermoon “Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di...

EMPOWERING ROLE: A SILENT SUPPORTER

Image
EMPOWERING ROLE: A SILENT SUPPORTER EMPOWERING ROLE: A SILENT SUPPORTER| When I was contacted by Sister Abla to elaborate more on my choice of 'women breaking stereotypes' role, I mulled for quite a long time. It's one thing commenting on it, but to really pour your thoughts in it, is a whole other matter. But I try to make it as sensible as possible, so bear with me alright. Bismillahirrahmanirrahim The role that made me feel empowered is being a SILENT SUPPORTER. I did not mean it as sending prayers to someone without them knowing it, or helping them behind their back (although it could be that too). My version of a silent supporter is...let me give an example We put all kind of masks when when we are facing the world. The public. We put on brave faces. We only let them see what we want to let them see. But we have our own fears. Our own ugly sides. Our own hideous breakdowns. And sometimes, that side we do not wish to show to anybody, including thos...

Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar

Image
Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar| "Saudara saya itu orangnya moden moden, pakai baju ketat-ketat, rambut warna karat." "Dia jarang sangat lah nak ikut sama aktiviti keluarga. Kenduri ke apa ke, boleh kira dengan jari." Memang best bila bercakap pasal orang lain. Lagi-lagi bila kita rasa dia salah. Dan kita dalam ramai—adalah lagi betul daripada dia yang diperkata. Darjeling selalu panas telinga je bila dengar cerita-cerita macam tu. Daripada Darjeling tak kenal pun siapa yang dicerita, dah jadi boleh sebabkan buruk sangka. Darjeling pun kata "Mungkin sebab dia tahu kalau dia datang pun, orang mengata. So baiklah dia tak datang." "Eh, mana ada orang nak ngata apa-apa depan dia." Darjeling balas. "Depan-depan memang la tak. Tapi mengata kat belakang, mesti ada kan? Diam. Tukar topik lain. 'Banyak sungguh dah Allah simpan aib kita. Banyak sungguh dah Allah pelihara diri kita...