AFB FEED

Fenomena Supermoon

Fenomena Supermoon
Supermoon itu adalah fenomena di mana kedudukan bulan itu dikatakan paling dekat dengan bumi.

Jadinya bulan akan nampak lagi besar, lagi terang even pada mata kasar. Malam tadi (20 Februari 2019) adalah salah satu waktunya.

Ada sahabat yang berkongsi gambar bulan yang diambil dengan kamera DSLR yang di'mount' pada teleskop. 
Warna putih kuning lembut. Dengan biasan cahaya samar-samar di keliling. 
Fenomena Supermoon

MashaaAllah.

"Breathless rasa tengok gambar-gambar ni," saya beritahu pada dia.

"Tak sama dengan tengok di teleskop Cekma."

"Lagi breathtaking?" Tanya saya.

"Simply out of the world," dia membalas.

Tak macam apa yang ada di dunia.
SubhanAllah.

Kalaulah tengok seri bulan pun dah boleh buat rasa tenang dan puas. Apa lagi bila tatap wajah Rasulullah yang lagi indah daripada bulan?
Fenomena Supermoon

“Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di malam purnama, beliau mengenakan kain merah.
Aku mulai memandang beliau dan bulan, ternyata beliau lebih indah dibandingkan bulan."
—Jâbir r.a [al-Mukhtashar hadits no. 8]

1 comment:

  1. x sempat nak berjaga sampai tgh mlm jd cuma tgok pics org lain snap di internet je la.

    P.S. Abam Kie cuba nak add blog aima dlm bloglist tp kuar error..x tahu nak buat camner. maaf ye. bkn salah ku...

    ReplyDelete

Follow by Email