AFB FEED

SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM|

Lepas tinggalkan komen pada survey Tuan Irfan kelmarin, tergerak hati untuk kongsi sedikit memori yang dipelajari waktu jadi Houseman dalam posting O&G banyak tahun dulu.

Ok, mungkin ada belajar masa medical student tapi saya berangan agaknya. Lagipun belajar dengan pengalaman kan lagi lekat di kepala cewah.

Secara amnya, kebanyakan orang aware yang bila preggy mommies dah ditolak ke dalam labour room, benda yang paling tak selesa sekali adalah bila diseluk selang beberapa jam untuk periksa bukaan rahim/jalan (vaginal examination aka VE).

Tapi mungkin ramai yang tak tahu

Masa kita seluk tu, bukan bukaan rahim saja yang kita nilai. Ada beberapa info lagi yang boleh kita dapat tahu dalam masa beberapa saat kita buat prosedur tu.
.

1. Bukaan pangkal rahim (ok ni semua orang tahu)


2. Bahagian baby yang mana menghala ke bawah.

Betul, kebiasaan moms yang masuk ke labour room memang dah tahu apa posisi si baby kat dalam. Most of the time kepala yang di bawah.

Tapi ada masanya bila kita buat VE, yang dirasa bukanlah rambut, kadang dia bagi dahi, muka...tangan pun kadang dia hulur ke bawah.
SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

Namun yang paling takut sekali adalah apabila yang dirasa hujung jari itu adalah tali pusat (cord presentation). 

SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

3. Ketebalan 'bibir' pangkal rahim.
Naturally, makin lama ia akan makin menipis—pada masa yang sama bukaan jalan pun akan makin semakin besar.

Biasanya bila jalan dah buka penuh (10cm), bibir serviks pun akan jadi nipis senipis-nipisnya. 


4. Sejauh mana kepala baby dah turun.

Ada pernah dengar kan lepas diorang periksa tu, diorang akan kata benda macam—kepala tinggi lagi ni atau kepala dah turun ni.
SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

Kedudukan kepala baby yang masih tinggi ada risiko untuk panjangkan fasa nak bersalin. Tak bagus untuk moms and babies.

5. Sweep and stretch
Sambil-sambil kita buat VE tu, kita tolong juga tau untuk regangkan otot kat dalam. Lagi-lagi bila bukaan dah nak hampir penuh. Tujuannya untuk cepatkan lagi rate untuk buka jalan tu.
.

Semua benda yang dibuat ni, akan dicatat dalam fail, siap ada graf yang diplot lagi untuk rekodkan progress mom and babies tau. 

SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

Dan daripada graf tu, kita boleh tengok sama ada adakah proses bersalin tu berjalan seperti sepatutnya/secara natural, ataupun dah patut kita intervene.

Kesimpulannya
Dalam memori saya, posting labour room itu adalah umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Pregnancy yang paling tak bermasalah pun, bila sampai di labour room...anything can happen.


Aima Hassan

Gambar diambil daripada

https://www.google.com/amp/s/www.obstetricexcellence.com.au/babys-hand-below-head-in-labour/amp/

https://www.slideshare.net/mobile/Hishgeeubuns/7-complication-of-intrapartum

2 comments:

Follow by Email