Monday, February 19, 2018

Pakcik tak makan rumput, nak

Kadang ada rezeki kes ultrasound habis awal.
Time tu lah nak sit together gether gossip share cerita
.

Ni kakak misi yang cerita.
Tentang sesuatu yang terjadi di CT scan.
Endingnya memang korang tak sangka.
.

I cerita ya?
.

Rutin sebelum nak teruskan dengan pemeriksaan CT scan, kami akan bertanya semula tentang sejarah alahan pesakit.
Kali pertama pesakit akan ditanya oleh doktor yang merawat di wad atau klinik.
.

Part kami just nak clarifykan sungguh betul pesakit tak ada alahan/asthma/resdung/ekzema.
Takut lah ada yang terlepas pandang ketika ditanya kali pertama. Sama ada dari pihak doktor, atau dari pihak pesakit sendiri.
.

Kali ni pesakit yang Sister kami sedang interview, ada masalah pendengaran.
.

"Pakcik ada alahan bila makan makanan laut tak?"
.

"Tak ada," jawab pakcik itu.
.

Tengok checklist semula. Ok, sama macam yang ditanda.
.

"Pakcik ada semput tak?"
.

"Tak, pakcik tak makan rumput."
.
.
.
Aima Hassan

6 comments: