Monday, February 12, 2018

Surah Ar-Rahman boleh bantu kemurungan

A friend of mine kongsi satu abstrak research atas wanita yang alami depression. Atau ada yang lebih kenal dengan nama kemurungan.
.

So apa yang kita tahu tentang depression?
.

Kalau ikut definisi— berada dalam keadaan low mood, down, sedih lebih daripada dua minggu.
Biasa diiring dengan rasa rendah diri melampau, aktiviti yang dulunya kita enjoy kita dah tak rasa apa, rasa lemah tak bermaya tak ada tenaga.
Dan kadang boleh ada rasa sakit tanpa sebab.
.

Tapi
Bukan sesenang tu nak letak label gitu.
Hah, kau dok sedih lebih dua minggu kau depression ni.
.

No. It's not like that.
.

Pihak psikiatri akan ada assessment diorang sendiri, untuk tentukan betul major depression ke benda lain.
Tak apa. Tu kita serahkan kepada yang pakar.
.

Saya just nak share satu study ni.
.

“SEGALA SESUATU MEMPUNYAI MEMPELAI; DAN MEMPELAI AL-QURAN ADALAH SURAH AR-RAHMÂN.” (HR AL-BAIHAQI)
.

Kajian ni, dibuat untuk lihat effect surah ar-Rahman dengan tahap depression orang. Inspired by music therapy.
.

Atas siapa kajian ni dibuat?
.

Atas sekumpulan perempuan  Muslim yang di-admit ke hospital.
Yang fullfill kriteria Major Depressive Disorder.
Kumpulan ni dibahagi pada dua.
.

Satu kumpulan didengarkan dengan muzik untuk relaxation.
Satu kumpulan lagi didengarkan dengan surah ar-Rahman.

.
Keputusannya
Tahap depression untuk dua-dua group  berkurang.
.

Tapi
.

Tahap depression dalam group yang dengar surah ar Rahman LEBIH BANYAK berkurang berbanding dengan group yang gunakan muzik semata.
.
.
.
.
Maha Suci Allah.
Sangat terkesan.
.

To me, benda ni bukan applicable untuk mereka yang ada depression aje.
Kita, as manusia biasa. Dengan hidup biasa. Ada ups and downs.
.

Lagi-lagi time hormon macam badai ombak musim tengkujuh. Kan kan?
.

Bila time down, lets try and amalkan surah ar Rahman ni.
Moga Allah izin untuk jadi penyembuh jiwa.
Moga Allah izin untuk hati lagi kuat layar bahtera dunia.
.
.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(QS. Ar-Rahman [55]
.

Ok ladies?
Boleh bantu kongsikan ilmu ni, sebab mungkin ia boleh bantu orang lain juga.
.
.

Aima Hassan

***Kalau nak baca link abstrak research tu, ada di sini👇

11 comments:

  1. Surah Ar-Rahman ni memang melembutkan hati.. selalu jadi sebak kalau dengar alunan bacaan surah ni.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Dulu baca je tak ada tahu pasal lebihnya dia. Rupanya memang boleh heal the soul

      Delete
  2. Suka sangat baca dan dengar Surah Ar-Rahman ni.. rasa tenang hati

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. True. Kadang tak boleh tidur pun saya pasang bacaan ni

      Delete
  3. Bagusnya surah ni kalau amalkan selalu mesti hidup happy

    ReplyDelete
  4. Terima kasih diatas perkongsian.. Kena selalu diamalkan supaya hidup ceria dan happy selalu

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. Dari zaman2 duk mrsm dulu baca surah arrahman, almulk, alkahfi dll, sekadar menurut arahan cikgu je..baru sekarang ni tahu kelebihan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll sangatttt. Tapi dulu sebab ngikut je, so tak terasa. Bila tahu kenapa, baru fefeeling datang kat dada

      Delete
  6. Ar-rahman antara surah yg mudah untuk di baca sebab ayat berulang tu. MasyaAllah kuasa ayat al-quran kan.

    ReplyDelete