DOKTOR BIUS—PASUKAN DI SEBALIK TABIR DAN TOPENG MUKA

Lepas saya D&C pada tahun 2016 dulu, kawan saya seorang doktor bius mesej saya secara peribadi dan bertanya;
.

"So, kau rasa jadi anesthetist ni cool tak?"
.

Bila dah dalam medical profession, tahap cuak kita akan berganda lagi bila sendiri yang jadi pesakit. Sebab sendiri tahu dan pernah saksi yang apa-apa pun boleh jadi.
.

Prosedur cuci rahim yang saya lalu simple saja, tapi segala mak nenek komplikasi yang ada dah terbang dalam kepala. Debar kat dada jangan cakapla.
.

Dan, pada pertanyaan teman saya itu, saya membalas;
.

"Aku rasa cool gila. Sbb korang take care of the patients when they are most defenseless."
.

Doktor bius dan pasukannya lah yang menjaga pesakit waktu mereka dalam keadaan paling lemah sekali. Dan tugas mereka juga yang paling orang awam tak nampak.
.

Itu logik.
.

Sebab kalau diikutkan, orang yang ada contact dengan mereka (secara am nya) adalah mereka yang masuk ICU atau mereka yang akan lalu pembedahan.
.

Yang masuk ICU, banyak nya dalam keadaan separa sedar atau tak sedar langsung.
Yang dalam dewan bedah sama ada ditidurkan terus atau terlalu fokus dengan prosedur yang akan mereka jalani .
.

Kebanyakan masa tak perasan pun muka doktor bius dalam OT tu macam mana sebab dah pakai mask semua kan.
.

Doktor bedah boleh buat kerja mereka dengan tenang dalam dewan bedah kerana tahu doktor bius akan kawal keadaan pesakit untuk mereka.
.

Doktor, secara amnya akan rasa tenang bila pesakit mereka yang tenat berada di ICU kerana ada doktor bius yang akan menjaga and keep them stable.
.

And I honestly believe that they are the people sent by Allah to maintain life, when we are very near to death.
.
.
.
.
Nak tahu kisah gelak tangis tawa di sebalik tabir ICU, boleh lah follow fb rakan baik saya Dr Abdul Jabbar Ismail
.
.
.
Aima Hassan
Tak nampak, tak bermaksud tak ada

Comments

Popular posts from this blog

APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?

Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.

TTC JOURNEY- APA PERSEDIAAN SEBELUM HSG?