AFB FEED

Rumah Transit 1 Malaysia — Meringankan Pasangan Muda

Awal-awal kahwin, pada saya paling afdhalnya tinggal berdua. Masa tu lah nak belajar warna karakter sebenar pasangan yang Allah pilih untuk kita ni. Masa tu nak belajar bersabar. Masa tu nak belajar terima dia seadanya. Masa tu nak belajar jadi matang. Nak buat silap pun, sesama sendiri je yang nampak kan. Kan janji manis waktu bercinta dulu lautan api pun kan kurenang, kita bersama dalam susah dan senang?


Untuk pasangan muda dengan pendapatan sederhana, lagi-lagi di ibu kota, untuk mencari rumah yang selesa didiami dengan harga sewa yang berpatutan adalah satu cabaran. Kadar sewa saja sudah guna separuh daripada gaji yang ada. Tak masuk lagi dengan kos sara hidup yang tinggi. Itu baru hidup berdua, nanti bila dah bertambah ahli keluarga, lagi bertambah belanjanya.

Yes, rezeki itu Allah yang beri, tapi sebagai rakyat, kita kena bijak untuk usaha cari peluang juga. Ambil tahu pasal program perumahan yang sasarannya pasangan suami isteri muda macam korang yang baru nak mulakan hidup bersama.


Contohnya macam program Rumah Transit 1 Malaysia (RT1M) untuk belia.
Pernah dengar tak? Pernah? Tak?

Rumah Transit 1 Malaysia — Meringankan Pasangan Muda


Wujudnya program RT1M ni adalah untuk beri kemudahan perumahan sementara kepada pasangan muda (bawah 30 tahun) yang baru berkahwin. Tumpuannya lebih kepada mereka yang berada di ibu negara.

Ni checklist untuk tengok korang layak ke tidak nak memohon:-
⦁    Warganegara Malaysia (pemohon dan pasangan)
⦁    Tak ada rumah sendiri dalam kawasan atau negeri rumah transit dipohon
⦁    Bekerja dalam kawasan atau negeri rumah transit dipohon
⦁    Bersih daripada sebarang rekod jenayah
⦁    Income bulanan seisi rumah kurang daripada RM 5000.


Rumah Transit 1 Malaysia — Meringankan Pasangan Muda

 Kalau tengok ciri-ciri rumahnya- tak besar sangat – dalam 700 hingga 850 kaki persegi. Bilik tidur ada 2 atau 3. Ada 2 bilik air. Ruang tamu dan ruang dapur, pasti ada. Kipas dengan lampu pun dah lengkap. Pendek kata yang asas-asas tu semua dah lengkap. Sesuai lah untuk hidup berdua, nak terima tetamu pun masih boleh lagi.

Rumah Transit 1 Malaysia — Meringankan Pasangan Muda

Kredit gambar: utusan.com.my

Yang best lagi, ada kemudahan lain juga yang disedia untuk penduduk RT1M ni tau, antaranya:
Dewan serbaguna
Ruang taska
Kedai / gerai
Pejabat pengurusan
Tempat letak kereta dan motosikal
Pagar kawasan dan kawalan keselamatan
Surau dan Lif

Rumah Transit 1 Malaysia — Meringankan Pasangan Muda

TAPI

Ya, ada tapi nya.


RT1M ni bukanlah untuk selama-lamanya sampai kita beranak cucu bermastautin kat situ. Tujuan asalnya kan untuk beri ringan sikit beban kewangan anak muda yang tengah nak mengumpul harta untuk beli rumah sendiri satu hari nanti.


Kadar sewa RT1M ni mungkin berbeza antara satu lokasi dengan lokasi yang lain, dan jenis rumah yang disewa. Yang pastinya, sebahagian daripada sewa itu akan dijadikan 'forced saving' (tabungan), yang akan dipulang balik pada penyewa bila tamat tempoh sewaan (2-5 tahun).


Ok sangat kan? Secara tak langsung, kita dah dapat menabung. Duit yang dipulang tu janganlah pula dibawa berjoli. Bawa mengucap, duit tu boleh kita kembangkan untuk bayar deposit rumah sendiri nanti. Kira dalam tempoh sewaan dengan RT1M, mula lah 'survey' lokasi rumah yang seterusnya. Mungkin pada masa tu, kita dah plan nak pindah keluar ibu kota ke kan. Hijrah. Siapa tahu?


Oleh itu


Wahai anak-anak muda ibu kota yang tengah plan nak dirikan rumah tangga, dah boleh mula rancang untuk mohon RT1M ni atau skim-skim perumahan yang seumpamanya.


Borang permohonan boleh didapati di alamat seperti di bawah dan boleh dihantar secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:

Pengarah,
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan 
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 30, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 03-8891 4053 / 4061
Faks : 03-8891 4226


Rujukan
1. Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara

2. Portal Rasmi KPKT

3. Berita Harian







10 comments:

  1. Bagus ada program macam ne paling tidak membantu anak muda untuk miliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  2. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    ReplyDelete
  3. bagus juga bila dah kawin, usaha duduk rumah sendiri kan ...

    ReplyDelete
  4. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    ReplyDelete
  5. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. Dengan bantuan sebegini akan mwmbuatkan pasangan muda berkahwin belajar pengalaman susah senang bersama

    ReplyDelete
  7. bagus dpt rumah..pas2 boleh saving dpt rumah lain terbaiklah

    ReplyDelete
  8. Sangat membantu pasangan baru berkahwin hidup berdikari

    ReplyDelete
  9. Saya penah dengar sbb adik sepupu antara yg terpilih dpt rumah transit ni di area Bkt.Jalil..Rezeki dorang..Penah menyewa di kawasan rumah yang biasa, hampir beratus juga sebulan...

    ReplyDelete

Follow by Email