AFB FEED

Selamat Hari Jururawat 2018

To kakak misi yg baik hati yg selalu tolong kemaskan lepas kami buat kecah bila selesai buat prosedur.
.

Jadi frontliner pertama melayan kerenah patient di tengah malam/pagi buta sebelum korang telefon houseman oncall. Layan saja kalau ada patient yang jerit nak pethidine tengah malam walaupun belum sampai masanya untuk diberi.
.

Yang tolong ajar/tolong ambilkan darah/ABG and set branula masa saya masih houseman yang noobis kubis.
Atau masa nak ambil darah baby.
.

Yang tolong preparekan botol darah pagi2.
.

Tolong ajar buat dressing.
.

Yang ajar mcm mana nak jahit episiotomy yg cantik.
And tolong conduct kelahiran yang simple/bebenda kecil sebab nak kasi kami HO rehat for a while.
.

Yang selalu jadi teman mengumpat dan bergossip. And layan je perangai senget kitorang.

.
Selamat Hari Jururawat 2018

.
Dengan dialog-dialog yang sangat menggembirakan hati
.

"Tak apa doktor, akak dah ambilkan darah."
.

"Akak dah tolong setkan branula."
.

"Saya dah sediakan botol darah dan borang. Doktor tinggal ambil darah je."
.

"Doktor, ni result patient XXY, akak tolong tracekan dah."
.

"Saya dah buatkan dressing dah untuk patient B."
.

"Saya dah referkan patient tu pada physio/dietitian/OT."
.

"Doktor, akak bawa makanan kat pantry. Nanti pergi makan ya."

.

The list is endless. Mungkin sebab tu rezeki kalian selalu murah, sebab banyak mudahkan yang lain.
.

Terima kasih banyak banyak, kakak misi di HUKM dan Hospital Melaka.
Untuk kami, korang ni forever je kakak walaupun jauh lagi muda. Hahah.
Pasrah aja lah ya.
.

Happy nurses day.
.

Aima Hassan

No comments:

Post a Comment

Follow by Email