Friday, February 1, 2019

AKU PERGI MENCARI DUNIA, AKU PULANG MEMBAWA AKHIRAT



AKU PERGI MENCARI DUNIA, AKU PULANG MEMBAWA AKHIRAT

AKU PERGI MENCARI DUNIA, AKU PULANG MEMBAWA AKHIRAT| Waktu itu dah berapa hari mereka sekeluarga tak makan. Maka Ali r.a minta isterinya Fatimah r.a untuk pohon bantuan daripada Rasulullah s.a.w. Dengar khabar utusan Allah baru saja terima haiwan-haiwan ternakan.

.



Fatimah pun pergilah menghadap ayahnya.
.



Mendengar permintaan puterinya, Rasulullah bertanya,
"Mahukah sekiranya aku ajarkan lima ayat yang Jibril baru ajarkan padaku, yang lebih baik daripada lima ekor kambing?"
.



Fatimah memilih lima ayat itu tanpa fikir panjang.
.



Ok, kita pause sekejap boleh?
.



Saya tengah membayangkan diri saya sendiri dalam keadaan itu. Dah lapar gila banyak hari tak makan. Balik rumah parents, nampak ada KFC sebucket atas meja.
Lepas tu parents tanya, nak KFC ke nak doa yang malaikat ajar?
.



Duh, obviously saya akan meluru ke KFC dulu. Jujur tak?
.



Tapi puteri Nabi ini bukanlah perempuan biasa. Dia membesar dalam didikan dan kasih sayang Rasulullah, dan sifatnya pun bagai cermin kepada ayahnya. Diberi pilihan antara blessing dunia atau akhirat, dan dia pilih akhirat.
.



Ok sambung semula.
.



Lalu Nabi SAW pun ajarkan pada Fatimah r.a 5 ayat tersebut.



ياَ أَوَّلَ الأَوَّلِيْنَ وَيَا آخِرَ الأَخِرِيْنَ، يَا ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِيْنِ، وَيَا رَاحِمَ الْمَسَاكِيْنَ، وَياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
.



1. Ya Awwala al-awwalin (Wahai Dzat yang Maha Awwal/O the First of the First)



2. ya Akhira al-akhirin (wahai Dzat yang Maha Akhir/O the Last of the Last)



3. ya Dza al-Quwwati al-matin (Wahai Dzat Pemilik kekuatan yang hebat/O the Possessor of Absolute Power)



4. ya Rahima al-masakin (wahai Dzat yang Maha pengasih bagi orang-orang miskin/O He who shows mercy to the impoverished)



5. ya Arhama ar-rahimin (wahai Dzat yang Maha Pengasih/O the Most Merciful of the Merciful)



.
Bila Fatimah r.a pulang ke rumah, Ali r.a bertanya apa yang dikatakan oleh Nabi SAW ketika Fatimah berada di sana.
Dan Fatimah membalas, "Oh Ali. Aku pergi mencari dunia, dan aku pulang membawa akhirat."
.



Kemudian mereka belajar 5 ayat itu bersama-sama dan diamalkan sepanjang hidup.
.



Ada beberapa points yang saya suka sangat dalam cerita ni.
.



1. Nabi SAW obviously lebih suka untuk berikan 5 ayat itu pada anaknya, tapi dia tetap berikan peluang untuk Fatimah memilih. Sama macam masa Fatimah diajari tentang Tasbih Fatimiyyah dan juga semasa Fatimah r.a hendak dinikahkan dengan Ali r.a.
.



Nabi SAW tak guna kuasa veto sebagai ayah, ataupun utusan Allah. He knows yang dia dah didik Fatimah r.a sebaiknya dan percaya yang anaknya itu akan buat keputusan yang terbaik.
.



2. Dalam keadaan yang sangat mereka perlukan sesuatu, Fatimah r.a tetap memilih ayat-ayat yang kuatkan rasa pergantungan pada Allah s.w.t. berbanding lega yang sementara atas dunia.
.



3. Cara Ali r.a menerima apa yang Fatimah r.a bawa pulang daripada rumah Nabi SAW. Dia tak marah pun. Siap dia pun ikut amalkan ayat tu sama-sama dengan isterinya.
.
Cuba bayangkan adegan dalam drama jam 7.
Suami tengah kelaparan, isteri balik dengan tangan kosong dan 5 ayat doa yang ayahnya beri.
.



Memang sah dah kena marah si isteri tu. Silap hari bulan keluar dialog, "Awak makan lah doa tu, saya nak keluar cari makan." Jangan dibuat main.
.



Beza kan tahap manusia marhaen macam kita ni dengan power couple tu?
.



So, kalau tengah rasa susah hati, sempit dada dan kepala - let us sama-sama amalkan ayat-ayat tersebut, selit sebelum nak baca doa harian kita. Moga Allah kasihani dan mudahkan perjalanan hidup kita.
.



InshaaAllah.

0 comments:

Post a Comment