Friday, February 8, 2019

ZUHUD, KISAH IBN ARABI DAN NELAYAN



Sebelum ni yang saya tahu tentang zuhud adalah bersederhana. 
Ye lah, tak melebih-lebih, tak bermewah sangat.

Korang fikir macam tu juga ke?

Tapi lepas dengar satu sesi sharing ni, saya dapat faham dari satu sisi yang lain pula.

Saidina Ali kata;
'Zuhud itu bukanlah maksudnya kita tak memiliki langsung, tapi kita tidak dimiliki oleh apa-apa pun.'

Sangat make sense, tapi saya masih struggle untuk apply.

Sedangkan benda yang kecil Allah pinjamkan pun rasa nak meraban kalau hilang atau misplaced, apatah lagi yang kita anggap berharga.

Ada satu cerita yang saya suka berkait dengan konsep zuhud ni—tentang Ibn Arabi dan anak muridnya.

Ibn Arabi ni adalah seorang ahli sufi dari Sepanyol. 
Salah seorang anak muridnya bekerja sebagai nelayan.

Nelayan itu sangat sederhana hidupnya. Setiap pagi dia akan keluar ke laut dan pulang dengan hasil tangkapan. Semua ikan yang dia dapat tu, dia akan beri kepada penduduk yang miskin.

Dah tu, apa yang tinggal untuk dia?

Untuk sendiri, nelayan itu hanya ambil seketul kepala ikan saja yang akan dimasak sebagai makanan harian dia.

Sangat selfless kan? 
Saya selalu kagum dengan orang yang ada perangai macam tu.

Lama-lama nelayan tu pun dah mula ada followers dan anak murid dia sendiri.
Tapi jauh di sudut hati, dia rasa ada benda yang tak mencukupi.

One day

Salah seorang anak murid dia (kita namakan X) nak ke Sepanyol. Nelayan itu pun kirimkan pesan kepada X, dah alang-alang ke sana, apa kata X pergi cari Ibn Arabi. Untuk minta nasihat, kerana Nelayan rasa dia tak ada progress spiritually.

“Tolong mintakan nasihat dari beliau untukku, aku merasa buntu."

Sampai di sana, X bertanya pada penduduk setempat di mana rumah Ibn Arabi. Bila orang sana tuding jari pada sebuah rumah yang layak dipanggil istana, X rasa macam 'Apakah?'

Saya sangat faham kenapa X rasa macam tu. Sebab saya rasa benda yang sama 

Macam mana Ibn Arabi boleh ada rumah agam yang mewah sedangkan gurunya si Nelayan sangat bersederhana? 
Kata ahli sufi, tapi dikeliling dengan benda dunia?

Sepanjang jalan menuju ke rumah Ibn Arabi, X lalu ladang, kawasan ternakan yang dimiliki oleh Ibn Arabi sendiri. 
Masuk dalam rumah, dia lihat dinding dalam dilapisi dengan marmar.
Lantai dialas dengan permaidani indah.

Disambut lagi dengan barisan pembantu yang baju mereka daripada kain yang baik-baik.
Ibn Arabi pula pulang diiring dengan bodyguards sado, kuda gagah perkasa. Tubuh Ibn Arabi sendiri dibalut dengan pakaian selayaknya sultan.

X pun sampaikan hajat dan soalan yang dikirim Nelayan.

Nak tahu apa yang Ibn Arabi jawab?

“Katakanlah kepada gurumu penyebab kebuntuan jiwanya adalah karena ia masih terlalu terikat pada dunia.”

Lagi sentap X rasa bila dia terima jawapan tu. Geram pun ada. Macam mana orang yang kelilingnya penuh dengan mewah boleh kata Nelayan yang sederhana tu terikat dengan dunia?

I cannot brain this.

X pulang bawa jawapan dengan hati yang rawan. Berat hatinya nak beritahu Nelayan tentang apa yang Ibn Arabi katakan. 

"Lalu," tanya Nelayan itu. "Apakah ia memberitahu kepadamu suatu nasihat bagiku?"

Selepas dipujuk dan ditanya beberapa kali, X pun mengalah dan dia sampaikan pesanan Ibn Arabi.

Merambu air mata si Nelayan bila mendengar kata-kata X.

"Iya. Dia berkata benar. Ibn Arabi memang betul-betul tidak peduli apa yang dia ada. Padahal aku, setiap kali aku jamah kepala ikan itu, aku selalu harap dapat makan seekor ikan terus."

.
.
.

By this time saya rasa sangat wowww. 

Great people of the past yang dilimpahi harta benda mewah segala, tapi bila sampai masa perlu tinggalkan harta dunia, mereka tinggalkan dengan rela. 

Diri sendiri?

Berapa banyak kali saya konon nak berjimat cermat tapi jauh kat sudut hati meronta nak lebih lagi nikmat dunia. Cedok nasi dan kuah saja, tapi dalam hati teringin nak sambal ikan keli.

Nak tunjuk pada diri sendiri dan manusia yang kita ini sederhana, sedangkan sebenarnya masih terikat dengan dunia.

0 comments:

Post a Comment