Allah, Pemujuk Paling Agung

Allah, Pemujuk Paling Agung

Allah, Pemujuk Paling Agung|
Antara babak yang saya suka sangat, tak kisahlah dalam drama, movie atau buku adalah part mengayat atau memujuk. Rasa macam awwww sweet moment charming sangat.

Saya pun ada pernah lalu juga detik macam tu. Part paling best bila dipujuk adalah bila kita tak harap dan tak sangka pun akan dipujuk.

Kisahnya

Ada satu pagi tu, saya ke tempat kerja dengan rasa geram, sedih dan marah bercampur baur. Tahu tak perasaan geram yang tahap hentak-hentak stereng tu?

Terasa kecil hati dengan suami kot masa tu—apa sebabnya pun saya dah lupa. Suami sendiri pun tak tahu agaknya yang kita tengah merajuk.

Sampai ke tempar parkir, saya ambil masa untuk tenangkan diri, tak mahu melangkah ke tempat kerja dengan mood tak menentu. Nanti sepanjang hari spoil.

Dan entah kenapa saya buka radio.

Sebuah lagu yang pertama kali saya dengar dimainkan. Suara lantang penuh perasaan milik Aris Ariwatan berkumandang memenuhi ruang kereta.
.

"Kemari sini Habibah
Lepaskan gundah gulana
Izinkanku mendengar
Resah jangan terus dibiar

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya, hebatnya Fatimah

Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan

Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka."

Lagu itu ditujukan kepada kakaknya yang sedang berjuang diuji dengan kanser.

Tapi pada waktu itu, ia seolah Allah sedang pujuk hati saya yang tengah bengkak. Memberitahu saya yang Dia sentiasa ada untuk mendengar segala rintihan, segala keluhan.

Mengingatkan saya yang hidup sebagai ini penuh dengan ujian. Juga tentang ganjaran di sana nanti andai kita bersabar dan terus ikhlas jalankan tugas kita sebagai wanita, isteri dan ...manusia waktu atas dunia yang sementara ini.

Pilih saja pintu syurga mana yang kita mahu, subhanAllah.

Waktu itu pecah benteng air mata yang ditahan sejak pagi. Dalam hati rasa cukup lapang.

Saya belajar sesuatu hari itu.

Walaupun ada benda yang suami kita buat yang boleh drive us crazy sometimes, selit di sudut hati yang ultimately yang kita mahu adalah redha Allah. Melalui mereka.

Dan bila ada masa yang rasa nakal dan berat nak ikut cakap laki, saya tukar cara fikir kepada "Aku buat ni moga Allah redha, dan bukan sebab laki aku suruh."

Ahaha. Tak baik I ni.

Tapi itulah.
Kalau rasa ada manusia yang memang secara naturalnya berlidah lembut charming mulut manis sekali, cuba bayangkan pula yang mencipta manusia itu. Skill memujuk paling ultimate tak terbanding.

Comments

Popular Posts