Buah Pinggang untuk Anakku
"Yang nak derma ni, akak sendiri offer ke macam mana?"
Mata wanita yang muda sedikit saja daripada mamaji itu jadi berkaca. Sambil tangannya mengelap bahagian abdomen yang dibasahi gel dengan kain yang tersedia, dia membalas
"Ye, akak sendiri yang offer."
Akak itu menjalani pemeriksaan ultrasound sebagai saringan awal untuk menderma salah satu buah pinggang kepada anaknya.
Beberapa tahun lepas buah pinggang anaknya mengalami masalah. Lama kelamaan buah pinggang sudah hilang fungsi asal, maka tugas itu terpaksa diganti dengan mesin cuci darah.
"Dulu akak pernah offer juga, tapi anak tak nak masa tu," dia diam sebentar. "Yelah masa awal-awal dulu banyak komplikasi. Duduk wad lama, kena jangkitan lagi, nak cuci darah hari-hari lagi."
Buah Pinggang untuk Anakku Photo by Daan Stevens on Unsplash |
"Mungkin masa tu dia pun rasa tak senang nak terima buah pinggang akak," akak itu menyambung. "Dengan keadaan tak berapa sihat kan. Tapi..."
"Tapi...?
"Lepas mula cuci darah 3 kali seminggu, jangkitan pun dah tak ada, nampak dia makin segar. Nampak macam ok lah," akak itu terus bercerita. "Akak terfikir...ada peluang untuk dia bertambah baik lagi ni. Lagipun dia muda lagi kan?"
Ya lah kan. Selepas berapa lama tengok anak itu tak bermaya, bila nampak perubahan yang baik pada tahap kesihatan, sedikit sebanyak mesti ada tercetus sinar harapan jauh di sudut hati. Ditambah lagi dengan keinginan seorang ibu untuk lihat anak yang masih dalam awal 20-an untuk jalani hidup sebaik-baiknya. To her full potential.
"...doktor yang tengok pun nampak positif, dia pun buka cerita semula pasal transplant ni. Kali ni bila akak offer diri, anak nampak macam ok pula," penuh harapan suaranya. "Tu yang start nak check macam-macam benda sebelum proceed."
Buah Pinggang untuk Anakku Photo by Luis Melendez on Unsplash |
"Betul kak. Bila nak derma organ time hidup ni, memang kena check betul-betul. Nak pastikan yang menerima itu okey, yang menderma pun biarlah tak jadi mudarat pada diri sendiri," saya membalas.
"Tu lah doktor, harap-harap ok lah."
Saya senyum nipis. Ultrasound sebagai saringan awal ini nampak okey, tapi masih banyak lagi ujian yang mereka anak beranak perlu lalui sebelum diberikan lampu hijau oleh pasukan doktor yang merawat.
Kuat kan hati ibu-ibu ni?
Sambil menyentuh bahu wanita itu, dalam diam saya kirim doa moga dipermudah urusan mereka. Semoga impian seorang ibu yang sanggup berkorban demi kesihatan anaknya terlaksana.
Buah Pinggang untuk Anakku Photo by Ray Hennessy on Unsplash |
Kongsilah kalau korang ada kisah pengorbanan ibu yang korang tahu. Or apa benda yang sanggup dikorban demi anak.
Moga jadi sebab untuk kita lebih menghargai, inshaaAllah.
Moga jadi sebab untuk kita lebih menghargai, inshaaAllah.
Comments
Post a Comment