BAHAYA PULMONARY EMBOLISM
Daripada Unit Rawatan Kebakaran yang terletak dalam ICU, hendak minta pemeriksaan CT scan untuk lihat sama ada terdapat darah beku di dalam pulmonary artery.
BAHAYA PULMONARY EMBOLISM |
Kisahnya
Seorang lelaki dalam awal 30-an. Perokok. Tiada sejarah perubatan yang lain. Dia masuk ke unit itu hanya untuk pencucian luka lecur disebabkan terkena air panas radiator bot. Luka lecur itu libatkan 7% daripada permukaan tubuh badannya, kulit wajah tidak terkena. Selain daripada itu, dia ok. Boleh berjalan, makan dan berbual dengan ahli keluarga.
Dan pada hari itu, tak lama sebelum saya terima panggilan telefon tersebut, lelaki itu tiba-tiba terjelepuk tidak sedarkan diri selepas keluar dari bilik air. Kena dimasukkan tiub pernafasan. Kerana hendak tentukan secara pasti apa sebab dia tiba-tiba collapsed, maka mereka mintalah permintaan tersebut.
Walaupun dalam hati sedikit bengkak juga kerana baru saja bergerak balik dari hospital dan lagi dua minit saja hendak sampai rumah, tapi proceed juga sebab ia memang perlu.
Urut dada bila selesai pemeriksaan dibuat. Memang ada darah beku yang besar yang melibatkan saluran utama pulmonary artery dan menjalar ke cabang-cabangnya di belah kiri dan kanan. Yang kami panggil saddle pulmonary embolism.
BAHAYA PULMONARY EMBOLISM |
BAHAYA PULMONARY EMBOLISM
Kalau ada baca post yang sebelum ini, saya ada sebut yang pulmonary embolism boleh bawa maut.Pulmonary artery bawa darah yang kurang oksigen daripada jantung untuk menyerap oksigen dalam paru-paru. Darah yang sudah kaya dengan oksigen itu akan dibawa balik ke jantung melalui pulmonary vein (vena pulmonari) dan dipam ke seluruh badan.
Bila saluran pulmonary artery dah block -->darah tak dapat sampai ke paru-paru untuk serap oksigen. Tisu paru-paru pun boleh rosak -->kurang darah beroksigen yang dipam oleh jantung ke organ lain --> organ lain rosak.
Kalau ketulan darah bekunya kecil saja, mungkin tak sebabkan damage yang banyak. Tapi kalau super besar macam dalam kes pesakit ni, boleh bawa maut kalau tak dirawat dengan segera.
Antara faktor untuk pesakit disuspek ada PE adalah:
- Sudah tidak bergerak dalam tempoh waktu yang panjang eg lumpuh, kurang daya, sakit kronik yang terpaksa berbaring/duduk saja.
- Penyakit yang melibatkan kelikatan/pembekuan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome.
- Menjalani pembedahan atau patah tulang.
- Kanser.
- Merokok.
- Mengandung/ dalam pantang.
- Obesiti.
Agak hairan kerana faktor dalam pesakit ini hanyalah merokok sahaja, yang tak termasuk dalam risiko top 5 pun.
Anyhow
Yang buatkan saya berfikir bukanlah macam mana dia boleh dapat PE yang besar itu walaupun tak banyak faktor risikonya.
Yang triggered dalam kepala adalah - Allah berikan musibah 1 (melecur) untuk selamatkan dia daripada musibah 2 yang lagi besar (kemungkinan maut).
SubhanAllah.
Cuba tengok susunan ya.
1. Tubuhnya sedikit melecur terkena air panas radiator bot.
2. Rezekinya dimasukkan ke Burn Unit yang berada dalam ICU untuk cuci luka, walaupun luka lecurnya itu tidaklah terlalu teruk.
3. Dia collapsed tiba- tiba dalam wad yang memang lengkap dengan segala peralatan untuk resusitasi dan staff yang cekap untuk handle situasi macam tu. So memang laju management tanpa tangguh.
Bayangkan kalau dia tak kena air panas radiator itu. Dan tak dimasukkan ke wad pun. Tiba-tiba saja rebah tengah bawa bot ke, atau ketika berseorangan, atau di rumah - basically di luar hospital lah.
Apa agaknya akan jadi masa tu?
Nauzubillahiminzalik.
It reminds me supaya tak cepat melatah bila Allah turunkan sedikit ujian. Ia mungkin camouflage untuk lindungi kita daripada ujian yang lebih besar atau yang lebih mudarat. Look for the silver linings.
Wallahua'lam.
Mmg cantik Allah susun takdirnya, semoga pesakit tu kembali sihat.
ReplyDeleteInshaaAllah kak Pip. Last saya dengar dia tak perlukan tiub pernafasan dah
Delete